Kini kita berada di bulan Rejab yang merupakan bulan ALLAH.Banyak kelebihan yang terkandung di dalam bulan ini seperti yang disabdakan oleh Baginda Nabi s.a.w.Bulan ini juga merupakan salah satu bulan haram yang empat iaitu Rejab,zulhijah,zulkaedah dan muharram.Melalui bulan ini,bermakna kita sudah hampir dengan penghulu segala bulan iaitu Ramadhan al-Mubarak.Ramadhan yang merupakan madrasah orang yang beriman dalam mengukur iman di dada perlu melalui sesi orientasi di bulan rejab dan sya'ban.Jika diperingkat orientasi ini lagi kita tidak lulus,maka kita akan melalui kesukaran di madrasah ramadhan nanti.
Kelebihan yang dijanjikan oleh ALLAH kepada orang yang berpuasa dan melakukan ibadat yang lain di bulan ini amatlah banyak.Hanya tinggal kita sebagai muslim untuk mengamalkannya.Sesungguhnya ALLAH itu amat pemurah sifatnya.Pelbagai kelebihan yang dibentangkan kepada kita adalah salah satu tanda kasih sayangNYA kepada kita.
Bulan rejab ini juga merupakan bulan yang menyaksikan peristiwa agung Nabi dibawa naik ke langit bersama-sama kawan karib baginda Saidina Jibril a.s dengan menaiki kenderaan dari syurga bernama buraq.Tujuan Baginda dinaikkan oleh ALLAH adalah kerana untuk mengembirakan hati Baginda dan dirundum kesedihan akibat kehilangan insan-insan yang disayangi Baginda.Antara lain tujuannya ialah untuk menyampaikan kepada Baginda satu taklifan yang besar dan terpenting iaitu solat lima waktu.Baginda juga dibawa oleh ALLAH untuk melihat keadaan ahli syurga dan neraka untuk diceritakan kepada umat Baginda kelak.sesungguhnya Baginda amat gembira dengan perjalanan ini yang melalui dua fasa perjalanan iaitu Isra' dari Masjidil Haram ke Masjid Aqsa dan Mi'raj dari Masjid Aqsa ke Sitratul Muntaha.
Sesungguhnya kita beruntung kerana terpilih untuk berada di dalam umat ini yang dijanjikan 1001 kelebihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan