Jumaat, 25 Jun 2010

Burger Daging Singa Sempena World Cup



mymetro

PHOENIX: Tawaran menu burger daging singa oleh sebuah restoran di Phoenix sempena meraikan Piala Dunia berlangsung di Afrika Selatan ketika ini, mengundang kontroversi, semalam.
Beroperasi di Mesa, Restoran Il Vinaio menerima ancaman bom dan 250 e-mel daripada aktivis pencinta haiwan yang mengecam promosi berkenaan.


Pemilik restoran, Cameron Selogie, berkata mereka menyangka tawaran itu mungkin menarik minat pelanggannya kerana Piala Dunia diadakan di Afrika.


Setiap burger daging singa itu dijual kira-kira RM68 dan dihidangkan bersama cip pedas dan jagung panggang.


Kata Selogie, daging itu diperoleh dari ladang milik Jabatan Pertanian Amerika Syarikat di Illinois.


“Sesetengah pihak yang mengkritik nampaknya berlembut selepas diberitahu singa ini diternak dan tidak mengancam kewujudan haiwan berkenaan,” katanya. - Reuters

Tiada ulasan: