Sabtu, 27 Mac 2010

Mahasiswa jangan duduk di bawah tempurung


Mahasiswa dan isu semasa tak dapat dipisahkan. itu apa yang dapat saya konklusikan. mahasiswa yang tidak mengikuti perkembangan semasa kadang-kadang digelar katak di bawah tempurung. bagi saya seseorang yang bergelar mahasiswa/wi tidak sepatutnya memencilkan diri tanpa bersebab. selain ilmu2 yang ada disekeliling yang banyak untuk digali, isu semasa juga tidak terlepas untuk digali oleh mahasiswa/wi, apalagi yg berada jauh di perantauan ini.

Isu umat Islam seperti di Palestin, masjid aqsa, pelantikan syeikh al-Azhar yang baru dan pelbagai lagi isu yang perlu mahasiswa juarai.

Jangan jadi katak di bawah tempurung yang kelam. kelam dgn dunia sendiri tanpa menghiraukan orang lain. kenapa ini semua berlaku? antara faktor yang saya boleh gariskan ;
1.menganggap tidak penting.
2.tidak minat
3.terlalu sibuk dan buat2 sibuk dgn dunianya sendiri.
4.ada sikap nafsi-nafsi dlm diri.
5.tiada kemudahan internet untuk mencari bahan dan
6.tidak bergaul dgn sahabat yg lain.

Isu semasa tidak semestinya apa yang berlaku di seberang laut sahaja. apa yang berlaku di seberang jalan juga boleh dikelaskan sbg isu semasa. Nabi Muhammad saw juga ada bersabda yang mafhumnya bermaksud "Bukan dikalangan kami org yg tidak mengambil tahu tentang hal keadaan saudaranya yang lain", nah...ini satu tamparan hebat kepada kita.

Ilmu tidak semestinya apa yang ditalqqikan dihadapan masyaikh atau guru2. malah ilmu ada dimana2. Allah telah campakkan ilmuNya di merata dunia. hanya kita yang perlu mencari dan mengutipnya.

Isu semasa juga sebagai pembuka minda kita. cara untuk kita mempraktikkan ilmu. kita boleh mengolah ilmu yang ada berdasarkan isu yang berlaku. contohnya penghinaan akhbar sweden lakukan kpd Nabi Muhammad saw. kita wajib melahirkan kemarahan kpd mrk yg menghina dgn memboikot barangn mrk. jika kita di bwh tempurung? apa jadi?

Tiada ulasan: