Ahad, 17 Julai 2011

Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH

jurusmujahid

" Ugutan bagi menarik balik penajaan pendidikan terhadap mahasiswa mesir yang terlibat dengan himpunan aman BERSIH di Mesir baru-baru ini dianggap satu pencabulan hak keatas mahasiswa dan rakyat Malaysia.

Merujuk kepada ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin didalam akhbar Sinar Harian yang bertajuk “Tarik balik tajaan pengajian” yang ditujukan kepada mahasiswa Mesir.

Saya selaku mahasiswa di Mesir ingin melahirkan kebimbangan kerana kebebasan bersuara sebagai rakyat Malaysia semakin terhakis dan lumpuh. Ucapan saudara Saiful Bahri sangat memalukan dan menunjukkan beliau seorang yang sangat dangkal.

Timbul persoalan, apakah hasil sumber kewangan kerajaan Malaysia yang digunakan selama ini datang dari pihak umno sahaja? Tidakah ia dibayar oleh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik?

Sebagai mahasiswa kami tidak mudah untuk diperbodoh dan dipergunakan dengan tipu helah. Kami ada hak untuk melahirkan pandangan dan membuat teguran demi kebaikan Negara Malaysia yang tercinta.

Adakah saudara Saiful Bahri sedar bahawa Malaysia sedang diketawakan dunia hari ini oleh tindakan tidak bijak dari pemimpin umno? Rakyat mesir pun tahu erti kebebasan..

Kami bukan penentang dan anti kerajaan tapi kami pantang melihat kezaliman dan kejahatan. UMNO usah bimbang jika kalian berada dipihak yang benar kerana kebenaran pasti akan dijulang.

Kebebasan bersuara adalah antara hak yang dipelihara oleh agama Islam dan ia patut didokong oleh semua rakyat Malaysia dan kerajaan bestari.

Kita sepatutnya tidak lupa terhadap kuasa yang maha agung yang lebih berkuasa dari segala-galanya. Kembalilah kita merujuk kepada al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad S.A.W yang menjadi petunjuk buat pencinta kebenaran.

Usah kita takut dengan ugutan sementara pihak-pihak tertentu diatas dunia ini. Lihatlah bagaimana kesungguhan nabi Musa menyampaikan dakwah Islam walaupun terpaksa melawan firaun yang pernah memberikan biasiswa dari anugerah Allah itu ketika nabi Musa kecil.

Sesungguhnya Islam sentiasa dipelihara Allah S.W.T dan pastinya Islam tetap dijulang menjadi khilafah!!


Usah Bermain Api Jika Takut Melecur,
Suara Mahasiswa Suara Keramat.

Tiada ulasan: