Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRK. Papar semua catatan

Isnin, 28 Februari 2011

 Seruan untuk pengundi Merlimau dan Kerdau

Nik Abdul Aziz Nik mat

Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat

Salam Sejahtera.

“Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Maksud Al-Quran, al-An’am 6:162)

Sesungguhnya, segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Pesuruh Allah pengakhir zaman.

Didoakan kepada semua pengundi, sanak-saudara dan kaum keluarga warga Dun Merlimau dan Dun Kerdau berada dalam selamat dan sejahtera dengan izin Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

Tuan-puan dan Saudara-saudari yang dihormati sekalian.

Bersempena dengan pilihan raya kecil N.27 Merlimau, Melaka dan N.28 Dun Kerdau, Pahang ini, saya dengan ini mengambil kesempatan untuk menyampaikan seruan ingatan kepada diri saya dan pengundi sekalian yang berkebetulan berlaku dalam bulan sambutan Maulidur Rasul 1432H. Maka, ambillah pengajaran daripada sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang membawa rahmat bukannya laknat kepada sekalian alam. Mengamalkan ajaran Nabi baik dari segi ibadatnya, mahu pun segenap urusan hidup (mauamalat) adalah pelengkap kepada mencapai keberkatan di akhirat nanti. Oleh kerana itu, kita kena bergantung kepada Islam di dalam segala-gala segi perjuangan hidup. Ajaran Nabi Muhammad SAW sendiri tidak menerima perjuangan atas nama bangsa Arab, yang diterima hanyalah perjuangan atas nama keimanan yang hakiki terhadap Allah, Rasul dan hari akhirat. Selari dengan firman Allah:

“Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidilharam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberikan hidayat petunjuk kepada kaum yang zalim.” (Maksud Al-Quran, At-Taubah 9:19)

Justeru Islam mengutamakan iman bukannya perbuatan. Atas kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW inilah, maka setiap apa yang kita buat hendaklah berserta dengan niat yang tulus di atas dasar keimanan.

Oleh itu, menghadapi pilihan raya kecil ini, saya mengajak para pengundi sekalian tetapkan niat dan iman semasa menggunakan hak mengundi “untuk ubah nasib hidup kita, demi menegakkan kebenaran dan keadilan serta kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.”

Sesuai dengan niat tersebut, maka ubahlah kepercayaan kita dari mempercayai hanya Umno sahaja yang boleh memerintah dan membawa pembangunan, kepada memberi kepercayaan kepada PAS-Pakatan Rakyat yang juga boleh memerintah dan membawa pembangunan kepada bangsa, agama dan tanah air. Ini kerana parti Islam PAS sudah lebih 20 tahun berjaya sebagai sebuah kerajaan yang memerintah dan membangunkan rakyat dan negeri di Kelantan. Dan kini kejayaan itu turut berlaku di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Bagi PAS di Kelantan, kejayaannya adalah kerana mengamalkan dasar pentadbiran Islam berteraskan prinsip ubudiah (keyakinan kepada Tuhan), mas’uliah (penuh tanggungjawab mengikut kehendak agama) dan itqan (melakukan yang terbaik) yang selari dengan kehendak syariat. Justeru itu, Kerajaan Negeri Kelantan berjaya dengan rekod bersih, tiada amalan rasuah, berintegriti, bebas dari riba dan subur dengan hasil mahsul anugerah Tuhan. Malah berkat pentadbiran Islam, semua lapisan kaum hidup dengan aman, damai dan sejahtera berpandukan agama.

Ia sebagai bukti betapa syariat Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini berjaya mendidik pentadbir, pemimpin dan rakyat terus berpegang teguh kepada agama. Falsafah ini adalah selari dengan doa iftitah yang kita baca di permulaan sembahyang:

“Sesungguhnya sembahyang ku, ibadat ku, hidup ku dan mati ku adalah kerana Alllah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam (Lillahi Rabbi ‘alami).”

Maknanya kerajaan Negeri Kelantan tetap jujur dan ikhlas mendidik semua pemimpin dan rakyat untuk mengingati tanggungjawab beragama––bersembahyang dan beribadat, dosa dan pahala serta memikirkan soal hidup dan mati. Inilah natijah perjuangan PAS yang sentiasa mendidik rakyat ke arah kehidupan beragama, berkeamanan dan berharmoni.

Justeru Kerajaan Negeri yang dipimpin oleh PAS sudah berjaya meyakinkan masyarakat semua kaum, bahawa apa yang kita laksanakan di Kelantan adalah yang terbaik, malah lebih baik berbanding dengan apa yang dibuat oleh Umno sebelum ini. Maka, Negeri Kelantan telah mendahului negeri-negeri lain dalam banyak aspek pembangunan berteraskan ajaran Islam. Terbaru sekali ialah penggunaan wang syariah––dinar emas dan dirham (sistem kewangan Islam zaman Nabi Muhammad SAW), dan pemberian beras percuma kepada keluarga miskin di bawah Skim al-It’aam.

Tuan-puan dan saudara-saudari sidang pengundi sekalian.

Islam mengajar kita supaya berlaku adil kepada semua pihak, termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya. Setiap kali PAS bertanding, prinsip yang diamalkan ialah berkempen dengan adil dan bersih, tiada ugut-mengugut dan sogok-menyogok. Sentiasa memberi peluang kepada pengundi untuk menggunakan kebijaksanaan dan kebebasan memilih dan mengundi PAS. Maka demi masa depan kita, undilah PAS pada kali ini. Ubahlah undi kita, dari undi Umno kepada mengundi PAS.

Sebagaimana masyarakat Kelantan yang sudah menolak perjuangan Umno dan parti Umno bukan lagi parti kerajaan. Masyarakat Kelantan menolak perjuangan kebangsaan Umno adalah kerana dasarnya yang mengasing-asingkan dan membeza-bezakan rakyat mengikut kaum-kaum, dan mengenepikan nilai-nilai keadilan yang diajar oleh Islam. Oleh sebab amalan itulah, Umno telah gagal mewujudkan perpaduan sebenar di kalangan semua kaum dalam negara ini. Kegagalaan itu membuktikan perjuangan Umno tidak selari dengan ajaran Tauhid Islam. Mengikut ajaran Tauhid, bukan hanya Tuhan itu Satu, tetapi satu segala-galanya. Maksudnya, kita hendaklah menerima Islam dan ke-Esaan Tuhan dengan tulus ikhlas. Hatta manusia yang berbagai-bagai bangsa itupun hendaklah disatukan di bawah satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam AS. Malangnya, ajaran seperti ini tidak diajar oleh perjuangan sekular dan kebangsaan Umno. Oleh itu, terimalah sistem Islam yang sentiasa benar dan adil untuk semua kaum.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam–tidak tali kebangsaan) dan janganlah kamu bercerai-berai .”

(Maksud Al-Quran, Ali-Imran 3:102-103),

Sebenarnya Allah SWT tidak menerima segala amalan kita, melainkan kita beramal dengan ajaran Islam yang syumul. Maka, menolak perjuangan Umno-BN adalah satu tindakan betul yang sekaligus menolak perjuangan sekular dan kebangsaan.

Oleh itu, saya penuh yakin bahawa calon PAS-Pakatan Rakyat, Haji Yuhaizad bin Abdullah (Dun Merlimau) dan Hassanuddin bin Salim (Dun Kerdau) adalah calon-calon yang mesra dan rapat dengan semua lapisan pengundi. Mereka berdua cukup berpengalaman selaku pimpinan parti dan masyarakat, maka sudah pasti mereka mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab demi menunaikan harapan rakyat. Dengan ini saya menyeru dan merayu kepada sekalian pengundi, terutamanya pengundi Melayu, Cina dan India, dan khasnya pengundi peneroka yang budiman lagi bijaksana, bersama-samalah kita mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat. Bulatkan hati, dengan lafaz ‘Bismillah...nama Tuhan yang Esa’ undilah Bulan pada hari Ahad, 6 Mac 2011 nanti. Keluarlah beramai-ramai untuk mengundi calon PAS-Pakatan Rakyat dan jangan hiraukan ugutan dan sogokan pihak Umno-BN.

Selamat mengundi. Semoga dengan ‘sepangkah undi,’ tuan-puan dan saudara-saudari sekalian dirahmati Allah Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

“Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia, Bersama PAS-Pakatan Rakyat”

*PAS UNTUK SEMUA *

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan

merangkap Mursyidul Am PAS.

Ahad, 25 April 2010

PRK 094: Kita Kalah

Maaf terlambat update.seperti sudah dijangka,kemenangan PRK Hulu Selangor akan memihak kepada UMNO-BN.Dengan taburan jutaan ringgit telah menggelapkan mata 24,997 pengundi di sana.

Yang paling menyedihkan adalah,kemenangan BN ini telah disumbangkan oleh kaum Melayu dan kebanyakkannya dari kawasan FELDA.

Sokongan dari Cina kepada PR sangat ketara dan PR hampir memenangi semua kawasan majoriti Cina.

Calon BN dari MIC,P Kamalanathan telah memperolehi 24,997 undi manakala calon PR dari PKR Dato' Zaid Ibrahim telah memperolehi 23,272 undi dan kemenangan memihak kepada BN dengan majoriti 1725 undi.

Disebalik kekalahan ini pasti tersirat 1001 hikmah yang Allah sembunyikan dari pengetahuan kita.

Kemenangan BN ini bukan sesuatu yang percuma dan mudah sebenarnya.mereka telah membelanjakan hampir RM64 juta untuk memancing undi di sana.segala jentera kerajaan yang sepatutnya digunakan untuk keharmonian rakyat telah digunakan sehabis-habisnya sebagai lembu tunggangan.Sebut saja tv3,RTM,utusan malaysia,Berita harian,dewan serbaguna di kampung-kampung.apa lagi?

Sedangkan PR?diberi tekanan demi tekanan oleh pemerintah.adakah ini keadilan?entahlah.mungkin ini konsep keadilan ala Malaysia yang tak ada di mana-mana dunia.sangat unik Negara kitakan?

Tapi bagi saya,kemenangan ini sebenarnya satu lagi petanda kecancuran UMNO-BN.Kenapa?sebab kemenangan ini bukan dari kebenaran,tetapi hasil penipuan.Tipulah siapa yang tak nampak penipuan juak-juak.dah banyak benang-benang kebatilan dibuka dan terbuka sendiri.

Kepada para pengundi Hulu Selangor,nak tak nak perlu menerima kemenangan BN.Janji telah ditabur,apa lagi tunggu.tuntut segala janji-janji mereka itu.jangan lepaskan walau satu pun.

Pejuang kebenaran perlu tabah menerima kekalahan ini kuatkan semangat dan teruskan perjuangan.Hanya Allah menyimpan rahsia hikmahnya.

PRK PO94: Kezaliman akan hancur

Hari penentu telah tiba.hari ini bakal menyajikan kepada kita pertembungan diantara hakk dan batill.

Kita tunggu keputusannya sama-sama dan nantikan siapakah yang akan Allah takdirkan sebagai pemenang.

Jika dipihak sana yang menang kita terima dan jika pihak kita yang menang kita syukuri.Bagi kita pasti mengharapkan kemenangan pihak yang benar.kezaliman perlu dicantas habis-habisan supaya mereka tidak terus menzalimi rakyat.

Yang pasti,jutaan ringgit wang rakyat telah dibelanjakan untuk kempen parti pemerintah.belum lagi dikira janji-janji yang di taburkan dan ugutan yang dikenakan kepada peneroka-peneroka FELDA.

Kempen jijik ini memang sudah adat mereka.menggula-gulakan rakyat dengan taburan wang ringgit dan janji-janji manis untuk menarik pengundi.bagi yang di atas pagar pasti akan termakan gula-gula mereka.

Hanya doa yang dapat saya kirimkan untuk kemenangan Pakatan Rakyat di sana.moga Allah berikan kita kemenangan ini untuk membuktikan kepada dunia penolakan rakyat terhadap BN.Kezaliman itu akan hancur dan kebenaran itu menang.Percayalah dengan janji Allah.

Jumaat, 23 April 2010

Tok Guru Nik Aziz: Serang peribadi calon kerja bodoh

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

HULU SELANGOR, 23 April — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan menyerang peribadi calon Pakatan Rakyat adalah satu perkara memalukan politik di Malaysia.

“Umno tidak ada modal. Calon ini calon parti.

“Kalau Umno ada modal serang partilah, mengapa mesti nak serang calon?

“Jangan serang tubuh badan calon , ini kerja bodoh, kerja budak-budak,” katanya.

Nik Aziz berkata, Jika parti A lawan parti B, maka Umno perlu lawan dengan parti yang bertanding dan bukannya menyerang peribadi lawan.

“Kalau dia boleh bertumbuk, lari atau debik (pukul) semata-mata untuk lepas geram itu tanda dia tak boleh lawan.

“Dia hanya nak buat hujah dan asyik serang peribadi lawan,” katanya ketika mengulas mengenai dakwaan Barisan Nasional (BN) yang menyerang peribadi Zaid serta melabelkannya sebagai kaki botol ‘tegar’ dan memiliki kuda untuk berjudi.

Dalam pada itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di masjid kerana urusan politik juga disebut dalam al-Quran.

“Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan Menteri Kewangan serta Menteri Sosial.

“Jadi mengapa tidak boleh?

“Ini kerana ia kerja saki-baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.

“Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, “ katanya.mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi negatif.

Hari ini, Sultan Sharafuddin bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.

Rabu, 21 April 2010

Analisis P094: UMNO terbukak seluar

UMNO sudah hilang pedoman.itulah kata2 yang layak untuk musuh yang satu itu.PRK Hulu Selangor membuka segala-halanya.Terbeliak mata rakyat dibuatnya.akibat memulakan isu moral sebagai bahan kempen,secara tak sedar sihingus membuka seluar bapanya sendiri.inilah balasan Allah atas orang yang tak menjaga aib saudaranya.

Hari ni,pemimpin DAP mencabar supaya juak-juak bersumpah tidak pernah meneguk arak.Sungguh memalukan.bayangkan,agama lain mencabar orang yang mengaku Islam.padahal,mereka sudah ada bukti bergambar yang kukuh dan sahih.memang memalukan.itu baru kes arak,belum lagi dibuka kes lain yang lebih memalukan.tengoklah rakyat Malaysia dan fikirkanlah.

Saya juga sedih apabila melihat gambar seorang ulama' yang disegani dan disayangi,Tok Guru Nik Aziz,telah diedit dengan jahatnya.bukan calang2 orang,ulama' ni,boleh mengundang laknat Allah Taala.bukan orang cina buat,bukan india buat,bukan juga iban yang buat,tapi orang Islam sendiri.Tersangat menyedihkan,inilah hasil didikan UMNO 52 tahun.menghasilkan maha firaun dan abu jahal abad ini.mereka berjaya.

Tiada alasan lagi untuk menolak UMNO-BN.Cukuplah kejahatan yang dilakukan.rakyat Malaysia perlu bersama menolak sijahat ini.tiada bahasa lagi yang boleh mengajar mereka kecuali dengan undi.minda rakyat telah ditutup selama ini.kebenaran telah nyata.saya hanya di sini boleh melahirkan rasa marah.inilah selemah-lemah iman yang saya ada.

Para blogger,tolong jangan takut untuk bersuara.tambah-tambah golongan yang faham tentang agama.ini peringatan untuk saya dan sahabat-sahabat sealiran.pejuang jangan mala,takut dan kedekut.jangan hanya jadi penonton.sangat rugi,sesekali jadilah penyerang atau pertahanan.malu kita kepada orang yang tak beriman dengan Allah,kerana mereka lebih sayangkan ulama' kita dari kita.pertahankanlah wahai akhi muslim semua.bersatulah

Selasa, 20 April 2010

Analisis PRK 094: Perang bermula

Saya tertarik untuk mengulas apa yang berlaku dalam PRK Hulu Selangor.serangan peribadi; dilemparkan kepada calon PKR@PR Dato' Zaid Ibrahim(DZI) oleh BN.

Ini bukan isu main-main.ini satu usaha jahat yang berniat untuk membuka aib orang.sungguh hina siapa yang memulakan kerja syaitan ini.menggunakan teknologi secara salah dan menyebarkannya untuk tontonan.SYAITAN pun tak buat kerja macam ni.iya,memang DZI pernah meneguk air kencing iblis itu,tapi itu dulu.beliau sudah mengaku bertaubat kepada Allah.terima@tidak taubatnya,serahkan kepada Allah untuk menilainya.yang pelik,selepas tersebarnya berita panas ni,juak-juak pulak yang macam cacing kepanasan.sebab apa?sebab dah terkantoi.kalau mereka boleh bagi gambar,kita pun boleh bagi gambar,tapi bukan yang diedit,bukan yang tipu,tapi yang ori.mana yang lebih kuat antara yang ori dan edited?mesti la yang ori.Ini merupakan salah satu pertolongan dari Allah bagi saya.sudah mual dengan sikap juak-juak yang hipokrit.ala-ala yahudi merampas tanah palestin.untuk kemenangan satu jajahan(parlimen&DUN) mereka sanggup lakukan apa sahaja.tak payah nak senarai,terlalu banyak dan segalanya ada bukti.

Saya bukan taasub pakatan rakyat,tapi saya pembenci kezaliman.walau mana-mana pihak yang lakukan,ia akan menjadi bahan kebencian saya.

Saya pelik,kenapa masih lagi yang buta hatinya,pekak telinganya,bisu mulutnya.masih menyokong si puak itu.moga Allah membuka hati mereka untuk menerima kebenaran.

KATAK.Puak ni lagi haru maru.time-time macam nilah nak buat perangai.lompat sana-sini.tension tak jadi exco lompat,tak jadi calon lompat.tak ada prinsip perjuangan langsung.

Apa nak jadi dengan Negaraku pun tak tau lah.makin menjadi-jadi kerosakan muda mudi.aku berdoa moga terhindar diri.Ya Allah,selamatkanlah negaraku dari terus diperintah musuhmu.kebenaran itu milikmu.buktikanlah.