Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan

Ahad, 17 Julai 2011

Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.

"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?

"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.

Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.

Rabu, 22 Jun 2011

Bersih 2.0 : Pemuda PAS Perak Sangkal Tuduhan Zambry

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyangkal tuduhan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Himpunan BERSIH pada 9 Julai ini ada agenda tersembunyi untuk menawan Putrajaya tetapi tidak menyedari bahawa cara Umno / Barisan Nasional (BN) merampas secara jahat Kerajaan Negeri Perak dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai alat bagi mengesahkan cara kotor untuk kembali mentadbir Kerajaan Negeri awal Februari 2009 yang lalu.

Bagi kami, himpunan ini adalah pentas khas terutamanya rakyat Negeri Perak menyuarakan bantahan mereka cara kotor Umno / BN yang telah merampas Kerajaan Negeri daripada mandat rakyat setelah memberikan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) layak mentadbir Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Sudah tentu tujuan utama kepada rakyat Perak yang menyertai himpunan ini adalah bagi memastikan PRU 13 nanti bersih untuk menghalang Umno / BN merampas sekali lagi Kerajaan Negeri dengan cara singkat.

Setakat dalam rekod politik tanahair, dengan mengadakan himpunan tiada langsung satu kerajaan negeri pun dirampas sepertimana Umno / BN dapat lakukan di Negeri Perak dahulu. Hanya Umno / BN sahaja yang benar-benar dapat lakukan cara pelbagai himpunan bagi mendapat mandat secara singkat untuk kembali mentadbir. Beberapa kerajaan negeri yang dimenangi oleh PR dengan izin Tuhan telah bangkit secara luar biasa rakyat yang telah dapat menghalang penyelewengan dalam PRU yang telah diadakan.

Bagi kami himpunan yang bakal diadakan dijamin ianya adalah himpunan aman tetapi jika hura-hara berlaku dengan gangguan pihak Polis adalah arahan daripada Umno / BN yang inginkan ianya gagal. Kami tegaskan akan menggerakkan rakyat Perak untuk turut serta dalam himpunan ini nanti bagi menyekat politik singkat jalanan untuk terus menjadi Menteri Besar secara tidak tehormat!

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Isnin, 5 Julai 2010

Keshvinder dituntut mohon maaf, bayar gantirugi kepada Idham Lim



malaysiakini
ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh hari ini diberi notis 14 hari untuk memohon maaf kepada ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim serta membayar ganti rugi RM500,000 kerana membuat kenyataan tidak benar tentangnya.

Menurut
Harakahdaily, surat notis itu akan dihantar petang ini oleh peguam Khalil Idham, A Sivanesan yang juga ADUN DAP Sungkai, selepas Khalil membuat laporan polis mengenainya tengahari tadi di balai polis Parit Buntar.

"Saya beri dia notis 14 hari untuk meminta maaf dan membayar gantirugi RM500,000. Jika tidak prosedur saman ini akan difailkan oleh peguam saya," kata Khalil Idham (kiri).

Keshvinder, ADUN DAP Malim Nawar telah keluar DAP baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata pernah meminjam wang dari Khalil Idham, untuk membantu penduduk kawasannya.

Namun, menurut Khalil Idham yang juga Ketua Penerangan Pakatan Perak dan bekas pengerusi Kelab BBC kerajaan Perak, beliau dihubungi oleh Kesvinder melalui sms untuk meminjam wang bagi membayar hutang bank setelah keretanya ditarik.

"Saya sendiri telah bersama beliau ke Ambank Ipoh pada 19 Mei lalu dan memberikan wang sebanyak RM3,500 untuk tujuan itu. Saya sendiri melihat dia membayar wang sebanyak RM2,825 untuk tujuan itu," kata Khalil Idham.

Khalil Idham berkata, beliau mempunyai bukti segala kenyataannya dan akan digunakan dlam perbicaraan di mahkamah nanti.

Pada 25 Februari lalu, ADUN Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Pada 15 Jun lalu, pada sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi ADUN Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata ADUN Malim Nawar itu.

Antara dakwaan beliau ketika mengumumkan kerana keluar DAP adalah kerana kegagalan DAP membantunya dalam menguruskan keperluan rakyat kawasannya.

Rabu, 16 Jun 2010

Berudu Jadi Katak


Negeriku Perak bergolak lagi.isu dulu pun tak selesai lagi,datang pulak isu baru,juga dgn kes yg sama.Ingatkan hanya tiga yg mengong,rupanya ada sekor lagi yg muncul.Ada kata melompat,ada kata menyeberang.entah ler,dua2 boleh pakai.

Entah sampai bila kes lompat melompat pun aku tak pasti.mula2 hari tu kata ada 3 ADUN dari BN yg nak keluar BN,tup tup yang keluar Mamat Sikh dari DAP.Adoi!tipah tertipu la pulak.Apa kes ni?cukuplah pengalaman dulu telah mengajar segalanya.Ingat senang2 ke org BN nak msk PR.Tambah2 kat Perak plak,samseng jalanan banyak.Orang kuat iman jer boleh tahan dgn dugaannyer.Tak kena ugut,kena suap duit.tu jer.pilih mana nak.mana yang dah ke sini,Alhamdulillah,kita terima dgn tangan terbuka.

Dengar cerita Karpal Sing nak saman dua ekor katak DAP Perak tu.Kalau dalam PAS ada perjanjian(bai'ah) dalam DAP pun ada tapi dinamakan kontrak.Siapa langgar,5 juta mari sini.Dasyat jugak DAP ni.bukan main2 punya.

Isunya kat sini,sapa dalangnya?entah ler yop,xler teman tau.kata pakcik usop.adoi!teman pun tak tau.tapi mesti ada org yang rancang ek.eh eh! jap jap!bukan ke mamat sikh tu lompat sbb xckp peruntukan DUN.Yg ni izinkn aku gelak,kah kah kah kah kah kah kah kah!ambik kau,aku mula2 bace pun nak tergelak.pandai sungguh mamat ni bg alasan.bukan dia tak tau mn ada ADUN PR kat Perak dapat peruntukan lepas kena rampas hari tu.adoi!semua pakai duit poket sendiri.Memang mengong betul la.

Tapi ada kisah sebalik kisah sebenarnya.dulu dia ada buat laporan kat SPRM,kes dia nak disuap oleh UMNO sebanyak 20 juta.Banyak tu,sape yg x trlior.tapi dia tolak mentah2 masa tu.tp skarang dah lain,lompat tak pasal2.nampak sangat ada udang di sebalik pinggan.ermm..entah ler yop.banyak betul spekulasi.Nak percaya boleh,tak percaya pun boleh.nilailah sendiri dengan mata hati,bukan dengan ibu jari kaki kiri.tata

Selasa, 15 Jun 2010

Selepas dakwa ditawar RM20 juta, Keshvinder keluar DAP


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pada 25 Februari lalu, Adun Malim Nawar, Perak dari DAP, Keshvinder Singh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beliau ditawarkan wang tunai RM20 juta agar meninggalkan Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataannya kepada media di luar pejabat SPRM itu, Keshvinder mendakwa, agen Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Perhubungan Umno Perak yang membuat tawaran itu.

Hari ini, dalam sidang medianya, Keshvinder mengumumkan beliau keluar dari DAP dan menjadi Adun Bebas dan menyokong Barisan Nasional.

Beliau menafikan menerima sebarang bayaran untuk tindakannya ini dan mencabar mana-mana pihak memeriksa akaun bank beliau.

"Saya bersih," kata Adun Malim Nawar itu.

Dalam pilihan raya umum lalu, Keshvinder menang dengan majoriti 1,362 mengalahkan calon MCA Dr Chai Song Poh.

Beliau menyalahkan DAP dan mendakwa partinya itu tidak membantu beliau untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan terpaksa menggunakan dana sendiri untuk memberikan khidmatnya sebagai wakil rakyat.

Katanya, surat keluar dari parti telah dihantar kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pagi tadi.

Bagi beliau, tindakannya ini untuk kepentingan rakyat di kawasan yang diwakilinya.

Ahad, 13 Jun 2010

Bior Beno Yob : Tiga ADUN Umno Perak Bakal Lompat Parti

Oleh Rusnizam Mahat

SHAH ALAM 12 Jun - Percaturan politik yang bergolak sejak lebih setahun lalu akan bertambah rancak apabila timbul desas desus kuat yang bertiup kebelakangan ini bahawa tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional Perak dikatakan akan melompat menyertai KEADILAN.

Sekiranya ia benar berlaku senario tersebut akan mengembalikan kepada keadaan sebelum rampasan kuasa haram yang didalangi Umno-BN pada Febuari 2009 apabila dua ADUN KEADILAN dan seorang wakil rakyat DAP melompat menjadi anggota Bebas dan menyokong BN.

Mungkinkah Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa atau BN terpaksa membubarkan DUN sebagaimana yang didesak sekian lama oleh Pakatan Rakyat?
Ketua Penerangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim ketika dihubungi Suara Keadilan berkata, perkara itu akan diumumkan pada sidang media di Ipoh esok.
"Buat masa ini kita tidak akan sebut nama tetapi beberapa orang telah cuba menghubungi dan melahirkan rasa tak puas hati terhadap pimpinan negeri. Ia melibatkan pasal habuan, terutamanya ADUN Umno yang sudah senior yang tak diberi keutaman dan mereka melebihkan ADUN di pihak pembangkang yang melompat," kata Zulkifly.

Ketika ditanya jumlah mereka yang melompat, Zulkifly berkata setakat ini yang diketahui ialah seramai tiga orang dan kesemuanya daripada Umno.
Menurut Zulkifly lagi, ketidakpuasan hati di kalangan ADUN Umno itu juga mempunyai kaitan dengan tawaran jawatan dan habuan yang diterima tiga ADUN Pakatan Rakyat yang melompat kepada BN pada 2009 yang lalu.
Tindakan itu mengakibatkan krisis politik yang berlarutan menyaksikan kerajaan sah Pakatan Rakyat yang dipilih melalui pilihan raya umum tumbang.
"Berdasarkan pengalaman dari kes Nasaruddin Hashim (ADUN Bota), kes kali ini hampir serupa. Dalam kes Nasaruddin dia keluar Umno kerana tak puas hati kepimpinan Umno, jadi kita bawa jumpa Anwar. Tetapi kemudian dia telah menerima pelbagai ugutan sehingga memaksanya menyertai semula Umno," jelas beliau lagi.
Ditanya sekiranya desas desus terbaru ini cuma mainan politik Umno, dan sekiranya situasi yang sama berulang sepertimana kes Nasaruddin, beliau berkata ia berlaku di luar kawalan KEADILAN.

"Perkara itu di luar kawalan, hal macam itu kalau nak lompat balik, mereka mesti ada alasan yang kuat. Ini kerana budaya dalam Umno ada ugutan, mereka akan ugut dengan buka fail yang lama dan sebagainya seperti mana yang berlaku terhadap Nasarudin.
"Tapi apa yang saya ingin tegaskan sudah wujud tak puas hati di kalangan senior yang tak selesa dengan layanan pimpinan negeri, di samping tak puas hati dengan kepimpinan Najib berhubung isu judi, soal Yahudi, mereka (Umno) kata mempertahankan hak melayu tetapi, Umno yang banyak gadaikan hak Melayu. Mereka sudah mula bercakap, biasanya orang Umno tak berani nak sebut terang-terang," ujarnya.

Tambahnya, beliau tidak menolak kemungkinan ada usaha untuk menghalang penyertaan ADUN berkenaan ke dalam KEADILAN memandangkan BN tidak memiliki majoriti dan hanya disokong oleh tiga ADUN Bebas.

Namun katanya, beliau tidak pasti sekiranya perkara akan menyebabkan berlakunya pembubaran DUN kerana ia perlu dilihat dari aspek perundangan dan Perlembagaan terlebih dahulu disebabkan kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya umum kini sudah memasuki tiga tahun.
"Namun apa yang pasti kes ini sekali lagi akan mewujudkan ketidakstabilan politik diPerak," ujarnya.

Sumber: biaqpila.blogspot.com

Sabtu, 29 Mei 2010

Bila Perak akan haramkan judi?


Kenyataan Dr. Zambry yang mengatakan orang Islam tidak boleh kata judi halah mendapat liputan yang meluas dari pelbagai Media Pro BN dan kononnya dia semacam jaguh apabila disifatkan MB BN yang bersuara lebih awal berkenaan dengan bantahan yang meluas dari umat Islam dan rakyat Malaysia dengan kelulusan kerajaan membenarkan judi bolasepak secara berlesen.

Sehubungan dengan itu saya suka untuk menjelaskan :-

Semalam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.

Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.

Sementara itu di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.

1. Bilakah Kerajaan Perak akan melakukan tidakan yang sama dan Zambry mestilah meneruskan segala ucapannya dengan memastikan arahan segera dikeluarkan kepada semua majlis Bandaraya, majlis perbandaran dan majlis Daerah diseluruh perak untuk melarang Judi Bolasepak yang baru-baru ini diluluskan kerajaan untuk beroperasi dipermis Kerajaan tempatan.

2. Segala langkah yang baik oleh Kerajaan Perak mestilah didokong oleh semua pihak dan dalam Isu terkini adalah dalam isu Judi Bolasepak.

3. Sehubungan itu saya menyeru seluruh Sekretariat Parlimen Pakatan Rakyat di 24 Parlimen di Perak menghantar memorendum kepada semua Majlis Tempatan masing-masing bagi mendesak mereka untuk menagguh pemberiaan lesen kebenaran untuk judi bolasepak beroperasi dikedai Toto yang ada.

4. Selain itu saya mewakili Pakatan Rakyat Perak, mengucapkan tahniah kepada tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang dan beberapa PBT di Selangor. Selain itu kami berharap langkah sedemikian mendapat perhatian dari Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Kedah dalam masa terdekat.


Drs. Khalil Idham Lim,
Setiausaha Sekretariat
Pakatan Rakyat Perak,
ADUN Titi Serong.

Rabu, 26 Mei 2010

Pemuda PAS Perak: Di mana pengasingan kuasa?


IPOH, 25 Mei: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Speaker Pakatan Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak, V Sivakumar semalam sebagai mencabar kuasa Speaker dan mencampuri urusan Dun.

Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata, keputusan itu seolah-olah menunjukkan tidak berlaku pengasingan kuasa antara legislatif dan kehakiman dalam negara ini.

"Bagi Pemuda Perak, mahkamah dilihat telah mencampuri urusan Dewan Undangan Negeri (Dun) yang mana kuasa yang telah diberikan kepada Speaker adalah jelas tanpa boleh di cabar oleh mana-mana mahkamah.

"Jika perkara ini berlaku, jelas pengasingan kuasa yang sepatutnya dilaksankan berdasarkan legislatif dan kehakiman tidak berlaku di dalam negara kita," katanya.

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya semalam menolak permohonan Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan membenarkan tiga Adun yang keluar parti menjadi wakil Bebas mengekalkan kerusi masing-masing.

Tiga Adun tersebut adalah Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang).

Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel tiga hakim, membatalkan permohonan Sivakumar selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam ketiga-tiga wakil rakyat serta peguam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang bertindak sebagai pencelah.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata, selain menafikan kuasa speaker, perkara 72 Perlembagaan juga seperti tidak dihormati dan beliau juga tidak menolak kemungkinan ada campur tangan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan.

"Apakah kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menafikan kuasa Speakar dan mencemar DUN yang dipelihara oleh Perlembagaan.

"Secara tidak langsung Perlembagaan Malaysia dibawah Artikel 72 telah dikhianati oleh sistem itu sendiri. Sekarang ini jelas menunjukkan seperti ada campur tangan pihak-pihak tertentu di dalam memastikan pelanggaran perlembagaan negara yang sudah dirancang ini," katanya.

Jumaat, 9 April 2010

Nizar dakwa MB Perak takut bubar DUN


Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 9 April — Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (gambar) menganggap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai “penakut” kerana tidak berani untuk membubarkan Dewan Undangan Negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru walaupun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

“Beliau (Zambry) kata BN akan menang sekiranya pilihan raya baru diadakan, itu apa yang tersurat tetapi hakikatnya beliau sendiri tidak yakin untuk menang.

“Sebab itu beliau kata tidak berhasrat untuk membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru dengan mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat.

“Ketika persidangan mengapa beliau menggunakan khidmat polis untuk mengawal persidangan, menutup mikrofon dan tidak membenarkan media masuk untuk membuat liputan?

“Ini menunjukkan beliau sendiri tidak yakin dengan diri sendiri dan takut kalah sebab itu macam-macam alasan diberikan untuk tidak membubarkan DUN,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Zambry yang mengatakan kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan DUN bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan BN berupaya untuk menang.

Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang berkata, hasil kajian dari Pakatan Rakyat (PR) juga menunjukkan keputusan positif.

“Hasil kajian kita menunjukkan sekiranya pilihan raya baru diadakan seluruh kerusi MCA serta MIC akan kalah dan lebih separuh kerusi BN akan menjadi milik PR.

“Ini kerana majoriti rakyat masih memberikan sokongan kepada kita dan mereka mahu melihat pilihan raya baru diadakan.

“Kita telah bekerja kuat selama ini dan kita yakin menang sekiranya pilihan raya baru diadakan,” katanya.

Tambahnya, tindakan Zambry yang tidak mahu mengadakan pilihan raya baru bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

“Beliau kata rakyat didahulukan tetapi mengapa tidak mahu mengadakan pilihan raya baru?

“Rakyat mahu pilihan raya baru diadakan tetapi Zambry tidak mahu, bukankah ini bertentangan dengan prinsip rakyat didahulukan?

“Ini jelas menunjukkan beliau tidak mendahulukan rakyat tetapi lebih kepada soal kepentingan politiknya,” katanya lagi.

Sumber: themalaysianinsider.com

Rabu, 7 April 2010

Dato' Sri Nizar: Rakyat Perak masih menyokong PR

Mantan Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin tetap yakin bahawa rakyat di bumi Perak akan memilih Pakatan Rakyat (PR) sebagai kerajaan negeri seandainya Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dan pilihan raya diadakan sekarang.

Sambil menolak analisis soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM centre, yang menjangkakan PR akan kalah jikalau pilihan raya diadakan sekarang, berdasarkan perhitungan bahawa sokongan Melayu terhadap PR akan menurun pada kadar 7–10 %, Nizar mendakwa rakyat di bumi Perak telah menjadi "buta warna kulit".



"Saya perlu mengaku bahawa saya tidak dapat menyetujui sepenuhnya analisis tersebut," sebelum beliau menyambung, "Kalau itulah analisisnya, maka Zambry (MB BN) adalah orang pertama yang ketawa dan ketawa dan mengadakan pilihan raya sekarang kerana beliau akan menang sekarang juga."

"Tetapi, saudara-saudara, kita cabar dia. Kalau anda (Zambry/BN) rasa anda akan menang dengan apa-apa cara juga, adakan pilihan raya sekarang dan tengok siapa yang akan menang!"

Malah, beliau sempat mengusik parti musuh politiknya, dengan meminjam slogan UMNO, "Kami menyatakan, kalau ada pilihan raya hari ini, besok, semalam dan bila-bila...dulu, kini dan selama-lamanya, kita Insyaallah akan menang!"

Hampir 40% setuju BN sah kerajaan negeri di Perak

Kata-kata bekas MB Perak dalam forum berjudul "Pencabulan Amalan Federalisme: Implikasi kepada Institusi Perundangan di Malaysia" disambut dengan tepukan gemuruh daripada kira-kira 600 orang hadirin. Forum ini dianjurkan oleh Free Public Forum (FPF) bersama ILHAM Centre pada pada 1 April, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Petaling Jaya, bertempat di Auditorium Dewan Sivik MBPJ.

Selain Nizar Jamaluddin yang juga ahli parlimen Bukit Gantang, ahli panelis yang dibariskan termasuklah pakar perlembagaan Professor Abdul Aziz Bari, pakar perundangan Sulaiman Abdullah dan ahli parlimen Subang-PKR Sivarasah Rasiah. Bagaimanapun, dua orang panelis yang dijadualkan sebelum ini, iaitu bekas Menteri Jabatan Perdana Menteri Zaid Ibrahim dan EXCO Kelantan, Husam Musa gagal hadir.

Sebelum forum dimulakan, Pengarah Urusan ILHAM Centre, Mohd Azlan bin Zainal membentangkan laporan soal selidik yang dijalankan oleh ILHAM, berjudul Tinjauan Lapangan terhadap Isu-isu Semasa di Perak. Tinjauan ini dijalankan antara 1 hingga 4 Mac 2010, iaitu selepas panel lima hakim di Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir dari UMNO-BN adalah Menteri Besar Perak yang sah. Tinjauan terhadap 1,031 orang responden ini mengambil tempat di kawasan DUN Kuala Sepetang, dengan struktur penduduk mengikut kaum Melayu 59.96%, Cina 31.67%, India 8.34%, dan lain-lain 0.03%.

Menurut Mohd Azlan, tinjauan ini menunjukkan 39.2% responden bersetuju bahawa Kerajaan BN Perak adalah sah di sisi Undang-Undang Tubuh Perak, sementara 31.0% tidak bersetuju, dan 26.8% tidak pasti. Di samping itu, 37.0% responden bersetuju dengan keputusan mahkamah berkaitan dengan pengesahan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah, namun pandangan ini tidak dipersetujui oleh 30.0% yang lain dan 28% yang tidak pasti.

PR bakal tewas kalau pilihan raya diadakan

Apa yang menarik, tinjauan tersebut menunjukkan pola di mana responden yang semakin lanjut usia dan semakin rendah taraf pendidikannya, didapati lebih cenderung untuk menyetujui bahawa BN dan Zambry adalah kerajaan negeri dan MB yang sah di Perak.

Malah, ketika diajukan soalan "sekiranya pilihan raya diadakan semula seluruh Perak, jangkaan Parti akan menang", hasil tinjauan masih memihak kepada BN dengan peratusan sebanyak 55.3%, berbanding kepada PR 48.5% dan hanya 11.2% menyatakan tidak pasti.

Ketika merumuskan hasil tinjauan tersebut, ILHAM menjangkakan sokongan kaum Cina kepada PR Perak akan kekal di Perak, tetapi sokongan daripada kaum Melayu akan menurun 7–10 %, dan kaum India pula bergantung kepada isu.

Semasa mengulas analisis tersebut, Nizar Jamaluddin berkata, "...tetapi di Perak, analisis itu mungkin tidak berkesan lagi di Perak. Kerana kami tidak lagi membezakan antara kami dengan Melayu, Cina, India...dalam analisis kita. Itu telah berlalu."

"Merdeka Center dan NGO lain boleh menganalisa berdasarkan faktor-faktor tersebut," Nizar bersambung, "Tapi biar saya beritahu anda dari hati saya, ia tidak berlaku begitu di Perak lagi. Untuk satu dan setengah tahun yang lalu, 11 bulan semasa kita memegang tampuk kuasa, Alhamdulillah kami mampu menghakis perasaan perkauman di Perak. Kita adalah buta warna dalam kulit."

"Dasar Apartheid" di Perak?

Biarpun dipertikaikan sama ada hujah di atas berpijak pada bumi, Nizar tetap mempertahankan kenyataan beliau dengan mengambil contoh bagaimana beliau sebagai calon bukan Cina dari PAS berjaya meraih sokongan 85% pengundi Cina di PRK Bukit Gantang, sokongan kemuncak dari komuniti Cina yang belum dicapai oleh pemimpin Cina dari DAP mahupun MCA. Tidak cukup dengan itu, beliau menggambarkan bagaimana buat pertama kalinya pimpinan DAP dan PKR yang bukan Melayu mula membaca al-Quran dalam DUN.

"Tak pernah ada dalam sejarah negeri Perak, bahawa kehormatan kami antara satu kaum dengan kaum yang lain paling tinggi yang pernah dicapai dalam zaman Barisan Nasional," katanya.

Nizar Jamaluddin yang kini menjadi Ketua Pembangkang dalam DUN Perak menjelaskan kepada hadirin mengapa ADUN PR terpaksa keluar dari DUN Perak secara beramai-ramai dalam persidangan mesyuarat DUN Perak, baru-baru ini.

Nizar mendakwa bahawa PR "mahu jadi pembangkang yang cukup-cukup kuat, untuk menjadikan persidangan itu berjalan licin dan lancar", namun berdepan dengan pencabulan hak, apabila pembesar suara ADUN PR ditutup, malah media tidak dibenarkan masuk ke dewan untuk mengikuti persidangan yang mengambil masa hanya lima jam ini, kecuali beberapa media milikan UMNO seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan sebagainya.

Beliau bertanya, "Bolehkah anda bayangkan? Nak masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri Perak, Barisan Nasional masuk pukul 9:30 (pagi), ikut pintu A, pakai lif nombor tiga. Bukan hanya Afrika Selatan ada (dasar) Apartheid, Ipoh ada. Pakatan Rakyat masuk ikut pintu B, pakai lif nombor enam, masuk pukul 9:45 (pagi). Nak masuk macam masuk kapal terbang, ada scanner, ada x-ray,...ada telefon, rampas; ada video cam, rampas..."

Tolak Ketuanan Melayu

Sebelum mengakhiri ucapannya, Nizar Jamaluddin menyeru agar konsep "Ketuanan Melayu" ditolak. Beliau membacakan ayat dari Quran, menterjemahkannya, "Wahai orang-orang yang beriman, kamu hendaklah laksanakan kebenaran sentiasa. Dan kamu mestilah jadi saksi yang adil, dan janganlah sikap kamu benci kepada kaum dan bangsa lain menjadikan kamu tidak adil. Berlaku adilah kau, sesungguhnya ia cukup rapat dengan ketaqwaan dan bertaqwalah kamu sesungguhnya Allah maha mengetahui dalam perkhabarannya berkenaan apa yang kamu lakukan..."

"Kita hari ini sewajarnya membuangkan (konsep) 'Ketuanan Melayu' yang diuar-uar dan diasak oleh UMNO-Barisan Nasional," tegasnya, "I repeat (Saya mengulangi), mengapa kita jadi hari ini, kerana sindrom Ketuanan Melayu tanpa kita sedari menular di hati sanubari kita."

Malah, Nizar mengingatkan bahawa tiada kalimah Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, "UMNO ingatkan, Malaysia bapak dia punya! Hari ini Pakatan Rakyat, kita menyeru seluruh rakyat, untuk membantu kita dalam perarakan ke Putrajaya. Kita kini dalam perarakan ke Putrajaya, menjujung banner Ketuanan Rakyat!"

Sulaiman: Nizar tetap MB sah

Sementara itu, meskipun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Zambry Abdul Kadir sebagai MB yang sah pada 9 Februari yang lalu, namun dalam hati pengamal undang-undang, Sulaiman Abdullah, Nizar Jamaluddin kekal sebagai MB Perak yang sah.

Penghakiman ini membuatkan beliau "teringat peristiwa yang berlaku berabad-abad dahulu". Sulaiman (gambar kiri) berkata, "...Galileo Galilei, iaitu ahli astronomi dan fizik, yang mengatakan bahawa bumi kita mengelilingi matahari. Tetapi pihak berkuasa berpendapat bahawa matahari yang mengelilingi bumi kita, dan bumi kita tidak bergerak. Jadi, apabila Galileo tidak bersetuju menarik balik pendapat dia, mereka cuba membakarkan dia sehinggalah dia setuju dengan pendapat palsu mereka."

"Tetapi semasa dia dikeluarkan dari api itu, dia berbisik juga, 'tetapi ia(bumi) bergerak', bumi kita yang bergerak," katanya.

Sulaiman menerima tepukan gemuruh dari bawah pentas, apabila dengan nada yang tenang mengatakan, "Jadi, beberapa mahkamah, beberapa pembesar negara, boleh mengatakan bahawa di sisi undang-undang, Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar Perak. Tetapi dalam hati nurani saya, menurut undang-undang Tuhan, undang-undang manusia yang baik, saya percaya bahawa beliau tetap Menteri Besar Perak yang sah!"


Oleh: Lim Hong Siang

Baca boleh, percaya jangan.

Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (bawah, kiri) berkata kerajaan negeri tidak berhasrat membubarkan dewan undangan negerinya (DUN) bagi mengadakan pilihan raya baru sekalipun hasil kajian menunjukkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk menang.

Beliau berkata, buat masa ini kerajaan negeri pimpinannya itu mahu menumpukan kepada agenda pembangunan Perak selain mengotakan janji kepada rakyat negeri berkenaan.

"Terima kasih atas hasil kajian itu dan yang pasti ada pihak yang tidak gembira dengannya. Apa yang lebih penting bagi kita ialah kerajaan BN di Perak kini melaksanakan perkara yang betul dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi janji ke arah kebaikan rakyat," katanya kepada pemberita di Selama, hari ini.

Bagaimanapun, Zambry yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri berkata, hasil kajian itu mendorong BN Perak untuk bekerja keras dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

Beliau diminta mengulas kajian oleh sebuah badan pemikir bebas, Ilham Center yang menunjukkan sokongan majoriti rakyat Perak telah beralih kepada BN dan parti itu boleh memenangi pilihan raya DUN jika ianya diadakan sekarang.

"Dalam penilaian saya, rakyat akan memberi mandat baru apabila tiba pilihan raya berdasarkan apa yang kita laksanakan untuk mereka," katanya.

- Bernama

Sumber: Malaysiakini



- Siapa percaya rakyat Perak menyokong BN? apa bukti? kita boleh bezakan antara penakut dan berani. kalau berani dia takkan keluarkan kenyataan ini. Rakyat Perak nakkan pilihanraya yang adil dan telus. bukan diadili oleh mahkamah yang senget. tunjukkan bukti kajian. kalau betul BN perak berupaya untuk menang, hari ni jugak pergi istana untuk mintak perkenan bubarkan DUN. Itu baru anak jantan. Betul tak?

Rabu, 31 Mac 2010

Nizar: Ganesan cabul Perintah Tetap Dewan

Oleh:Andrew Ong

Ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat bertindak meninggalkan dewan setelah speaker R Ganesan berulang-kali menolak permohonan mereka bagi menimbulkan peraturan dewan.

NONEPada sidang media kemudiannya, menteri besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS - Pasir Panjang) berkata tindakan Ganesan tidak menghormati peraturan dewan.

“Kita bertalu-talu minta supaya Perintah Tetap dihormati. Tetapi kita lihat ia dilacur dan diliwat oleh Ganesan dan Umno-Barisan Nasional,” kata Nizar.

"Perintah Tetap bukan sahaja diabaikan tetapi tidak digunakan sebagai panduan untuk perjalanan dewan,” tambah beliau.

MenurutNONE Nizar, wakil rakyat Pakatan dinafikan hak mereka sebahgai ahli dewan undangan negeri.

Pada sidang pagi ini, Nga Kor Ming (DAP - Setiawan) cuba membangkitkan Peraturan 3, 4 dan 6 bagi mencabar kesahihan Ganesan sebagai speaker.

Kata Nga, Peraturan Tetap mensyaratkan bahawa pelantikan speaker baru hanya boleh dibuat jika berlaku keksongan dan ia mesti dijalankan menerusi pengundian.

BagaimanapunNONEsebelum Nga boleh menghabiskan bacaannya mengenai Peraturan Tetap, Ganesan mencelah dan mendakwa pelantikannya pada 7 Mei tahun lalu adalah sah. Dia kemudiannya mengarahkan Nga supaya duduk.

Ganesan kemudian bertindak menutup mikrofon Nga dan meneruskan sidang dengan sessi soal-jawap.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakanpembangkang yang menimbulkan kekecohan serta bertindak keluar beramai-ramai itu seperti sudah dirancang dari awal.

“Ini boleh dilihat daripada tindakan sebahagian besar mereka yang berpakaian serba hitam dan membawa poster dalam dewan. Pembangkang cuba jadikan DUN sebagai kandang dan tempat demonstrasi," katanya pada sidang media berasingan.

Pada sidang pagi tadi, adun Rungkum, Datuk Shaarani Mohamad mencadangkan kepada dewan agar memohon kepada Sultan Perak bagi menarik semula gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Nizar dan 'Datuk' kepada Datuk Ngeh Koo Ham (Sitiawan).


Sumber : malaysiakini

Edisi 18SG(Sangat Geram): Negeriku Kalut lagi










Ah...negeriku kalut lagi. sidang dun yang sepatutnya menjadi medan membahaskan masalah rakyat bertukar menjadi medan pertempuran yang tak sepatutnya. lingkup sistem kerajaan berpalimen. dah la di parlimen begitu, di dewan undangan negeri pun begitu jugak.

Ini tak lain berpunca dari juak2 itu. kalau sudah namanya kerajaan haram, maka akan macam haramlah perangai mereka. kalau ini berlarutan, aku yakin perak tidak akan ke mana2. mana mungkin sesebuah kerajaan ditadbir sedemikian rupa. sidang dun hanya memenuhi syarat perlembagaan sahaja. bayangkan hanya dua hari, ya, hanya dua hari dewan bersidang. apa yang boleh dilakukan? bukan nak bahas masalah rakyat, nak hentam speaker haram pun tak cukup. sampai sekarang tak sudah2 dan tak sedar2 speaker haram itu.

PR telah menghormati keputusan mahkamah yang memihak kepada juak2.walaupun dengan hati yang tak redha.tapi, tentang speaker haram PR tidak akan bertolak ansur walau apapun yang berlaku.sebab ini peraturan dewan.telah terbukti,pelantikan ganesan tidak sah dan merupakan satu komplot yang jahat untuk menjatuhkan speaker yang sah.aku bukanlah adun,bukan juga ahli parlimen,speaker lagi la bukan.tapi aku seorang pembaca dan pengalisis politik bebas(bukan katak ek).taulah sikit2 tentang syarat menjadi speaker.antaranya bukan peguam,dilantik dengan sah dengan mojoriti dewan.dan sebagainya.tapi ini tak berlaku di perak negeri kome.

Rakyat sudah celik politik,bukan macam dulu senang digula2kan dengan kain pelikat dan payung dacing.maklumat dah mudah sampai kepada mereka.itu yang juak2 takutkan sebenarnya sampai meletakkan media2 di tempat bercermin gelap dan kalis bunyi.bodoh ke tak bodoh? media nak lapor berita,tapi tak bagi dengar, tak bagi tengok.agak2 apa media nak lapor?

Jika anda inginkan berita yang laju dan benar, sila ke http://idhamlim.blogspot.com.

Selasa, 30 Mac 2010

Edisi 18SG(Sangat Geram): Sidang Dun Polis





Sebentar tadi, sekitar pukul 9.00 pagi waktu Malaysia, berlangsungnya perasmian sidang Dun Perak untuk penggal ke-3.

Sidang Dun ini merupakan yang pertama selepas Zamry diisytihar sebagai MB-MAHKAMAH paling kotor didunia. Tiada mahkamah 'seadil' ini di dunia.

Rentetan dari kemenangan ini. maka bermulalah pentadbiran haram ini.

Hari ini bersidanglah mereka dalam ketakutan. tidak ada Dun yang bersidang bersama polis kecuali di Perak, tidak ada Dun yang menghalang wartawan masuk kecuali di Perak. tidak ada speaker yang lebih pengecut dari Ganesan. tidak ada MB secapoi Zamry. semua ada.

Inilah negeriku tercinta. ditadbir oleh MB haram 'J'.Nampak sangat ketakutan mereka.Zambry mendakwa sidang Dun ini aman.deyy podah...aman sebab ada polis.bayangkan 150 orang jaga satu speaker. lepas tu pandai belakon,bila Raja Nazrin masuk untuk sampaikan titah ucapan, semua pakat keluar.pengecut.belum cerita yang dekat luar.yang jaga pintu.woi!!!! ingat ni perang ke.banyak lagi perogal,perompak,pembunuh,peragut yang tak tangkap-tangkap lagi.buat apa menyemak dekat situ.

Inilah apabila terdesak. mereka lakukan apa sahaja demi mempertahankan kebatilan mereka itu.aku sedih,pilu,malu dengan negeriku.apabila 'ulamak' sudah dicucuk hidung,maka kebatilan ini hanya dilihat sahaja.aku sangat kecewa dengan apa yang berlaku.aku kesiankan rakyat perak yang terpaksa menananggung penderitaan ini.bukan juak-juak itu.sungai perak bisa kontang kerna tak sanggup digelar 'sungai perak', kerana malu ia pada sungai2 lain kerana digelar sungai negeri kartun.Aku terselamat sebab lahir di N9.walau menetap di Perak.namun tetap akanku pertahankan,Dun perlu dibubar segera sebelum perak digelar negeri polis pula.

Kembalikan hak kepada yang berhak. doaku agar negeriku kembali diredhai Allah setelah kekejaman ini.aku benci penindasan!!