Selasa, 30 Mac 2010

Anak-anak Perak meriahkan MTC PMRAM





Gambar --->>>>>>>>>

Gelagat anak-anak Perak yang mencuri tumpuan, dua dari hujung sana penyokong import dari
Singapura.


Alhamdulillah, saya baru pulang dari hayyu asyir bersama rakan-rakan seperjuangan. kami ke sana bagi memeriahkan lagi Malam Taaruf Calon(MTC) yang dibuat di Rumah Selangor. kami anak-anak perak antara hadirin yang awal sampai.
Semangat ingin menyokong calon kami. ternyata anak-anak perak tak menghampakan. satu komitmen yang baik ditonjolkan. negeri-negeri lain tercengang melihat gelagat kami yang ramai.

Kami datang bukan tangan kosong, bersama kami 3 sepanduk sebesar manilakad dan lima huruf nama calon kami. setiap kali nama negeri kami disebut, pasti sepanduk akan diangkat beserta keriuhan yang terkawal. kami memang happening. itu yang dapat saya gambarkan.

Tetapi, yang mendukacitakan saya ialah, penyokong-penyokong calon lain tidak melakukan benda yang sama. tiada sepanduk selain kami, majlis kelihatan hambar sekali. cuba bayangkan kami tidak hadir. pasti MTC akan hanya seperti majlis taklimat. Alhamdulillah anak perak sekali lagi mencipta nama.

Tujuan saya menulis entri ini hanya ingin melahirkan apa yang saya rasa, bukan untuk melobi calon kami, apa lagi meraih undi. saya tahu syarat2 kempen. usah risau.

Mungkin ini satu permulaan yang baru bagi ahli2 PMRAM. Itu sebab keterujaan itu tidak ada. atau, ahli sudah hilang minat dengan aktiviti PMRAM. ini satu kemungkinan yang boleh dikaji.

Bermula malam ini, calon sudah boleh berkempen. edaran handbil2 pun sudah kelihatan tadi. calon perlu memasang strategi untuk meraih undi. ini satu pendedahan baru untuk mahasiswa Mesir. Belajar menjadi wakil rakyat. pengalaman yang sangat berharga.

Saya sangat teruja untuk melalui proses membuang undi nanti. saya sedang istikharah untuk memilih calon2 yang layak. semuanya layak, tetapi kaedah demokrasi terpaksa menolak tiga dari mereka. Segala keputusan di tangan ahli2 yang layak mengundi. undi jangan tak undi.

Tiada ulasan: