Isnin, 1 April 2013

Menulis Panjang-Panjang

Sudah lama tidak menulis panjang-panjang. Rindu mula datang bila lama begini. Saya pun buka hp perjuangan saya dan cuba menulis panjang. Blog inilah menjadi sasaran luahan perasaan saya. Kerana inilah makhluk yang paling setia bersama saya sekian lama.

Rasa hati bercampur-baur bila memikirkan soal hidup akan datang. Perancangan hidup yang sering gagal dikecapi menjadikan saya sedikit lemah semangat. Inilah ujian terbesar buat diri saya yang serba lemah.

Saya pujuk rasa hati, tanamkan keyakinan kepada janji-janji Allah bagi orang yang bersabar. Saya tahu, tiada rahsia sebaik rahsia Allah. Allah merahsiakan segala sesuatu untuk menjadikan manusia terus berjuang dan beejuang. Saya akan terus berjuang menantikan janji Allah yang maha PASTI.

Panjang ini sahaja saya mampu.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tiada ulasan: