Rabu, 24 Mac 2010
PRU PMRAM 2010 satu sejarah
PMRAM pada tahun ini telah mencipta sejarah tersendiri apabila julung kalinya akan mengadakan pilihanraya umum bagi memilih 9 calon daripada 12 yang bertanding bagi mengisi kerusi Badan Pengurus PMRAM pada sesi akan datang.
Ini satu perkembangan yg sangat baik damw positif. sepanjang 5 tahun saya di sini, ini merupakan kali pertama saya merasakan Pilihanraya PMRAM. Seperti kwn2 seperjuangan di Universiti dalam Malaysia yg seringkali melalui proses ini.
Perkembangan yg sihat ini perlu diteruskan di masa2 akan datang bagi melahirkan pimpinan yg dinamis dan bermutu.
Calon-calon yg bertanding juga nampak seimbang yg mana disertai oleh pelbagai anak negeri dan muhafazah.
Kini tanggungjawab untuk memilih pimpinan baru PMRAM ini terletak di bahu ahli2. antara proses yg wajib ahli lalui ;
1.semak daftar pemilih.(Nama,no. pmram,yuran)
2.menghadiri sesi taaruf calon untuk mengenali bakal pimpinan.
3.mengundi calon yg layak.
Saya sangat2 teruja untuk melalui proses ini kerana baru pertama kali melaluinya. dulu pihak KPIPM juga melalui proses yg sama juga tetapi saya tidak berkesempatan kerana sedang bercuti di Malaysia.
Ayuh ahli-ahli PMRAM sekalian kita tunaikan tanggungjawab kepada persatuan yg menaungi kita.
Jangan kita terus leka dgn dunia ciptaan kita tanpa menghiraukan org lain di sekeliling.
Saya pelik kenapa ada segelintir mahasiswa yang tidak mahu melibatkan diri dgn persatuan apa lagi memberikan komitmen padahal itu satu pengajaran dan pendidikan untuk diri sendiri jugak sebagai persiapan untuk menghadapi medan sebenar di Malaysia nanti.
Semoga Allah membuka hati kawan-kawan untuk sama bantu membantu dalam kebaikan. aminn..
+++ Saya tidak pernah gagal untuk menghadiri Muktamar tahunan PMRAM sejak dari tahun 2007 lagi. semoga Allah memilih saya untuk hadir ke muktamar tahun ini. aminn..
Label:
isu semasa,
PMRAM
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan