Saya baru sahaja selesai menghadamkan hadith 34 dari Matan Arbaien Imam Al-Nawawi. hadith yang cukup cantik membahaskan tentang mencegah kemungkaran. ini adalah tajuk yang akan saya bawa bagi memenuhi pentaklifan sbg pentazkirah pada pagi jumaat nanti. disebabkan sudah lama tidak memegang mikrofon sbg seorang pentazkirah, maka nak tak nak saya perlu membuat persediaan awal dan rapi agar tidak menghampakan pendengar saya nanti. Insya'Alllah.
Di dalam hadith ke-34 itu, nabi mengsabdakan tiga keadaan org yang melihat kemungkaran dan cara mencegahnya :
1.dengan tangan@kuasa
2.dengan lidah@perkataan
3.dengan hati dan ini merupakan selemah2 iman.
Di dalam syarahnya juga imam Nawawi telah membincangkan dgn lbh pnjg beberapa perkara. seperti apa yang dimaksudkan mencegah dgn tangan, lidah dan hati.
Antara kesimpulan yang saya boleh buat ialah, setiap muslim mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran di muka bumi, tidak kiralah siapa kita, apa kondusi kita, kita punya tanggungjawab itu.
Antara golongan yang paling layak dan patut melakukan perintah ini :
1.Ulama' sebab mengetahui larangan dan arahan agama
2.umara'@pimpinan krn mereka berkuasa.
Kadang-kala saya terbayangkan apa yang berlaku di negara tercinta. sejak akhir2 ini pelbagai jenayah berlaku setiap hari. pembunuhan kejam, buang bayi, judi arak jagn cakaplah dah macm di negara kafir. nauzubillah..
Rasa takut dan gentar mula menguasai diri. lantas soalan2 pada diri mula muncul. apa peranan aku?
Saya rasa rakyat Malaysia sudah mula berfikir, apa punca semua masalah ini. bila kemaksiatan mula bermaharajalela, maka bala Allah pasti menanti. inilah yg terjadi.
Moga Allah selamatkan negaraku tercinta dgn memberi kemenangan kepada penyeru kebenaran. sama-sama kita menggempur kemaksiatan yang kian membanjiri bumi Malaysia. tambahkan ilmu di dada..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan