Isnin, 29 Mac 2010

'Itu' yang saya buru


Hati sebak bila terkenangkan nasib diri. mungkin ini satu ujian dari Allah untuk insan kerdil ini. 5 tahun di bumi kinanah mengundang pelbagai cerita suka dan duka. seronok bila melihat kejayaan rakan-rakan menghiasi cerita. tetapi bertukar duka bila memandang kaki sendiri.

Hati selalu bermonolog sendiri tanpa diminta. monolog yang kadang-kadang mengundang putus asa. Ya Allah kuatkan aku.

Termenung dan terpaku sendirian memikirkan nasib diri. "orang lain sudah ke mana, aku masih di sini". rakan-rakan seangkatan saya ada yang sudah pulang bekerjaya, ada yang menyambung master, paling kurang pun sudah berumah tangga. bukan menyesali hakikat diri, tetapi ingin menginsafi dan mengkoreksi diri. betapa syarat untuk saya menggenggam segulung ijazah belum tertunai. masih miskin usaha dan tenaga.

Saya bahagia berada di sini, tetapi lagi bahagia jika menunaikan dulu harapan keluarga. bagi mereka saya terlalu lama. walau tidak diluah, tapi saya faham. mereka rindukan saya di depan mata. begitu juga saya.

3 kali ditimpa kegagalan begitu menguji jiwa. bermula di tahun pertama, diikuti tahun berikutnya. saya tetap gagal. saya kelihatan tabah, hakikatnya hampir rebah. pedih dan perit bergelar i'adah belum hilang, datang pula gelaran istisna'. Ya Allah, ni peluang terakhir aku. hebatnya ujianMU ya Rabbi. Saya rindukan gelaran mustajid. sudah dua tahun saya kehilangannya. Tak ada tempat lagi untuk menyesali semua terjadi. saya perlu sedar dari mimpi.

5 tahun di sini, tetapi masih tahun 2? ramai yang tertanya-tanya. tidak kurang yang menyindir. itu biasa.

Maha suci Allah sahaja yang tahu isi hati ini. kejayaan itu saya impikan. bukan sebab syahadah itu, tetapi sebab janji ini.

Tapak ini menjadi saksi. geloranya hati inginkan 'itu'.'itu' yang saya buru.sebuah jambatan kesaksian.kesaksian seorang penuntut ilmu.

1 ulasan:

Ibnu Hj Adam berkata...

jgn sedih wahai sahabatku...semakin lama duduk di mesir,semakin byk ilmu mahupun pengalaman yang dapat...ade owg blk awal tp ilmu menjadi sekadar maklumat..xtau nk gune ilmu..bljr pndai dh...erm...xpe don wory be hepi...kita ttp bersama...