Assalammualaikum...Alhamdulillah Allah beri kelapangan waktu buatku berkarya di sini.tak ada apa nak diceloteh,tapi nak tayang jadual imtihan yang tinggal hanya dua hari.silakanlah melihatnya.
10/1 - Ahwah syahsiah (Mirath)
13/1 - Lughah arabiah (Adab balaghah)
17/1 - Manhaj dakwah
20/1 - Bahasa Inggeris
24/1 - Tafsir ayat Ahkam
Padat dan ketat jadualnya.semangat pun tengah meninggi ni.doa2kan lah kita semua berjaya yer.semua inginkan kejayaan,membezakannya hanya usaha dan doa.teringat kalam ustaz Abu Nashar (Indonesia) masa motivasi hari tu,Katanya usaha tanpa doa=SOMBONG,doa tanpa usaha=BOHONG,aku pulak tambah,kalau tanpa keduanya=BENGONG. So,berusaha dan berdoalah selagi ada masa.aku tengok pun kehangatan imtihan ni mula membahang walaupun musim sejuk beku ni.tapi ada jugak yang buat tak tau jer.ntah la,dia ada starategi hafal cepat kot.apa2 la labu,asal kau bahagia.
Dikesempatan ni aku nak memohon ampun dan maaf kepada semua andai ada kalam aku di dalam blog suka suki saya ni menyakitkan hati kome,biasa la,aku tulis memang untuk orang pun,bukan beruang.aku tak niat untuk buat sebarang kontroversi murahan,tapi dah aku nak tulis.up to me la..sorry,minta maaf,affuan kepada semua.siapa2 yang minat kontroversi,kita sambung lepas imtihan la yer.kebenaran tetap kebenaran,yang salah tetap perlu dibetulkan.
Aku berpesan kepada diri sendiri dan kome semua,dekatkan lah diri dengan Allah sedekat-dekatnya.bukan sebab imtihan,itu mengampu namanya.niatkan lah hanya kerana-Nya yang esa.Aku berlindung dari niat yang songsang dari landasannya.Kat mesir ni niat paling penting,banyak dah berlaku di depan mata aku orang2 yang rebah disebabkan niat yang salah.perbaikilah diri,hiasilah peribadi.salam imtihan buat semua mahasiswa/wi al-Azhar yang cool.Study molek2 sampai tergolek2..doakan daku dalam sujudmu.ilal liqa'!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan