Sabtu, 6 Mac 2010

Mana hak kami?

Assalammualaikum w.r.b.t


Berjumpa lg kt diruangan terbatas ini. lafaz syukur dipanjatkan kpd Rabbul izzati pemilik alam buana langit dan bumi kerana masih lagi melimpahkan nikmat demi nikmat buat hamba ini bagi meneruskan kehidupan. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah menyempurnakan penyampaian risalah buat umatNya hingga akhir zaman.

Entri kali ini tetap juga santai tanpa emosi kebencian tetapi tetap terselit informasi berguna. itulah yg diharapkan.

Politik negara yang makin meruncing sekarang sedikit sebanyak menyerabutkan minda. perbalahan demi perbalahan pimpinan negara menyebabkan rakyat jadi kecamuk dan bosan.

Rakyat jadi semakin susah, pimpinan diatas terus bersenang lenang. barang naik, minyak naik, yuran sekolah naik, semuanya naik. gaji pekerja? tak pernah yang naik. rakyat diminta berjimat cermat, pimpinan diatas terus mengkayakan diri, keluarga dan kroni. apa ini semua?

Ini peranannya pembangkang. membetulkan yang tidak betul, menegakkan apa yang bengkok.tapi, apa yang pembangkang dapat? tekanan demi tekanan terus dilakukan. Kelantan dinafikan hak royaltinya.knp? kelantan bkn rakyat malaysia? adakah salah memilih pihak yang benar?

Belum lagi dirungkai indeks rasuah berprofil tinggi. malaysia berjaya mengukir nama di persada dunia antara negara terhebat rasuahnya. Siapa yang bersalah?

Mana hak kami? rakyat bertanya. tu,jalan raya,sekolah,elektrik.air.bersyukurlah apa yang ada. jawab pak menteri. mana duit cukai? mana duit untung petronas? mana pergi kekayaan negara yang perlu rakyat rasai? mana jawapan semua ini?

Sedarlah wahai orang yang diamanahkan, bhw kamu semua akan ditanya oleh Allah nanti atas apa yang telah kamu lakukan. percayalah dengan janji buruk Allah atas orang yang mengkhianati amanah dan janjinya.

Allah bersama org yg dizalimi

Tiada ulasan: