Isnin, 21 Jun 2010

Seks Bebas Makin Bebas

Sebagai seorang pemuda,aku rasakan begitu sedih apabila melihat gejala sosial yang melanda Malaysia begitu meruncing sekali.aku adalah pemuda zaman ini,zaman yang telah memperlihatkan jahiliyah kembali bertapak di hati manusia.keruntuhan moral umat manusia bukan lagi dipandang masalah,namun dibiar membarah tanpa disuntik ubat.ubatnya pasti kembali kepada Sang Pencipta,namun siapa yang bertanggungjawab untuk membawa anak-anak ini ke pangkuan Tuhannya?Adakah aku,kamu,dia,mereka atau siapa?jawapannya kita semua pemikul bebanan ini.

Bagi aku,tidak sanggup lagi untuk melihat kerosakan ini terus membarah kepada generasiku ini.aku sayangkan generasi ini.aku tidaklah segagah Saidina Umar,tidak juga sebijak Ibnu Abas,tetapi tidak salah untuk aku berubah dan mengubah.tiada insan sempurna dilahirkan selain Baginda Nabi,kesempurnaan bukan alasan untuk mengelak diri dari tanggungjawab ini.Semakin kita lari,semakin dekat kita dengan hukuman Allah.Tiada tapak yang diluar ilmu Allah,semuanya dalam kekuasaanNYA.

Keputusan Kajian dari UKM baru-baru ini lebih menakutkan aku.Gejala seks bebas sudah dipandang gejala 'sihat' oleh anak bawahan umur.di bawah umur 20an lagi sudah hilang kesucian diri yang di'hadiah'kan percuma untuk kekasih hati kononnya sebagai bukti 'cinta sejati'.Hasilnya,lahirlah anak-anak yang tidak berdosa dan akhirnya dibuang seperti sampah yang tidak berguna.inilah contoh jahiliyah moden yang lebih teruk dari jahiliyah zaman sebelum kenabian.Jika dulu hanya anak perempuan yang dibunuh,tetapi kini tidak kira apa jantina.semuanya dibunuh hidup2 tanpa belas ehsan dan simpati.setiap hari ada sahaja berita bayi tanpa bapa dijumpai..ibunya entah ke mana menghilang.aduhai dunia!adakah kiamat makin dekat?

Dekat atau jauh,ia akan berlaku juga nanti.tanda-tandanya sudah ada,hanya kita yang perlu bersedia.

1 ulasan:

The AZFARanwar's ZazyFaraz berkata...

OHHH..bual psl Singapore lah ni..

t]abe yg hari tu pat bilik kteorg tu?

hahahaha