Muammar Gaddafi. Susuk tubuh yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Memerintah Libya selama 42 tahun tanpa tentangan. Hebat!
Memiliki kekayaan berbilion dolar di dalam dan luar negara cukup meragukan rakyatnya dan dunia. Pemerintahan dijadikan tempat dia menuai kekayaan dan bukan mengayakan rakyatnya yang dihimpit kemiskinan.
Cukup sejarah merakamkan kerakusan Gaddafi memerintah Libya. Jika dia bukan seorabg diktator, masakan boleh bertahan sehingga 42 tahun. satu masa yang lama bagi sebuah negara republik seperti Libya. Mengalahkan jirannya Mesir yang diperintah Mubarak selama 30 tahun.Juga dengan cara diktator dan zalim.
Kini, Gaddafi telah terbunuh.ya, telah terbunuh dengan hina oleh rakyat Libya sendiri. Dia dijumpai di Serte, Libya yang merupakan tanah kelahirannya sendiri. Kemarahan yang terpendam tidak tertahan lagi, lantas dia dibunuh dengan menggunakan pistol emasnya sendiri.
Jenazahnya diheret dengan hina.kematiannya diraikan dengan meriah.pembunuhnya diangkat sebagai wira. Kini, jenazahnya dipamerkan kepada khalayak rakyatnya untuk ditatapi,bukan diratapi.
Kisah Gaddafi ini sepatutnya dapat menyedarkan pemimpin-pemimpin yang zalim. semasa hidup boleh gah sebagai penguasa, namun setelah mati sepak terajang yang hinggap ke tubuh badan.
Belum dikira kesalahan pada yang Berkuasa. Hanya dia yang selayaknya menghukum mereka.
Teringat kisah Kamal Artarturk pendajal agama.nasibnya hampir serupa. dikisahkan bumi tidak sanggup menerima mayatnya, lantas dikuburkan dengan menyimenkan mayatnya.Hidupnya dan matinya penuh kehinaan.Nauzzubillah.
Yang telah pergi, nasibnya hanya Tuhan yang tahu. Yang masih hidup masih berpeluang memperbaiki keadaan. Berubahlah pemimpinku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan