Isnin, 28 Jun 2010

Peluang Untuk Syahid!

Ilhami Hisham
harakahdaily

SHAH ALAM, 27 Jun: Peluang untuk mana-mana rakyat Malaysia yang ingin menyertai Misi Konvoi Ramadhan ke Palestin masih terbuka sehingga 20 Julai ini yang merupakan tarikh bermula saringan memilih 60 peserta negara yang akan berada selama lima hari di negara itu.

Mereka akan bersama 300 hingga 500 pembawa bantuan dari seluruh dunia akan bersama rakyat Palestin merasai detik kehidupan dengan berpuasa, berbuka dan bersahur, demikian tegas Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan tazkirah Air Mata Palestin di Masjid Al-Ehsan, Seksyen 24, dekat sini malam tadi bersama seorang aktivis masyarakat selaku jurnalis majalah Sabili dari Indonesia yang juga peneliti isu Palestin yang telah menulis empat buku mengenainya.

"Peserta yang akan ke sana adalah orang yang sanggup mati syahid, mereka yang tidak sampai ke tahap itu dan ingin pulang, awal-awal lagi akan digugurkan ketika pemilihan bermula 20 Julai ini.

"Tiada pihak membiayai mereka, pergi dengan wang sendiri," jelasnya yang berharap konvoi ini akan berjaya menyampaikan bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia seperti keperluan perumahan, perubatan melalui jalan darat menerusi Rafah, Mesir setelah gagal melalui jalan laut pada 31 Mei lalu.

Beliau berkata, tiada pihak yang lain termasuk kerajaan yang boleh diharapkan setelah beberapa kali mereka mengkhianati perjuangan rakyat Palestin di dalam menuntut pembebasan negara mereka dari cengkaman zionis Yahudi.

Kerajaan negara ini, jelasnya, telah melakukan khianat seperti membenarkan pemain kriket Israel datang bermain ke sini, memberi laluan kapal Israel untuk berlabuh di Pelabuhan Klang, membina pusat latihan memerangi keganasan di Sepang setelah diminta oleh Amerika dan memgambil penasihat membina imej, APCO yang jelas mempunyai hubungan dengan zionis.

Beliau yang juga Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) berharap umat Islam di negara ini bangkit memberikan sumbangan RM1 juta yang diperlukan bagi menjayakan misi kali ini yang bagi Mapim, mempunyai keyakinan tinggi usaha membebaskan pembebasan Palestin boleh dicapai.

Menurutnya, orang ramai yang berhajat untuk kedua perkara di atas boleh menghubungi Mapim di 24-4-1, Diamond Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur di talian 017-5554828 dan akaun TABUNG GAZA – MAPIM pula di BIMB: 0801301007582.

***apa lagi kawan-kawan?peluang untuk syahid terbuka.sesiapa yang ada kemampuan silalah mendaftarkan diri.

Tiada ulasan: