Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sajak. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mei 2012

Sajak: Malapetaka Palestin


Sempena memperingati peristiwa Nakbah Palestin yang ke-64 pada hari ini, saya telah menukilkan sebuah sajak khas pada pagi tadi.

Tajuk: Malapetaka Palestin

Detik itu,
Adalah pilu buat ummat
tiada rayu yang diendah
tiada simpati yang menerjah.

Malapetaka malapetaka malapetaka,
itulah nama sebuah kepiluan
tanah dijajah
penghuni diusir
kediaman dihancur lebur.

Malapetaka Palastin
simbol sebuah kekejaman
simbol sebuah kerakusan
durjana
celaka
kau Zionis Laknatullah.

Terhimpit penghuni tanpa kediaman,
lapar
dahaga
sakit
siapa yang tahu?
kita?
kamu?
mereka?
aku?
jangan tanya lagi
ayuh bersegera
Palestin menunggu kita.

Cairo, Egypt.
2.28am/15.5.2012

Sabtu, 12 Mei 2012

Sebuah Sajak: Si Kuning dan Si Merah

Dalam dok sibuk study tadi, saya menggatalkan tangan untuk buat satu sajak ringkas dan saya sudahpun postnya di facebook. Ini adalah manifestasi dari dua perhimpunan besar yang baru sahaja berlangsung. Satu pada 28 April yang lalu iaitu Perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihat ratusan ribu marhaen turun, dan satu lagi Perhimpunan Raksasa umno yang dihadiri hanya puluhan ribu 'peminat' yang dipaksa untuk pergi di samping imbuhan 6T yang ditawarkan sang penguasa. sangat sadis.



 Si Kuning dan Si Merah

Warna baju berbeza,
haluan juga berza
tingkah sangat berbeza
ketua mesti berbeza
layanan turut berbeza.

Si kuning dipukul riuk
Si merah dijemput masuk
Si kuning berjalan rela
Si merah diupah ketua.

Oh sadis si merah
Oh hebat si kuning.

Dua-dua masuk berita
Dua-dua cerita auta
resam dunia yang tua.







Ahad, 20 Jun 2010

Sajak: Wajahmu Abah.

Sajak buat abah tercinta semperna hari bapa yang kunjung tiba,hari-hari adalah hari bapa,namun hari ini lebih istimewa.terimalah, Wajahmu Abah.


Wajahmu abah,
Terlukis di kanvas hidupku
betapa perit jalur hidupmu
membesarkan kami empat beradik
dicelahan kota keringat
memerah tenaga sekuat mungkin
demi melihat rezeki tersuap
ke mulut kecil anak-anakmu.

Wajahmu abah,
takkan padam dari memoriku
takkan lenyap dari hatiku
takkan hilang dari kenanganku
kerna dikau abah
satu-satunya jauhar yang aku ada
tanpamu juga aku tiada
menemani aku tika luka
mencintaimu satu harta
yang sukar dicari merata
kerna kau insan paling setia
kasihmu abah hingga ke syurga

Wajahmu Abah,
akanku potretkan di kanvas sejarah
buat renungan zuriatku nanti
betapa aku memiliki abah sejati
insan terbaik yang aku miliki
yang pergi takkan ada pengganti lagi
kecuali kita bertemu di syurga nanti.

Moga Allah memberkatimu
moga Allah merahmatimu
moga Allah panjangkan umurmu
moga Allah ampunkan dosamu
moga Allah memeliharamu...ABAH.


Air mata menjadi saksi;
Karya ini milikku: Mohd Faizal Jaafar.
Cairo, Egypt.

Rabu, 7 April 2010

Sajak: Permata untuk Emak

Emak
Cintamu cinta murni
Menemani citra fitrah insani
Membelai kami
Menjaga kami
Memujuk kami
Menyanyangi kami
Setiap saat tak jemu.

Emak
Dihari lahirmu
Aku jauh di sini
Merantau benua kita
Demi sebutir permata
Yang kudamba untukmu
membalas titik keringatmu
Berkorban demi anakmu
Membakar jiwaku
Tak pernah jemu
Tak pernah bisu.

Ibuku
Aku pasti kau menantiku
Membawa permata yang ditunggu
walau lama menagih janji itu
Kau tetap menantiku

Ibuku
Doakan aku anakmu
Berjuang
Bertempur
Berlari
Di medan ini
Ku dambakan naungan kasih doamu
Buatku tabah
Meniti denai ilmu
Mencari pelangi redha
Mengutip permata
Di pepasiran bumi sahra.



Nukilan khas untuk ibu tersayang.