Rabu, 7 April 2010

Selamat Hari Lahir Emak




"Selamat hari jadi mak,semoga mak dipanjangkan Allah umur,dimurahkan rezeki dan hidup mak diredhai Allah selalu.i love u so much".Itulah bunyi mesej yang saya hantar kepada mak sebentar tadi.sebenarnya saya sudah terlewat beberapa jam untuk memberi ucapan kepada mak.otak langsung tidak bekerja untuk mengingati tarikh penting ini.

Ibu saya, Norhairon bt Yeob Md Sah.semalam,6/4/2010 merupakan ulang tahun hari lahirnya yang ke-48.seorang yang cekal,tabah dan penyabar.sangat gigih membanting tulang 4 kerat membesarkan anak2.

Saya kagum dengan emak saya.kagum dengan semangatnya yang tak kenal mengalah.mencuba selagi terdaya.mampu memberikan ispirasi kepada anak2.walau kelulusannya tidaklah tinggi.malah,sekolah menengah pun tidak pernah dikecapi dek kesusahan hidup.namun jiwanya kental menyekolahkan anak2.berusaha walau apa pun yang berlaku,anak2 mesti habis sekolah kerana yakin,hanya dengan ilmulah dapat menyuluh hidup yang gelap,memandu jika tersesat.

Akhirnya,berdirilah saya di sini.di menara gading yang saya idam2kan.sejak di tingkatan 1 lagi saya sudah memberitahu emak saya akan ke sini.emak tersenyum mendengar celoteh saya.saya tertanya-tanya,apakah tanda senyuman itu.

Di saat saya akan berangkat ke bumi Anbiya' ini baru saya tahu,emak sebenarnya berat melepaskan saya.puas dipujuk,akhirnya emak redha melepaskan saya mendaki puncak cita-cita.

Inilah pengorbanan tertinggi emak untuk saya.sanggup mengorbankan perasaan sendiri demi cita-cita anak kesayangan.akhirnya berangkatlah saya ke bumi ini diiringi air mata emak.air mata yang sukar saya tafsir,namun sangat berharga.

Kerana air mata itulah,saya tekad dan nekad,ingin menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat emak.hadiah yang emak tunggu dari saya.hadiah hasil pengorbanan emak dulu.tak lain sebuah kejayaan yang sudah lama tidak saya sentuhi.saya nekad demi emak.

Selasa, 6 April 2010

Analisis program: Inspirasi Dakwah dari 'Siti Salon'.

Usai majlis pengebumian jenazah Hafizul Husna semalam,saya menyertai kursus keusahawanan anjuran BEKON KPIPM dengan kerjasama FELCRA dan Siti Salon Sdn Bhd.program yang pada asalnya akan dibuat pada sebelah pagi,ditunda pada pukul 2 ptg.Alhamdulillah,program berjalan lancar walaupun kekurangan peserta di sebelah lelaki.

Program yang menarik,menghiburkan dengan modul2 yang telah dikendalikan oleh cik rohaizat dari FELCRA.Tayangan2 yang mencuit hati dan membuka minda.motivasi yang diberikan menaikkan semangat peserta2.

Slot terakhir bersama Siti Salon,sebuah salon yang 1,1nya berkonsepkan Islam di Malaysia dan mungkin di dunia.apa yang hendak saya kongsikan di sini sebenarnya,kesungguhan dan ketabahan puan Siti Hajar,yang merupakan pengasas dan pemilik salon tersebut,yang cuba untuk menerapkan konsep salon Islam.beliau menceritakan dengan linangan air mata,kepayahan,kesusahan,hinaan orang kafir kepadanya atas usaha yang dilakukan.namun atas tiket misi dakwah islamiah,beliau bangkit meneruskan langkah dan tidak mudah terencot dengan hinaan dan cercaan.

Secara peribadi,saya sangat mengagumi semangat puan siti.seorang yang tiada asas agama dan tidak pernah ke universiti,namun perjuangannya tidak pernah terfikirkan pun oleh orang lain.

kecantikan yang merupakan asasi seorang perempuan selalu dieksploitasi oleh barat dan kuffar untuk menjahanamkan orang Islam.dan inilah asas kepada kerosakan umat Islam sekarang.

Usaha puan Siti ini harus dipuji dan dicontohi.tambah2 orang yang celik agama.yang mengaku pelajar agama.kenapa perlu membisu,memekakkan telinga dengan isu2 dunia dan negara.bersuaralah wahai para 'DAIE'.kita semua ada tanggungjawab yang berat.tidakkah kalian terpukul dengan usaha2 dakwah orang lain yang mengalahkan kita.Masing2 ada peranan yang perlu dimainkan.maka,marilah kita turun ke medan ini.

Isnin, 5 April 2010

Edisi berita: Kemalangan maut pelajar Perak di Mesir.


KAHERAH, 4 april-Ajal tak mengenal usia dan siapa.itu yang dapat saya simpulkan atas kejadian yang berlaku hari ini.kehilangan mengejut seorang kawan yang sama-sama menuntut ilmu di bumi kinanah ini.macam tak percaya,tapi dah berlaku.realiti dan takdir yang harus diterima dan diimani oleh muslim yang beriman kepada pengatur takdir,Allah RabbulJalil.

Kemalangan yang berlaku pada 11 lebih pagi tadi telah meragut nyawa Hafizul husna b. Sallehuddin,mahasiswa tahun 3,kuliah bahasa arab,Universiti al-Azhar Kaherah.Allahyarham yang menetap di sungai siput,Perak ketika kejadian dalam perjalanan pulang dari hayyu asyir dirempuh oleh kereta dari tepi menyebabkan mangsa terpelanting sejauh 10 meter kehadapan.akibat hentakan kuat dan kecederaan kaki kaki yang serius,mangsa telah dikejarkan ke hospital zahra',abbassiah,kaherah dan menghembuskan nafas terakhir di sana.

Suasana pilu menyelubungi pekarangan hospital dan kelihatan beberapa BP PMRAM,ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa berada di sana.

Kehilangan Allahyarham amat dirasai oleh ahli keluarga dan rakan-rakan kerana Allahyarham seorang yang ceria dan rajin membantu orang lain.

Jenazah yang asalnya ingin dibawa pulang ke Malaysia pada hari ini,akan disemadikan di pekuburan keledang,hayyu asyir esok pagi.jenazah akan disembahyangkan di dataran hayyu asyir sebelum dibawa ke tanah perkuburan keledang.

Yang pergi,tetap pergi.yang hidup entah bila lagi.hidup mesti diteruskan.langkah perlu diatur,amalan perlu diukur.moga Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.Alfatihah.

Ahad, 4 April 2010

Edisi analisis politik: Politik gula-gula, takkan tunggu pilihanraya?

Sekali lagi rakyat Malaysia dihidangkan dengan PRK.Kali ini di parlimen Hulu Selangor.tempat yang menjadi milik PKR pada PRU-12 yang lalu.tempat yang dikatakan kubu kuat BN.Betul ke?tempat yang menjadi rebutan antara MIC dan UMNO sekarang.

Bila tiba pilihanraya,maka bermulalah skrip lakonan juak2.berjuta-juta dijanjikan,malah boleh sampai berbilion2 ringgit.pelik tapi benar,ini yang berlaku.hari ini diumum PRK,esok berjuta RM diluluskan untuk rakyat.sebelum ini,mana pergi wang itu?mana pergi pemimpin itu?mana pergi tanggungjawab itu?semua lebuh entah kemana.menghilang tak nampak muka.ini ke pemimpin dicari?

Rakyat sudah muak dengan politik gula2.sudah bosan dengan janji2 manis.kenapa tunggu pilihanraya?rakyat susah,rakyat tak makan,rakyat melarat sebelum ini ada kisah?ada tanya khabar?ada turun padang?

Rakyat bukan bodoh lagi untuk menilai.sudah 52tahun ditipu.gula-gula hanya palsu.diberi jika sokong,ditarik jika pesong.kenapa ini semua berlaku?walau apapun yang rakyat pangkah,mereka tetap rakyat yang berhak.mereka rakyat Malaysia yang patut dilindungi.contoh terbaik kelantan yang ditadbir telus.semua dapat,semua rasa.tak kira warna.Perak negeriku yang dirampas juga begitu.tapi itu dulu.sekarang aku tak tau.mungkin ikut bulu.

Aku hairan,aku pelik,aku jelik.bilakah semua ini akan berakhir.suvival politik lebih penting dari hak rakyat.politik gula2 bukan penentu sebenarnya.rakyat tak mudah ditipu.kemewahan cuma palsu.

Pejuang kebenaran pasti sedang merancang strategi.akan disiat2 si juak2 itu.mereka gaduh,kita bersatu,mereka menipu,kita jangan begitu.politik bukan untuk menipu,tapi untuk memperjuangkan nasib.

aku rakyat yang prihatin dan simpati atas pemimpin2 ini.moga mereka bertaubat dari segala dosa dan noda kepada Allah dan manusia.pemimpin yang zalim akan dicampak bersama firaun nanti.berubahlah!

Sabtu, 3 April 2010

Edisi Nasihat: Masih mahu merokok?

Artikel kali ini mungkin menyakiti hati perokok.namun ini hakikat,mahu tidak mahu,saya harus suarakannya atas dasar tegur menegur sesama muslim.

Sudah jelik melihat telatah mereka.berasap mulut dengan megah.walau disorok,tapi jelas.saya sayangkan kawan2.sama2 belajar,fatwa,pendapat ulama' sudah banyak kali didengarkan dan dibaca.faham,tapi buat bodoh.

Baru-baru ini seorang profesor dari Australia mendapati dalam kajiannya,filter@puntung rokok mengandungi darah@hemoglobin babi.ya,babi yang diharamkan Islam.dan kajian juga mendapati,darah babi merupakan filter terbaik untuk menghalang bahan kimia masuk ke paru2.

Setelah sekian lama kita mengetahui kandungan rokok yang mengandungi pelbagai racun,hari ini kita digemparkan pula dengan kandungan puntung rokok.

kawan-kawan cuba bayangkan,setiap kali rokok dinyalakan di mulut kawan2,samalah seperti kawan2 menghisap darah BABI.Bukan calang2 binatang,sudahlah menghisap rokok seperti membunuh diri.tambah pulak satu lagi dosa menghisap darah BABI.belum lagi dikira dosa membazir,menganggu orang lain.dan bayak lagi dosa yang boleh dikaitkan dengan merokok.

Saya tahu bukan mudah untuk berhenti,tetapi jika minda sudah di mindsetkan dengan keindahan merokok,maka lagi sukarlah usaha tadi.semuanya ada diminda kita.kita yang memilih jalan hidup.

Taukah kawan2 tentang cerita mimpi seorang perokok yang berjumpa Nabi.di dalam mimpinya Nabi hadir namun tidak mahu menghampirinya.apabila dia mahu mendakap Nabi,Nabi menghilangkan diri.iktibar dan pengajarannya kawan2 fikirkanlah sendiri.

Saya tidak mahu menyenaraikan fatwa.sebab kawan2 lebih arif tentangnya.sekadar nasihat yg mampu saya lakukan.berhenti berdikit2 jika tidak mampu secara mendadak.kita punya pilihan untuk berubah atau tidak.

Masih punya waktu untuk berubah.Allah masih pinjamkan nafas untuk kita.fikirkanlah!!

Jumaat, 2 April 2010

Edisi motivasi: Pilihlah menjadi Si Positif atau Negatif.

Hari ini jumaat, 2 feb 2010.hari yang indah dan penuh kerahmatan.hari yang menjadi penghulu segala hari.moga-moga kita semua mengambil peluang hari yang berkat ini untuk bermuhasabah diri dan menilai diri kita,adakah aku seorang muslim yang sempurna amalannya?sihat imannya?bersih hatinya?mulia akhlaknya?tepuk dada,tanya diri kita masing-masing.

Lama sudah tidak menulis artikel motivasi.minat yang mendalam.namun cetek ilmunya.saya cuba untuk menulis juga,kalau tersilap.tolong betulkan sama-sama.

Fikiran positif,fikiran negatif.dua perkara yang sering kita dengar dari penceramah motivasi.amat penting,amat berkait rapat dengan manusia hebat.amat berkait dengan manusia lemah.

Apa yang kita fikirkan hari-hari tidak terlepas dari dua perkara ini.menilai hidup,menilai kawan,menilai diri,menilai musibah,menilai hadiah,menilai takdir.semuanya perlukan akal dan emosi yang sihat.dua orang yang berlainan,melalui pengalaman yang sama,tempat yang sama,namun pasti berlainan nilaiannya.ada orang mengatakan kekayaan itu anugerah,orang lain pula menilainya sebagai musibah.sama kaya,namun lain cara fikirnya.

Kajian yang dilakukan,80% manusia lebih cenderung memikirkan perkara negatif setiap hari.melalui percakapan,perbuatan dan sudah pasti cara berfikir.sebab itu banyaknya orang yang gagal dari yang berjaya di dunia ini.berfikir secara negatif boleh merencatkan potensi diri yang hendak dicungkil kerana tanpa pemikiran yang positif sudah pasti keyakinan diri tidak dapat dijana dengan baik dan semaksimum yang mungkin.

Saya pernah melalui pengalaman bersama rakan-rakan yang mempunyai dua pemikiran ini.ternyata sangat berbeza cara mereka.si positif lebih mencari penyelesaian apabila ditimpa kesusahan dan si negatif lebih mencari alasan dan menyalahkan orang lain.anda yang mana?pilihlah dan jalani hidup anda dengan bahagia.

Isu Kartika : SIS bersuara dan bergembira


Kenapa mereka menyokong? kenapa mereka bergembira? kenapa? kenapa? kenapa? adakah hukum Islam itu zalim kepada wanita? adakah wanita itu sama tarafnya dengan lelaki? adakah arak itu kesalahan yang ringan? apa implikasinya? persoalan-persoalan yang pasti mengharapkan jawapan. Kes kartika bukan yang pertama, bukan juga yang terakhir. Ramai lagi yang melakukan kesalahan yang sama. Tetapi kemana kes mereka? moga Allah mengampunkan Kartika dan menerima taubatnya. Pujian harus diberikan kepada beliau kerana berani menentang arus 'negara Islam Malaysia'.


Oleh G. Manimaran

KUALA LUMPUR 1 April — Sisters In Islam (SIS), antara pertubuhan bukan kerajaan yang pernah menentang hukuman sebatan ke atas bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Sukarno menyambut baik pengampunan Sultan Pahang yang menggantikannya dengan kerja-kerja khidmat masyarakat.
“Sisters in Islam mengalu-alukan keputusan meringankan hukuman sebat kepada Kartika kepada kerja khidmat sosial yang diputuskan oleh Sultan Pahang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Haji Ahmad Shahm,” kata Pengarah Eksekutif SIS Dr Hamidah Marican dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.
Keputusan menggantikan hukuman itu dimaklumkan kepada Kartika semalam,
Kartika akan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang esok untuk menjalani hukuman tersebut.
Sehingga akhir bulan lalu SIS telah diambil keterangan polis dua kali dalam tempoh lima bulan berhubung isu pelaksanaan hukuman sebatan ke atas kaum wanita Islam.
Terbaru, Hamidah telah menemui pihak polis pada 22 Mac lalu di bawah Seksyen 298(A) Kanun Keseksaan.
Siasatan terbaru itu berdasarkan laporan polis dibuat Majlis Agama Islam Selangor berhubung kenyataan akhbar yang dikeluarkan 17 Feb lalu, yang mempersoalkan motif kerajaan melaksanakan hukuman merotan ke atas tiga wanita berkenaan awal bulan lalu.
Sehubungan itu, SIS melahirkan keprihatiannya ekoran perkembangan terbaru ini sedangkan beberapa isu berkaitan dengan persoalan perlembagaan dan syariah, garis panduan menjatuhkan hukuman dan komitmen Malaysia terhadap instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang dibangkitkan dalam kes Kartika masih belum selesai.

Khamis, 1 April 2010

Seperti dijangka: Penolakan cadangan Pengasingan gerabak KTMB


Seperti yang dijangkakan, cadangan KTMB untuk mengasingkan penumpang di dalam tren keretapinya pasti akan mendapat tentangan oleh pihak-pihak tertentu. tidak sampai pun sehari cadangan ini dikemukan. sudah ada suara-suara sumbang yang mempertikaikannya. yang peliknya golongan wanita yang menolaknya, bukan lelaki. saya mengharapkan KTMB tidak tunduk dengan pandangan-pandangan ini jika motto barunya ' Ikhlas Dari Hati ' hendak dilaksanakan. Sila baca keratan akhbar di bawah ini.

KUALA LUMPUR, 1 April — Badan-badan bukan kerajaan wanita menggesa Keretapi Tanah Melayu Berhada (KTMB) mengkaji semula ideanya mahu mengadakan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita atas alasan ingin menangani gangguan seksual.
Ini kerana polisi mengasingkan wanita dan lelaki semasa menggunakan perkhidmatan awam sebenarnya bukan cadangan wajar di negara ini.
Presiden Persatuan Pergerakan Wanita (Awam), Haslinah Ya’cob berkata cadangan tersebut mesti dikaji dengan lebih teliti.
“Kalau untuk meningkatkan keselesaan golongan warga emas, wanita, keluarga dan sebagainya, penyelesaian yang lebih baik adalah menambah gerabak dan menambah frekuensi perjalanan untuk mengelakan keadaan penuh sesak.
“Sistem pengangkutan awam secara keseluruhannya perlu diselenggara supaya lebih efisien dan lebih menjamin keselamatan semua penumpang.
“Dari segi praktikal pun, kalau gerabak khas diwujudkan, ramai wanita mungkin ketingalan apabila tiada lagi tempat dalam gerabak khas dan terpaksa menunggu tren seterusnya,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau berkata demikian ketika mengulas cadangan Presiden KTMB Dr Aminuddin Adnan supaya diwujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.
Katanya, jika kereta api komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.
Haslinah berkata, kalau cadangan itu adalah untuk mengelakkan gangguan seksual ia bukan penyelesaian yang tepat.
“Pada asasnya sebab berlakunya gangguan seksual disebabkan oleh lelaki yang tidak hormat kepada wanita.
“Jadi penyelesaian jangka masa panjang adalah untuk mendidik masyarakat supaya menghormati wanita dan menerima kesaksamaan gender,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi Wanita Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Datin Maheran Omar berkata, cadangan tersebut bukan satu pilihan bijak kerana perkhidmatan yang ada sekarang memang sudah selesa.
“Perkhidmatan sekarang memang sudah selesa jadi tidak perlu untuk mewujudkan gerabak berasingan antara lelaki dan wanita.
“Kalau sesak pun cuma pada waktu, pada masa-masa lain biasa sahaja. Lagipun waktu pagi adalah masa orang masuk ke pejabat, itu sudah menjadi kebiasaan.
“Selain itu, bagaimana kalau gerabak di bahagian wanita sudah penuh tetapi masih ramai lagi yang menunggu untuk masuk dan pada masa sama di gerabak lelaki terdapat banyak kekosongan. Bukankah ia amat merugikan?” katanya.
Beliau berkata, jika pengasingan itu dibuat sebagai langkah untuk menangani masalah gangguan seksual dalam kalangan wanita ia tidak perlu.
“Bukan setiap hari kita mendengar ada wanita menghadapi gangguan seksual, cuma kadang-kadang sahaja.
“Jadi tidak perlu untuk mewujudkan gerabak pengasingan tersebut.
“Lagipun kita sudah berada di zaman moden jadi tidak perlulah. Kalau konsert-konsert membenarkan lelaki dan wanita berasak-asak mengapa perlu diasingkan mereka dalam kereta api?” katanya.
Menurut Pengarah Eksekutif Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Ivy Josiah, cadangan untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bukan jalan terbaik bagi mengatasi masalah gangguan seksual.
“Kita bersetuju sekiranya ia hanya bersifat sementara sahaja dan mesti merupakan pilihan untuk menumpang dan apa yang paling penting adalah mengubah pemikiran golongan lelaki mengenai masalah yang dialami wanita.
“Untuk jangka pendek tiada masalah cuma apa yang membimbangkan adalah dalam jangka masa panjang ini kerana masalah gangguan seksual bukan hanya berlaku dalam kereta api tetapi dimana sahaja.
“Mungkian kita perlu mengadakan lebih banyak kempen mengenai perkara ini supaya masyarakat sedar dan tahu masalah yang dihadapi oleh wanita.
“Kita tidak mahu cadangan ini akan menjadi satu permulaan bagi diskriminasi dari segi jantina,” katanya.
Tambahnya, kerajaan mesti mewujudkan satu polisi khas supaya lelaki dan wanita tidak dibezakan dari segi jantina.
“Perlu wujudkan satu polisi yang mana lelaki dan wanita tidak lagi dibezakan dari segi jantina. Kita tidak mahu perbezaan ini menjadi halangan antara kedua-dua jantina.
“Jadi pelbagai usaha perlu dilakukan bagi mengubah pandangan serta persepsi masyarakat terhadap wanita. Sekurang-kurangnya wanita juga perlu diberi pilihan sama seperti lelaki,” katanya.

Sumber : themalaysianinsider.com

1 April: kronologi sebuah pembunuhan Umat Islam @ Aprils Fool Day.


Alhamdulillah, sedar tidak sedar sudah berlalu 3 bulan dalam tahun 2010 ini. hari ini merupakan hari pertama dalam bulan april. semoga bulan ini lebih baik dari bulan sebelumnya buat kita semua.

1 april sepatutnya diingati sebagai tarikh kesedihan umat Islam. tarikh ini memperlihatkan kepada kita umat Islam di Granada, Sepanyol dimain-mainkan dengan penipuan yang jahat dan akhirnya mereka dibunuh, dibakar hidup-hidup oleh tentera salib laknatullah.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1487m di Sepanyol. ribuan umat Islam Granada yang ketika itu bersembunyi didalam rumah dari dibunuh oleh tentera salibdipelawa oleh mereka untuk meninggalkan rumah dengan selamat dengan menaiki kapal yang disediakan di perlabuhan.umat Islam yang ketika itu terdesak untuk menyelamatkan nyawa akhirnya menerima pelawaan mereka.

Tanggal 1 April tahun itu, umat Islam keluar beramai-ramai meninggalkan rumah masing-masing.sesampai sahaja mereka di perlabuhan, rumah mereka dibakar dan kapal yang dijanjikan juga dibakar di depan mata mereka. akhirnya, mereka juga dibunuh dengan kejam secara beramai-ramai sehinggakan laut yang biru menjadi merah pekat dek darah umat Islam yang syahid. dan bersempena itulah 1 april disambut oleh kristian dan dinamakan Aprils fool day@April mop.

Hari ini,umat Islam yang dangkal ilmunya menyambut hari sedih umat Islam ini dengan mengenakan orang dengan gurauan yang melampau-melampau sehingga sampai mendatangkan pergaduhan.

Sejarah membuktikan sambutan ini satu kisah pembunuhan umat Islam.namun,umat Islam zaman moden ini tidak pernah belajar dengan sejarah.mereka mudah mengikut telunjuk kafir sehingga sesat tanpa arah.

Kini pilihan di tangan anda,sambutlah tarikh ini sebagai hari kesedihan umat Islam atau hari bergurau senda dan bergembira orang kristian.jangan biarkan akidah yang membentengi diri kita diruntuhkan oleh kerana hanya menyambut 'April fool day'. fikir-fikirkan, renung-renungkan sahabat-sahabat.

Rabu, 31 Mac 2010

Gerabak keretapi berasingan untuk lelaki, wanita

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bercadang untuk mewujudkan gerabak berasingan untuk penumpang lelaki dan wanita bagi perkhidmatan komuternya dalam usaha meningkatkan keselesaan para penumpangnya.

Presiden KTMB Aminuddin Adnan berkata tinjauan yang dijalankan oleh KTMB menunjukkan 60 peratus penumpang KTM Komuter terdiri daripada kaum wanita dan selebihnya lelaki.

Katanya jika keretapi komuter mempunyai tiga gerabak, satu gerabak akan diperuntukkan untuk mereka yang berkeluarga serta warga emas dalam usaha KTMB mewujudkan keselesaan penumpang serta meningkatkan mutu perkhidmatannya.

Bagaimanapun sebelum melaksanakan cadangan tersebut, ia perlu diperincikan bagi mengelakkan sebarang isu lain yang akan timbul, katanya kepada pemberita selepas melancarkan program “Customer Service Star Award 2009” dan program Ikhlas Dari Hati di sini hari ini.

Aminuddin berkata, langkah pengasingan gerabak ini telahpun dilaksanakan di Jepun dan beberapa negara di Eropah.

Sementara itu, beliau berkata perkhidmatan komuter KTMB akan mendapat 38 set gerabak unit gandaan elektrik (EMU) yang baru dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatannya.

Beliau berkata KTMB juga akan membaiki 15 set EMU yang lama dan usaha ini diharapkan dapat mengatasi masalah keretapi lambat tiba serta isu perjalanan dibatalkan.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bila KTMB akan mendapat gerabak EMU baru itu, yang mampu meningkatkan jarak masa ketibaan antara satu komuter dengan satu komuter yang lain selama 7.5 minit.

Penambahan gerabak itu adalah untuk menampung pertambahan penumpang komuter yang dijangka meningkat kepada 300,000 penumpang setiap hari, katanya.

Mengenai program Ikhlas Daripada Hati itu ia merupakan program KTMB yang memberi penekanan kepada tiga nilai perkhidmatan cemerlang iaitu empati, mesra dan ikhlas (EMI) yang akan diamalkan oleh kakitangan KTMB bermula esok hingga 31 Mei ini dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan KTMB, katanya.

Beliau berkata sepanjang tempoh program itu, seluruh kakitangan KTMB akan memakai butang lencana “Ikhlas Daripada Hati” sebagai tanda komitmen dalam memberi perkhidmatan cemerlang kepada para pelanggan.

- Bernama



Ulasan : ini satu usaha yang baik dan harus dipuji. usaha ini dilihat dapat mengurangkan jenayah di dalam gerabak keretapi seperti cabul, mencuri dan sebagainya. semoga usaha ini tidak dihalang oleh mana-mana pihak yang tidak menyenangi hidup yang berkonsepkan Islam. kerana Malaysia terkenal dengan pemimpinnya yang liberal dan tidak menyenangi amalan hidup Islam. Tahniah kepada KTMB.