Khamis, 17 Jun 2010

Pelajar Mesir di Pantau Kerana Mengganas!

Adakah ini satu gertakan,ancaman atau apa saja namanya apabila Menteri di jabatan Perdana Menteri Dato' Jamil Khir Bahrom meminta supaya dipantau 6000 pelajar di luar negara terutamanya MESIR kerana dikhuatiri terlibat dengan aktiviti JI atau apa saja kumpulan pengganas militan.Antara kalam Jamil lagi'terutamanya pelajar agama,kerana semangat jihad mereka tinggi'Alhamdulillah,itu satu pengiktirafan semangat seluruh mahasiswa Islam.tapi,apa salah kami?kenapa perlu dilabelkan sebegitu sekali?kami cuma belajar agama dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Agama bukan hanya ibadat,tapi cara hidup.kalaulah kami yang berkopiah dan berjubah ini memang betul mengangkat senjata dan memberi ancaman kepada negara kami tak kisah.Tapi ini satu tuduhan berat.Kami bukan kanak-kanak yang perlu dipantau siang dan malam.

Mesir bukan negara sebarangan untuk melahirkan pengganas.Mesir adalah satu negara yang paling pantang dengan 'Pengganas'.di dalam penjaranya saja dah beribu-ribu orang yang ditangkap kerana dituduh pengganas.sejarah kebangkitan pergerakan Islam di sini sudah cukup untuk menggerunkan pemerintahnya.bila masa kami nak mengganaskan diri?tak payah susah-susah pantau kami,kami sendiri pun telah dipantau oleh Polis mesir secara senyap-senyap.kalau kami terlibat,dah lama kami di campak ke penjara bawah tanah yang menggerunkan tu.

Istilah pengganas kepada pelajar agama dah lama dimainkan oleh pihak tertentu.kami dah muak dengan gelaran jahat itu.dulu sekolah2 agama dituduh,sekarang mahasiswa luar negara pulak.apa yang UMNO nak sebenarnya?nak kami berhenti belajar?nak kami sokong kerajaan BN secara dibodohkan?Ternyata,kalau itu yang diharapkan,sungguh sempit politik UMNO.Ingat,kami mahasiswa Islam yang bijak dan celik.bukan mudah dibodoh2kan dengan ugutan wang dan akta zalim.


Berita lanjut: kosmo! online..

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengakui bimbang kemungkinan segelintir daripada 6,000 pelajar Malaysia di luar negara terutama Mesir terlibat dengan kegiatan militan.

Justeru, pihaknya meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan pelajar terbabit terutama yang mengambil jurusan agama.

"Pemantauan lebih ketat dilakukan melalui khidmat pegawai-pegawai yang ditempatkan di kediaman pelajar. Kita bimbang ekoran pendedahan terbaru oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mengenai gerakan terbaru Jemaah Islamiyah (JI).

"Pelajar-pelajar ini mempunyai semangat jihad yang tinggi tetapi apa yang kita khuatir semangat itu disalah tanam oleh pihak-pihak tertentu," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Muzium Kesenian Islam di sini semalam. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Tiada ulasan: