Khamis, 1 Julai 2010

Masa Itu Emas?

Bila menyebut tentang masa,kita pasti akan teringat dengan ungkapan melayu "masa itu emas".Emas adalah satu benda berharga dan sangat dicintai sesiapa yang memilikinya.mungkin sebab itu orang melayu dulu-dulu menggunakan emas sebagai perumpamaan kepada masa.

Tetapi persoalannya,adakah relevan emas dijadikan perumpamaan untuk masa.Ini bukan bicara seorang pakar bahasa,tetapi sekadar bicara seorang pemikir luar kotak.

Sekadar mahu mendatangkan rasa cinta kepada masa yang terlalu berharga dan tidak boleh dicari ganti di mana-mana jika kehilangannya.bukan kata sejam atau seminit,sedetik pun tak mungkin kita akan mendapatkannya kembali.

Tetapi nikmat inilah yang selalu dilupakan oleh umat manusia seperti yang disabdakan oleh Baginda Nabi.Maha benar sabda Baginda.Umat zaman ini tidak menghargai masa yang ada,bila sampai waktu terdesak,baru perasan yang masa itu telah meninggalkannya.apa lagi yang boleh dilakukan?segalanya telai terlambat.yang hilang takkan kembali lagi.menyesallah.

Teringat penulis dengan ungkapan arab mengenai masa dan penulis merasakan ungkapan ini lebih tepat untuk melambangkan masa. ungkapan itu berbunyi "masa itu seperti pedang,jika kamu tidak memotongnya,dia akan memotong kamu",sangat jelas.masa itu memang tajam dan akan memancung sesiapa sahaja yang lalai dan leka.Dengan ungkapan ini,rasa gerun dan gentar untuk membiarkan masa berlalu begitu sahaja pasti ada dan kesedaran dalam diri mengenainya pasti wujud.

Apa tunggu lagi sahabat?uruskan masamu dengan sebaik-baiknya agar kamu tidak dipancung oleh masa kamu sendiri.

Masa juga membawa kita mendekati mati yang datang entah bila,semakin lama semakin dekat kita dengannya yang hadir tidak dijemput.bersedia atau tidak,dia akan datang juga menjemput kita pergi dari alam dunia ini menuju akhirat yang kekal abadi.Hargai masamu.

-TintaEmas-

Tiada ulasan: