Selasa, 15 Jun 2010

Syukur dan Takziah

Alhamdulillah,selaut kesyukuran buat Allah Rabbul Jalil kerana memungkinkan diri ini untuk menyelesaikan imtihan tahriri yang berakhir dgn madah Fiqh Syafie siang tadi.Segala penat lelah dan pengorbanan yg dikeluarkan semata-mata utk imtihan ini smg diterima oleh Allah sbg amalan soleh.semoga dijauhkan niat yg tidak sepatutnya dlm menghadapi imtihan ini.Jadual imtihan syafawi pun dah keluar,30 jun tarikh yg tertera di dinding.maknanya ada lg 2 minggu utk mengulang apa yg patut diulang.Buat masa ni otak terpaksa direhatkan sementara utk tidak memberi tekanan berterusan pada makhluk Allah tu.

Sebelum imtihan tadi sempat juga membuka internet di tangan.Alangkah terkejutnya bila membaca berita kematian Mantan Timb. Presiden PAS Us. Hasan Shukri.Walaupun diri tak mengenali sangat Armarhum,tetapi apabila membaca serba sedikit latar belakang Armarhum membuat diri jadi kagum dan terpesona.Nyata,kehilangan Armarhum merupakan satu kehilangan yg besar kepada PAS dan negara.Semangat perjuangan beliau yg tak pernah padam membuatkan diri merasakan untuk menjadikan Armarhum sbg idola perjuangan.Beliau adalah org yg menjadi tulang belakang dlm membina Markaz tarbiah PAS Taman Melewar yg kini telah berpindah ke jalan Raja Laut.Beliau juga menjadi org penting dalam menggubal undang-undang tubuh PAS utk menjadi DHPP sbg salah satu sayap parti.

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan Armarhum dlm menegakkan Islam di tanah air patut dicontohi dan diikuti oleh seluruh Muslim yg menggelarkan diri mereka PEJUANG.

Semoga kita semua dicampakkan Allah dgn semangat yg ada pada Armarhum.

Al-Fatihah buat Armarhum Ustaz Hasan Shukri.

Tiada ulasan: