Memaparkan catatan dengan label Rencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rencana. Papar semua catatan

Khamis, 1 Julai 2010

Makam purba separuh siap dijumpai di Mesir


kosmoonline

KAHERAH - Ahli-ahli arkeologi Mesir yang telah menamatkan kerja-kerja ekskavasi di satu terowong purba di Luxor percaya ia dibina untuk menyambungkan makam Firaun berusia 3,300 tahun dengan satu tapak pengebumian rahsia, kata Jabatan Antikuiti Mesir semalam.

Ketua Arkeologi Mesir, Zahi Hawass menyatakan proses ekskavasi terowong sepanjang 174 meter yang terletak di bahagian selatan Lembah Raja-Raja dan berhampiran dengan makam purba Firaun Seti I itu mengambil masa selama tiga tahun untuk dilakukan.

Menurutnya, terowong dan makam rahsia itu tidak dapat disiapkan kerana kematian Firaun Seti I.

Mula ditemui pada tahun 1960, terowong tersebut kini telah dapat dibersihkan daripada timbunan pasir.

Ahli-ahli arkeologi turut menemui patung-patung purba kecil dan serpihan tembikar. - AP

Rabu, 5 Mei 2010

Kristal milik keluarga Nabi Muhammad dilelong


JAKARTA - Sebanyak 24 batu kristal berusia 1,000 tahun yang merupakan antara harta karun yang ditemui dari bangkai sebuah kapal karam di perairan utara Cirebon, Jawa Barat, Indonesia dipercayai milik keluarga Nabi Muhammad SAW pada zaman Dinasti Fatimiyah, lapor beberapa buah akhbar semalam.



Menurut Ketua Pengarah PT Paradigma Putra Sejahtera, Adi Agung Tirtamarta, batu tersebut akan dilelong pada hari ini bersama semua harta karun itu.


"Di dunia, cuma terdapat 40 batu kristal. Harta karun yang ditemui di Cirebon itu cuma mempunyai 24 batu kristal," kata Adi yang menyewa sebuah kandang kuda di Pamulang untuk dijadikan tempat simpanan harta karun itu yang ditemui oleh sekumpulan nelayan Indonesia pada 2004.

Syarikat milik Adi itu mengendalikan lelongan harta karun itu secara pukal dan tidak satu persatu.

Harga minimum lelongan itu ialah AS$80 juta (RM254.8 juta).

Adi berkata, batu kristal itu dipercayai berasal dari Dinasti Fatimiyah yang merupakan keturunan keluarga anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Fatimah dan suaminya, Ali bin Abi Talib.

Siti Fatimah merupakan puteri bongsu Nabi Muhammad bersama isteri pertama baginda, Siti Khadijah.

Harta karun itu merangkumi 271,000 batu delima, mutiara, emas, batu kristal, barangan kaca Iran dan tembikar Maharaja China berusia 976 Tahun Masihi.

Namun, seorang pegawai di Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia, Sudirman Saad berkata, pada Isnin lalu tidak ada seorang pun pembida yang telah membayar deposit sebanyak AS$16 juta (RM51.41 juta) atau 20 peratus daripada harga lelongan minimum.

"Terdapat 20 orang yang berminat untuk menyertai lelongan itu termasuk dari luar negara.

"Pembida yang berminat itu datang dari Singapura, Beijing, Hong Kong, Malaysia dan Jepun," katanya.

Menurutnya, setakat ini, tidak ada pembida yang meletakkan wang deposit tetapi lelongan itu akan tetap diadakan pada hari ini.

"Jika tidak ada pembeli, lelongan itu akan diadakan buat kali kedua," katanya.

Pemerintah Indonesia akan mengambil 50 peratus hasil lelongan manakala bakinya akan dibahagikan di antara pihak yang terlibat menemuinya termasuk pemburu harta karun, Luc Heymans. - Agensi


Sumber: kosmo online

Selasa, 13 April 2010

Edisi Rencana: PMRAM dan tribulasi


Muktamar Sanawi PMRAM kembali lagi.muktamar yang sudah masuk edisi ke-77 akan membuka tirainya pada 7.30 pagi nanti.perjalanan sesi 08/09 yang dipimpin oleh Us.Muiz Mohammad bakal melabuhkan tirai.

Pemimpin silih berganti.itu adat sebuah kerajaan atau pertubuhan.mana mungkin pemimpin itu kekal di takhtanya selamanya walau dia seorang terbaik dari kalangan yang terbaik.begitu juga PMRAM.Sebuah persatuan Mahasiswa Islam.bergerak aktif menabur bakti kepada ahli-ahlinya.Bergerak berasaskan dua elemen utama,al-Quran dan as-Sunnah.

Mehnah dan tribulasi kerap melanda PMRAM.Pelbagai anasir cuba menghancurkan PMRAM.Namun,PMRAM tidak pernah leka dari membentengi organisasinya.bersenjatakan jundi-jundinya yang ramai,PMRAM terus berlayar tanpa menoleh ke belakang lagi.

Hari ini,PMRAM menjangkau 80 tahun penubuhannya.satu usia yang lama dan memasuki umur kematangan.Apa yang perlu dibangga bukan pada usianya.tetapi kebanggaan itu pada hasil dan usaha yang PMRAM lakukan bagi merealisasikan misi dan visinya.

Dengan dua slogan yang selalu dilaungkan, SATU FIKRAH,SATU AMAL & KITA PMRAM,menjadikan PMRAM lebih kuat dan lebih padu.Bersandarkan kepada kesatuan ahli yang cuba dikukuhkan melalui asas-asas kesatuan Islam yang tidak lari dari dusturnya.

Semoga perjalanan yang panjang ini direnungkan oleh ahli-ahli.Bakti dan tenaga yang PMRAM keluarkan tidak patut dilupakan dan dinafikan.semua telah maklum dengan hak PMRAM yang telah lama dinafikan.ARMA,bukan nama asing bagi kita.Sebuah hadiah yang berharga buat PMRAM dari kerajaan Mesir atas bantuan yang telah ahli PMRAM hulurkan semasa perang 3 penjuru dahulu.namun,haknya dirampas dengan kejam.tanpa diberi kembali walau berbuih mulut,berpeluh badan menuntut kembali hak itu.

Semoga sesi baru PMRAM yang akan datang ini,PMRAM lebih gah menyelusuri denai perjuangannya.KITA PMRAM