Khamis, 1 Julai 2010

Usaha Sudah, Doa Pun Sudah

Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah Taala atas kesempatan yang diberikan olehNya untuk aku menyelesaikan imtihan pada tahun ni.Setelah hampir sebulan bertarung dengan masa dan tenaga,akhirnya selesai juga hari ni dengan diakhiri syafawi tadi.Usaha sudah,doa pun sudah,tinggal tawakkal sahaja lagi kepada Allah,moga menatijahkan aku kejayaan yang hakiki.
amin.

Habisnya imtihan,bermakna bermulalah satu cuti yang panjang.ahh..apa aku mau buat ini cuti?tahun depan ada jugak balik Malaysia,tahun ni entahlah mau bikin apa.mengembara?talaqqi?membaca?kacau orang?atau apa?takkan mau 'bina badan' lagi kot.cukup-cukuplah ketul-ketul yang ada.huhu!

menulis buku?smart jugak idea tu.asyik tulis blog jer,tulis buku plak ek.huhu!ada jugak sorang member bagi projek menulis.aku tengah berkira-kira mau bikin atau tak.bukan aku taknak..tapi aku kurang pakar dengar kehendak projek dia tu.tapi berbaloi-baloi jugak kalau terima.ahh..aku dalam dilema.kalau aku tak sahut,nanti orang dah tak percaya,tapi kalau aku sahut,kena buat betul-betul la.mesti pembaca tertanya-tanya apakah projek aku ni,nampak macam beso jer ek.nanti la aku kongsikan dengan korang ek.tunggu masa dan ketikanya saja.

menulis,menulis,menulis..bila dah minat,maka gila pun datang.berfaedah jugak kalau kerja hanya menulis.Tapi ilmu mesti kena ada dulu la.

Aku bertekad nak percantikkan bahan2 dalam blog ni.tengok pada rate viewer yang tak naik-naik,jadi frust jugak,tengok gang2 blogger lain mantop jer rate deme.teringin jugak nak tengok 3 angka atau 4 angka sehari pembaca.mulai hari ni aku akan buat reseach untuk mengkaji apakah yang menyebabkan blog lain diminati dan dikunjungi pembaca.

Mungkin blog aku tak 'hot' kot,tu yang tak ramai viem,jangan risau,aku akan kembali hot lepas ni.hot takpa,jangan hotdog sudah,ok DER,jumpa lagi dirapekan yang lain.tata!

Tiada ulasan: