Salam saiyidul ayyam buat sahabat2 sekalian. cepat sungguh masa berlaku.sedar2 kt sdh berada di jumaat yg seterusnya.betapa mulianya hari jumaat ini sehingga Allah telah letakkan satu tajuk di dalam al-Quran bernama al-Jum'ah.Surah yg khas mengisahkan hari yg mulia ini.
Antara kelebihan hari jumaat:
1.diwajibkan kpd lelaki utk menunaikan fardhu jumaat menggantikan solat fardhu zohor.
2.di dalamnya ada satu masa yang dimakbulkan Allah doa dan menjadi rahsia Allah.
3.disunatkan membaca surah al-kahfi dan ganjarannya amat besar.
4.disunatkan mandi bagi org yg hendak menunaikan solat fardhu jumaat dan disunatkan memakai wangi-wangian dan pakaian yg elok.
5.dan banyak lagi kelebihan yang boleh diamalkan.
Betapa indahnya Islam dan betapa maha pemurahnya Allah yg mengurniakan nikmat ini. hanya tinggal kita untuk mengamalkannya.
Ada juga segelintir umat Islam hari ini yang tidak menunaikan solat fardhu 5 waktu, tetapi dalam masa yang sama mereka tidak meninggalkan solat jumaat. satu fenomena yang pelik tetapi telah berlaku di dalam masyarakat hari ini.inilah rahmat hari jumaat yang Allah ciptakan.
Peluang ini patut direbut oleh kita org Islam. hari ini patut dijadikan hari cuti oleh negara2 Islam bagi memberikan ruang yang secukupnya untuk org Islam beribadat dan berdoa.bukan mengkhususkan hari ibadah,tetapi sekadar untuk merebut peluang yang diberikan.semoga dengan keberkatan yang ada di dalam hari jumaat ini menjadi pemangkin kekuatan kita untuk beribadah kepada Allah Tuhan semesta alam.
Di Mesir,hari jumaat dijadikan hari yang sunyi dari sebarang program oleh mahasiswa-mahasiswa di sini untuk menumpukan kepada usrah yang dibentuk oleh pihak persatuan. dengan adanya usrah2 ini bolehlah mahasiswa/wi menambah thaqafah dan bertukar2 pandangan dan juga berkongsi masalah sesama ahli usrah.
JOM USRAH !!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan