Khamis, 13 Januari 2011

Sebuah story tak best!!

Esok imtihan paper ke-2.Lughah arabiah(Adab balaghah),madah paling mencabar buat setakat ni.sempat lagi aku mengarang di sini,bukan apa derr..rindu sangat nak mengarang.so,aku bukalah akaun blogger untuk menaip sambil di pembaringan.jam dah menunjukkan angka 2.15am..mata masih tak boleh pejam.mungkin sebab pemikiran yang tak tenang memikirkan hari esok.

Dua tiga hari aku tak updated ni tak ada cerita menarik yang sampai ke telinga.so tak ada apa yang nak dikongsikan.cuma sikit kot,aku demam n selsema.hahahaha!sorry.bukan aku sorang,tapi hampir kebanyakkan penghuni wisma perak A.yang laki la,yang perempuan aku tak tau.mungkin ini dinamakan virus yang menyerang.selsemakan makhluk virus,so merebaklah ia dengan mudah.hanya doa yang aku panjatkan disamping usaha dengan menelan ubat.semoga Allah menyembuhkan kami semua.

Imtihan pertama hari tu madah mirath,alhamdulillah selesai satu madah.terasa menyesal tak sudah sebab tak bawak kalkulator.akan aku ingat sampai bila2.ingatkan doktor bagi nombor ratus2 jer,sekali ribu2 dah!rasa nak melompat aku masa tu.tak apa la,semoga najah madah tu.Allah maha tahu.ada jugak budak indon bawak kertas luar masuk dalam dewan.sekali kantoi daa!malu bukan kepalang.nasib baik murakib baik tak rampas kertas jawapan dia,cuma ambik kertas tadi jer.selamat budak tu,kalau tak rehat la dua tahun sebab blacklist nama.moralnya-jangan la meniru atau bawak toyol dalam periksa.biar la kita lupa macammana pun,itu lebih baik dari meniru dan menipu.ya,manusia tak nampak.tapi Allah tak pernah lalai dan leka.sekali Allah nak tunjuk,depan batang hidung ko terhina.ilmu agama ni memang susah,kena ngafal,ingat,mengarang pulak tu.tapi inikan adat belajar,kena susah dulu,senang kemudian.

ok la derr,aku undur dulu.tiba2 jadi lemah,mungkin effect ubat yg aku mkn tadi.doakan kita smua berjaya.salam alaik

Tiada ulasan: