Exam datang lagi!setelah lama aku meninggalkan buku kuliah di atas meja,akhirnya aku menyentuhnya kembali pagi tadi.pejam celik pejam celik,lagi 3 hari aku akan disoal dan semestinya aku kena jawab,tak jawab,masak la aku.huhu!
Bagi aku,syafawi aka ujian lisan tidaklah menggerunkan sangat mengikut pengalaman beberapa tahun ni,tapi tak tau la pulak nasib tahun ni,moga Allah permudahkan aku.tips syafawi ni mudah jer,'anda hafal,anda dapat jawab'hahaha!of course la DER!ko tak hafal,ko nganga la depan Dr tu.Tetapi,syafawi di al-Azhar ni penuh dengan misteri dan keajaiban.bukan sahaja syafawi malah exam di al-Azhar itu sendiri memang 'ajaib'.hanya insan-insan yang bergelar student al-Azhar sahaja yang tahu rahsia2 keajaiban itu.bagi aku,keajaiban ini tidak akan didapati di mana2 universiti di dunia.pergilah ke Havard atau Cambride sekalipun.sehabuk pun tidak sama.itulah al-Azhar..unik dan berseni.
Aku paling marah kepada orang yang menghina al-Azhar,maupun kulit atau isinya.Apa hak mereka nak meng'kondem' al-Azhar?biar sistemnya kuno,biar bangkunya berhabuk,biar bangunannya lama..Namun,kekurangan inilah yang telah melahirkan cendiakawan2 yang bukan sahaja hebat ilmunya,malah hebat fikrah dan amalnya.inilah kehebatan al-Azhar.
Bagi aku,al-Azhar bukan sahaja taman ilmu,malah pusat tarbiah yang terbaik.tanyalah musafir2 ilmu di sini,tiada yang mudah di al-Azhar.semuanya memerlukan pengorbanan dan kesungguhan yang tinggi.
antara keunikan2 al-Azhar yang tiada di universiti lain di dunia;
1.Kuliah tak wajib.
2.Pensyarahnya ada yang buta matanya,tetapi celik hatinya.subhanallah.Bukan saja tahu apa isi kitab,malah tahu apa yang student tengah buat.
3.meja exam berkonsepkan siapa cepat dia dapat.
4.semasa exam boleh minta tea.
5.soalan senang,jawapan susah.
Dan banyak lagi yang tak cukup ruang untuk disenaraikan.©
Tiada ulasan:
Catat Ulasan