Semalam gempar satu malaya ada 40 orang yang dikatakan 'ulama' muda' menyerahkan borang keahlian UMNO kepada presidennya.Tak gamak rasanya nak gelar gang 40(G40) ni sebagai ulama'.Bukan sebab depa join UMNO depa hilang title tu,tapi sebab depa bukan ulama' pun.kenapa la orang canang-canang yang depa ni ulama',ngaji pun tak habis lagi dah dapat pangkat ulama'.wawawa...mudahnya.ada pulak dah pakai pangkat DR kat hujung nama,tanda dah ada PhD la tu.kalaulah kerana PhD depa layak digelar ulama',maka ramailah ulama' kat Malaysia.bukan susah nak dapat PhD kat Malaysia.Tapi itu bukan nilaiannya.
Bila disebut ulama',maka difikiran kita terbayang susuk yang mulus,lagi tulus mempunyai latar yang telah melalui ranjau yang berduri dalam mencari ilmu.barulah pemilik ilmu itu merasakan betapa sayangnya dia akan ilmu yang dia ada.bila dah sayang,maka dia akan jaga ilmu itu dengan memanfaatkannya kepada orang lain.
Ulama' bukan orang mempunyai sijil itu dan ini,tetapi kosong fikrah dan hatinya.Kehadiran mereka ini akan membuahkan fitnah kepada Islam yang suci.Dangkal sekali bila mereka mengatakan "Kami masuk UMNO untuk berdakwah".Jangan jadi bodoh la,UMNO bukan badan dakwah atau NGO yang membawa Islam.UMNO parti sebuah politik kebangsaan.kalau tanya budak tadika pun tau.Kenapa mereka ni bodoh untuk menilai?sayang seribu kali sayang,Sijil bertingkat-tingkat,jahil berlapis-lapis.
Mulai sekarang,kita tunggu dan lihat apa ustat-ustat UMNO ni boleh buat.adakah mereka senasib dengan Anwar Ibrahim?mashitah Ibrahim?Firdaus Ismail?Jamil khir?atau yang sewaktu dengannya.Kalau G40 ini boleh merubah lanskap pemahaman Islam UMNO kita respect,tapi kalau sebaliknya,kita sama-sama yang 'ubah' mereka.
Hidup ini tak lama,janganlah singkatkannya dengan menelan caci-maki penduduk langit dan bumi.sampai 40 kali,cukuplah menjadi doa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan