Assalammualaikum w.r.b.t
Selamat hari jumaat kepada semua pejuang2 agama Allah sekalian. moga kita sama2 mengambil manfaat dari hari yang barakah ini.
Entri hari ini santai2 sahaja tanpa cerita katak atau ape sahaja yang menyakitkan hati. bersempena dengan hari jumaat ni saya menyeru kpd sahabat2 seperjuangan banyak2 berdoa dan berselawat atas Nabi Muhammad s.a.w. moga kita diberi ganjaran oleh Allah seterusnya memberatkan timbangan amalan kita ketika menghadap Rabb alJalil nanti.
Diberitakan musyidul am Pas merangkap menteri besar Kelantan yang kita sayangi tok guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke hospital USM Kubang kerian semalam (4.3.10) selepas mengadu sakit di kiri dada. disebabkan itu, Tok Guru tidak dapat bersama rakyat Kelantan menyambut ketibaan Tuanku Sultan Kelantan semalam.
Walau umur sudah mencecah 80 tahun tok guru tetap aktif berjuang menegakkan yang hak dan menghancurkan kebatilan. perjuangan beliau yang tidak kenal erti penat membuatkan musuh gerun. semoga Allah menyembuhkan Tok Guru dan kembali menjalankan tugas.
Anda bagaimana? sudah sedia untuk berjuang?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan