Rabu, 24 Mac 2010

Selagi BN berkuasa, jenayah makin bertambah


TELUK INTAN, 24 Mac: Kejadian pembunuhan di negara ini semakin menjadi-jadi, nyawa manusia seolah-olah tidak bernilai, inilah yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia sejak BN berkuasa lebih 50 tahun lalu.

Kejadian pembunuhan kejam ke atas Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Perak merupakan salah satu bukti menunjukkan hidup rakyat negara ini tidak terjamin keselamatannya.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh ketika melawat keluarga mendiang Siva di kediaman mereka di Taman Mawar, Langkap semalam. (Gambar kanan)

Menurutnya, Umno/BN tidak lagi boleh diharapkan untuk menjaga rakyat negara ini daripada sebarang bentuk jenayah, sudah lebih 50 tahun BN berkuasa, jenayah kian bertambah dari hari ke hari.

Oleh itu, rakyat wajar memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat memerintah negara ini agar keselamatan mereka terjamin.

Sementara itu balu mendiang Siva, Puan Kala @ Papa a/p Kandasamy melahirkan rasa amat bangga apabila tiga hari lalu beliau telah dikunjungi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Saya tidak menyangka Tuan Guru akan hadir. Selama ini saya hanya melihat wajahnya di dalam suratkhabar atau di televisyen tetapi hari itu saya dapat bersua muka dan bercakap dengan Tuan Guru," kata beliau.

Pada pertemun itu, Muslimat PAS Pusat telah menyampaian sumbangan kepada Puan Kala.

Sebelum itu, rombongan Dewan Muslimat PAS Pusat telah mengadakan pertemuan dengan Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak di pejabat dewan itu. (Gambar kiri)

Di dalam pertemuan tersebut, Dr Halimah Ali memuji DHPP Pasir Salak yang telah mempunyai pejabat sendiri.

“PAS menghormati DHPP walaupun mereka berbeza, inilah yang Umno/BN tidak mahu lihat kerana dakyah BN kononnya PAS parti yang pelampau ternyata satu pembohongan dari BN," katanya.

Sumber : Harakahdaily.net



_____________________________________________________________________________________

ulasan : memang sungguh bagai dikata, sekarang Malaysia diancam oleh jenayah yang melampau. setiap hari ada sahaja kes bunuh yang dilaporkan. Ya Allah, apa sudah jadi dengan negaraku.

selagi amanah tidak dikembalikan kepada yang hak, selagi itulah Malaysia akan diancam oleh malapetaka yang tidak terfikirkan pun oleh kotak fikioran.

apa peranan kita selaku pelajar agama?? mari sama-sama kita menyeru kepada kebaikan dan mencegah keburukan. lahirkan rasa benci kepada kezaliman dan ketidak adilan.

Moga Allah menggolongkan kita dari kalangan orang yang menyeru agamaNYA yang suci.Panjatkanlah doa moga kita dan keluarga tidak termasuk di dalam fitnah yang hina ini.

Tiada ulasan: