Selasa, 23 Mac 2010

Masalah Dunia


Alhamdulillah, saya kembali berkarya selepas dua hari kesibukan dengan program yg dianjurkan oleh persatuan. Saya bersyukur kerana mampu hadir memberikan komitmen kepada persatuan walau hanya sedikit.

Sempat juga membelek blog kwn2 dan membaca portal2 berita malaysia. tidak ada berita yang mengembirakan hati dari tanah air.

Macam biasa politiknya masih tak menentu. Parlimen Malaysia sedang bersidang untuk penggal ke-3 selepas berhenti selama 3 bulan.

Pelbagai isu dibahaskan. yang terbaru pendedahan oleh ketua pembangkang DSAI tentang one Malaysia diciplak dari Zionis laknatullah. mereka juga menggunakan slogan yg sama cuma negara sahaja berbeza iaitu 'one Israel'. Ini berpunca dari syarikat yg menjadi penasihat kepimpinan Najib Razak dari negara zionis itu menguasai putrajaya.

Akibat pendedahan ini, laporan polis telah dibuat oleh pelbagai pihak terutamanya dari juak2 UMNO-BN. Namun disebalik pendedahan ini, Najib belum lagi membuktikan fakta yg dikemukan oleh DSAI salah. sama-sama kt ikuti perkembangannya.

Di Mesir pula hangat tentang pelantikan Syeikh al-Azhar yg baru, Dr. Ahmad Thayyib. Sekarang ada suara-suara sumbang mempertikaikan pelantikan beliau. ada juga pihak yg tidak bertanggungjawab menyenaraikan fatwa2 Dr. Ahmad yg dianggap kontrovesi.

Inilah al-Azhar, terlalu dicemburui musuh. satu institusi yg masih mengekalkan manhaj Rabbani dan Nabawi yg unggul. fitnah bukan penghalang kerja dakwah. Nabi Muhammad saw juga pernah difitnah.

Saya mengharapkan al-Azhar makin unggul selepas ini. di akhir zaman ini sesiapa yg mengamalkan agama bagai menggenggam bara api. terlalu panas tapi tidak boleh dilepas.

Saya berdoa moga Allah menambah keizzahan kpd al-Azhar yg sudah bertapak ribuan tahun di bumi kinanah ini.

Tambahan: kpd pelajar al-Azhar, jom pakat pertahankan syeikh kita.

Tiada ulasan: