Nampaknya Dr. Asri macam tak jadi masuk UMNO.mengamuk sakan kawan tu sebab orang tuduh dia pengganas.siapa yang tak marah,kalau aku pun aku marah.pelik betul politik Malaysia akhir-akhir ni.dah la isu judi tak settle lagi,datang pulak isu JI dan pengganas yang dikaitkan dengan tokoh-tokoh agama.bukan tokoh agama jer,Bekas MB Perlis pun dikaitkan jugak sebab menjadi murid rapat Dr.Asri yang dikatakan wahabi tu.kesian gang2 wahabi semalaya dilabel begitu.bukan gang-gang wahabi saja,tok guru haji Hadi Presiden PAS pun dikatakan pengganas.semua mereka ni dah disenaraikan oleh JAKIM sebagai gang JI.
Yang aku peliknya,kenapa tokoh-tokoh agama yang dicop pengganas,padahal yang zalim dan ganas tu yang duduk dalam Parti Kebangsaan Bersatu.makan duit rakyat,rasuah,hina Nabi,hina Islam,hina ulama',tindas sekolah agama,itulah pengganas sebenarnya.
Kenapa nak tiru gaya Amerika?direka-reka cerita kononnya tragedi 11 september didalangi pengganas Islam,padahal mereka yang rancang segalanya.puak freemasom yang punya angkara.buktinya,mana ada yahudi mati dalam bangunan tu,padahal Yahudi yang banyak keje dalam tu pun.semuanya dah diberi hint untuk keluar atau tidak berkerja time tu.licik sungguh keja mereka.
Di Malaysia pulak kes Maunah yang dikatakan nak menjatuhkan YDP AGONG pada masa dulu.banyak keraguan fakta kes.entah la,aku pun bukan peguam nak tentukan benda ni salah ke betul,tapi situasinya seolah sama la.dalam keadaan negara yang seakan darurat kerana banyak rahsia terbongkar,tiba-tiba datang perkataan 'MILITAN' entah datang dari mana.sampai kami yang dekat Mesir ni pun dikaitkan sekali.entah sampai bila permainan ni akan berakhir aku pun tak pasti.
Taik kalau dah busuk,tutup macammana sekalipun orang akan dapat hidu jugak.kecuali taik tu dibuang cepat.orang buat taik yang salah,orang yang hidu pulak yg dihukum
Tiada ulasan:
Catat Ulasan