Jumaat, 25 Jun 2010

Panduan Blogger: Kenapa Blog Anda Kurang Diminati?

Penulisan aku kali ni khas untuk para blogger dan bakal2 blogger.cuma nak berkongsi pengalaman yang tak banyak ni.nak bentang hasil kajian dan blogwalking yang dilakukan sepanjang bergelar blogger.baik,tajuk kajiannya;Kenapa blog orang lain beribu pengunjung,sedangkan blog kita 50 pun tak sampai.

Hasil kajian dan risikan yang dibuat,ada beberapa kriteria yang menjadi tarikan pengunjung ke blog anda.

1.siapa penulis
2.apa yang ditulis
3.cara penulisan
4.kelajuan mengupdate
5.template blog
6.tulisan blog
7.warna template
8.widget tersedia dan sebagainya.

kenapa kriteria penulis diatas sekali?ini adalah pengalaman aku sendiri.blogwalker akan mengunjungi blog penulis yang diminati walaupun tidak ber-update.banyak tokoh2 blogger yang dikagumi tidaklah meng-update blognya selalu,tetapi rate viewernya sungguh membanggakan.

Bagi sesiapa yang baru berjinak-jinak dengan dunia blogger,amat penting untuk membina nama dahulu sebelum mengimpikan ribuan viewer blog anda.tidak perlu untuk menulis nama sebenar,tetapi sekadar cukup untuk diingati nama blog anda.

Jika nama anda sukar untuk menjadi popular,maka anda perlu memperbaiki cara penulisan anda.setiap penulis ada gaya penulisan masing-masing.jangan terkesan dengan penulisan orang lain,tetapi tidak salah untuk menjadikan penulis lain sebagai contoh atau mentor.penggunaan bahasa amat penting,gunakanlah ganti nama yang anda selesa dan sesuai dengan jiwa.

Template yang sesuai dan cantik dipandang juga merupakan aspek yang penting untuk memanggil viewer.penulis dan penulisan yang bagus jika tidak disertai dengan template yang bagus hanya akan menyakitkan mata pembaca dan merugikan.

Sekadar perkongsian,aku bukanlah blogger terhebat.aku pun sedang mencari-cari viewer tegar untuk memeriahkan blog ni.sama-sama kita menjadi daie yang pandai mencari dan menjaga mad'unya.

Tiada ulasan: