
11.11.11...tarikh keramat kata orang. Bagi sesetengah orang, ia pasti menjadi tarikh bahagia seperti tarikh penikahan, kelahiran dan sebagainya. Namun ada juga yang berduka dengan kehadiran tarikh ini.
KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.
"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka. "Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi. Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka. Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa. Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa. Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu. "Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,” kata Nuruddin mengakhiri perbualan. 2,000 sertai solat hajat Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa. Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.
Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya. Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka. Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia. |
Harakahdaily |
|
Timbul persoalan, apakah hasil sumber kewangan kerajaan Malaysia yang digunakan selama ini datang dari pihak umno sahaja? Tidakah ia dibayar oleh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik?
Sebagai mahasiswa kami tidak mudah untuk diperbodoh dan dipergunakan dengan tipu helah. Kami ada hak untuk melahirkan pandangan dan membuat teguran demi kebaikan Negara Malaysia yang tercinta.
Adakah saudara Saiful Bahri sedar bahawa Malaysia sedang diketawakan dunia hari ini oleh tindakan tidak bijak dari pemimpin umno? Rakyat mesir pun tahu erti kebebasan..
Kami bukan penentang dan anti kerajaan tapi kami pantang melihat kezaliman dan kejahatan. UMNO usah bimbang jika kalian berada dipihak yang benar kerana kebenaran pasti akan dijulang.
Kebebasan bersuara adalah antara hak yang dipelihara oleh agama Islam dan ia patut didokong oleh semua rakyat Malaysia dan kerajaan bestari.
Kita sepatutnya tidak lupa terhadap kuasa yang maha agung yang lebih berkuasa dari segala-galanya. Kembalilah kita merujuk kepada al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad S.A.W yang menjadi petunjuk buat pencinta kebenaran.
Usah kita takut dengan ugutan sementara pihak-pihak tertentu diatas dunia ini. Lihatlah bagaimana kesungguhan nabi Musa menyampaikan dakwah Islam walaupun terpaksa melawan firaun yang pernah memberikan biasiswa dari anugerah Allah itu ketika nabi Musa kecil.
Sesungguhnya Islam sentiasa dipelihara Allah S.W.T dan pastinya Islam tetap dijulang menjadi khilafah!!
Usah Bermain Api Jika Takut Melecur,
Suara Mahasiswa Suara Keramat.
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat. |