Rabu, 10 Mac 2010

Perginya sebutir permata Al-Azhar asy-syarif


Assalammualaikum w.r.b.t

'ustaz faizal, ustaz faizal bangun...ada pengkhabaran tak baik ni'. aku yang terpinga-pinga bangun menyapa amirul yang gundah mengejutkanku..saat itu pukul 1 ptg. MasyaAllah, lamanye aku tdr. amirul menyambung bicara,' ni ustaz faizal tau tak syeikh tantawi meninggal'.' haa!'...aku jerit keanakan.' anta biar betul mirul, tula, ana pun tak pasti ni. cuba ustaz cek internet.'

Tanpa berlengah, tanganku laju meraba tilam mencari telefon bimbitku. setelah di cari, akhirny berita tadi dibenarkan. aku jadi kaget seketika. kalam innalillah wainna ilaihi rajiun dilafaz tanda pasrah dgn ketentuanNYA.

Selepas itu, aku ditinggalkan sendirian. terpaku aku seketika sambil gambaran susuk tubuh al-marhum mula muncul. walaupun kami jarang berjumpa, tetapi terasa dkt dihati. mgkin krn tempat aku menimba ilmu ini dipimpin oleh al-marhum.

Setelah hampir 14 tahun menekuni jawatan Imam besar universiti al-Azhar akhirnya beliau pergi dgn meninggalkan pelbagai khazanah ilmu, terutamanya bidang tafsir yang beliau pakari.

Beliau meninggal dunia selepas diserang sakit
jantung ketika menaiki pesawat di lapangan terbang Riyadh utk plg ke kaherah selepas selesai melakukan lawatan ke Arab saudi.

Arwah dijangka disemadikan di perkuburan al-baqi', madinah.

Semoga roh al-marhum syeikh mohamed sayed tantawi di tempatkan bersama-sama orang-orang saleh dan para syuhada'. Al-fatihah..

Tambahan: siapakah syeikh al-Azhar yang seterusnya pasti soalan lazim selepas ini. yang pasti, al-Azhar telah melahirkan ramai pewaris perjuangan Nabi. Sama-sama kita tunggu siapa yang akan memegang amanah yang berat ini.

Tiada ulasan: