Khamis, 6 Mei 2010
Gerakan mengkafirkan umat Islam; Apa peranan kita?
AWAS.Anda jangan terjerat dengan kawan dan fan club yang berselindung di balik nama.dan ada juga nama-nama yang jelas menghina Islam sepeperti; Kafir Bangga dan Ayah pin yang menggunakan nama sebenar Ariffin Muhammad.dan banyak lagi yang keberadaan mereka di alam maya hanya untuk menghancurkan Islam dengan memurtadkan umatnya yang lemah imannya.
Saya tidak risau dengan para agamawan yang tahu selok belok agama,tetapi saya risaukan melayu-Islam yang lemah jiwanya dan mudah terpengaruh dengan da'yah2 kafir dan murtadin ini.
Semoga kita semua dilindungi Allah dari terpedaya dengan muslihat2 syaitan ini dan sama-sama membanterasnya dengan tangan-tangan kita supaya ia tidak menjadi hujah keatas kita untuk dihentam oleh Allah taala kerana tidak melakukan kerja-kerja amal ma'ruf dan nahi mungkar.
Jadikan media baru sebagai tapak untuk mencari pahala yang lebih dan bukan menjadi tempat mengumpul dosa-dosa kering yang merugikan.
walau siapapun kita hari ini,kita adalah pendakwah dan pencegah kemungkaran.jangan pinggirkan media-media baru yang bersepah di alam maya,namun jadikan ia wasilah dakwah dan mencegah kemungkaran.meminggirkannya bermakna anda rugi.kerana dengan cara ini sahajalah kalam anda tersebar luas dengan segera ke merata dunia.
Jika kuffar boleh,kenapa tidak kita?dunia semakin bebas,bermakna manusia makin rosak,perbaikilah sama-sama.ayuh Pejuang-pejuang Allah.serulah dengan nama Tuhanmu.
Rabu, 5 Mei 2010
Kristal milik keluarga Nabi Muhammad dilelong

JAKARTA - Sebanyak 24 batu kristal berusia 1,000 tahun yang merupakan antara harta karun yang ditemui dari bangkai sebuah kapal karam di perairan utara Cirebon, Jawa Barat, Indonesia dipercayai milik keluarga Nabi Muhammad SAW pada zaman Dinasti Fatimiyah, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Menurut Ketua Pengarah PT Paradigma Putra Sejahtera, Adi Agung Tirtamarta, batu tersebut akan dilelong pada hari ini bersama semua harta karun itu.
"Di dunia, cuma terdapat 40 batu kristal. Harta karun yang ditemui di Cirebon itu cuma mempunyai 24 batu kristal," kata Adi yang menyewa sebuah kandang kuda di Pamulang untuk dijadikan tempat simpanan harta karun itu yang ditemui oleh sekumpulan nelayan Indonesia pada 2004.
Syarikat milik Adi itu mengendalikan lelongan harta karun itu secara pukal dan tidak satu persatu.
Harga minimum lelongan itu ialah AS$80 juta (RM254.8 juta).
Adi berkata, batu kristal itu dipercayai berasal dari Dinasti Fatimiyah yang merupakan keturunan keluarga anak perempuan Nabi Muhammad SAW iaitu Siti Fatimah dan suaminya, Ali bin Abi Talib.
Siti Fatimah merupakan puteri bongsu Nabi Muhammad bersama isteri pertama baginda, Siti Khadijah.
Harta karun itu merangkumi 271,000 batu delima, mutiara, emas, batu kristal, barangan kaca Iran dan tembikar Maharaja China berusia 976 Tahun Masihi.
Namun, seorang pegawai di Kementerian Hal Ehwal Maritim Indonesia, Sudirman Saad berkata, pada Isnin lalu tidak ada seorang pun pembida yang telah membayar deposit sebanyak AS$16 juta (RM51.41 juta) atau 20 peratus daripada harga lelongan minimum.
"Terdapat 20 orang yang berminat untuk menyertai lelongan itu termasuk dari luar negara.
"Pembida yang berminat itu datang dari Singapura, Beijing, Hong Kong, Malaysia dan Jepun," katanya.
Menurutnya, setakat ini, tidak ada pembida yang meletakkan wang deposit tetapi lelongan itu akan tetap diadakan pada hari ini.
"Jika tidak ada pembeli, lelongan itu akan diadakan buat kali kedua," katanya.
Pemerintah Indonesia akan mengambil 50 peratus hasil lelongan manakala bakinya akan dibahagikan di antara pihak yang terlibat menemuinya termasuk pemburu harta karun, Luc Heymans. - Agensi
Sumber: kosmo online
AGAMA suku POLITIK suku = SESAT
Politik merupakan satu asas yang sangat penting dalam Islam.ini dibuktikan dengan sirah Nabi-nabi terdahulu yang merakamkam betapa agungnya kerajaan yang dibentuk.Antara raja terulung dan teragung ialah kerajaan Nabi Sulaiman alaihi salam yang merangkumi seluruh kehidupan di bumi termasuk jin dan binatang.keagungan kesultanan Nabi Sulaiman telah terakam kemas di dalam al-Quran al-karim.
Nabi junjungan kita Muhammad saw juga merupakan seorang pemimpin yang agung dan dihormati.dengan cara pemerintahan Baginda yang adil dan amanah telah menjadikan Kota Madinah sebuah kota yang penuh bercahaya.
Di dalam al-Quran juga ada merakamkan satu surah yang dinamakan al-Mulk yang bermaksud Kerajaan.Sebuah kerajaan teragung milik Tuhan yang satu yang memerintah seluruh alam buana,langit dan bumi.Tiada satupun Raja teragung selainNya di dunia ini.Ini sudah cukup untuk menceritakan betapa agungnya kekuasaan Allah.
POLITIK.Sering disalah tafsirkan.terlalu sempit menafsirkan politik hanya berlegar di sekitar PARTI.Padahal politik Islam itu terlalu indah dan perlu disebarkan kepada masyarakat untuk difahami dan dijadikan panduan di dalam kehidupan.
Baru-baru ini timbul isu tuduhan dan fitnah PM kepada T.G Nik Aziz yang mengatakan T.G tidak menghormati Sultan Selangor kerana berceramah politik di dalam masjid ketika kempen pilihanraya Hulu Selangor baru-baru ini.Ini dikatakan telah melanggar titah tuanku sultan yang melarang sebarang ceramah politik di masjid dan fitnah ini telah disangkal oleh T.G seterusnya menuntut PM memohon maaf dan menarik balik tuduhan itu.ini merupakan satu kerja jahat yang bertujuan melaga-lagakan tuanku sultan dan T.G.
Adakah anda bersetuju politik Islam tidak wajar dibawa masuk ke dalam pagar masjid? hanya orang yang tidak faham sahaja yang bersetuju dengan perkara karut ini. Mereka tidak sedar bahawa di dalam solat juga mengajar selok belok politik. Imam di hadapan sebagai ketua dan makmum di belakang sebagai rakyat. Mana mungkin dipisahkan.
Mana mungkin politik itu diasingkan dari agama.itu karut dan sesat.Islam itu syumul dan baik untuk semua.mana mungkin Agama yang terbaik ini mengasingkan politik dari kehidupan umatnya.jangan menjajah fikiran anda dengan ideologi yang sesat ini.
Selasa, 4 Mei 2010
Bekas hakim India kagumi TG Nik Aziz, orang UMNO? hina lagi ada

KOTA BHARU, 4 Mei: Kelainan Kelantan yang ditadbir seorang ulama, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berlandaskan dasar Membangun Bersama Islam turut menarik minat cendikiawan dari dunia luar termasuk bekas hakim dari India.
Hari ini, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Chennai, Abdul Hadi Miran, 75 mengunjungi hormat Menteri Besar di pejabatnya, di sini.
Turut hadir anak beliau yang juga merupakan seorang peguam di Mahkamah Tinggi Chenai.
Menurut Abdul Hadi, impiannya untuk bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah lama dipendamkan dulu kerana ketika itu beliau masih bertugas.
Beliau berkata, peribadi Menteri Besar Kelantan sering menjadi bahan bualan masyarakat Islam di Chennai dan perkembangan di negeri ini turut diketahui masyarakat di sana.
“Saya merakamkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru menerima kunjungan kami. Kenangan ini akan dibawa pulang dan diceritakan kepada masyarakat di Chennai,” kata beliau.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz fasih bercakap dalam bahasa Urdu bersama Abdul Hadi.
Abdul Hadi juga melahirkan rasa kagum di atas kehidupan masyarakat di negeri ini yang berada dalam keadaan aman walaupun pelbagai bangsa dan agama.
Katanya, ia adalah satu cara yang diajar Islam iaitu berbuat baik terhadap sesama manusia
Penulis itu Tentera yang digeruni

Suasana sekitar yang nampak mendesak telah melahirkan ramai penulis-penulis segera.lebih-lebih lagi yang mempunyai laman sendiri.dari malas menjadi rajin,dari hilang semangat kepada semangat,dari laman bersawang kini siap dihias-hias.syukur pada Allah yang menimpakan cubaan ini dan menggerak hati-hati susuk ini.
Dulu,blog tidak dikenali langsung.malah tidak terlintas untuk memilikinya.kini,suasana memblog dan gelaran blogger menjadi siulan dan sindiran.tak terlepas diri ini.mula-mula rasa nak marah,tetapi lama kelamaan sindiran itu bertukar seolah pujian dan galakan.
Dulu,cukup sukar melihat kebangkitan penulis muda kelahiran al-Azhar.kini,gedung ini bagai kilang yang menghasilkan produk bermutu.
Dulu,penulis muda yang sedikit itu bagai tikus yang menyorok-nyorok takut disambar kucing.kini,penulis muda makin berani bagai helang.tidak langsung melepaskan musuh walau ia menjadi buruan tembakan susuk durjana.
Perlembahan Nil telah menjadi saksi betapa kemuncaknya kemarahan isinya.tidak tahan lagi dengan tekanan dan kezaliman yang dikenakan,lantas telah lahirnya bala tentera yang sedia untuk ke medan.
Penulis blog dijadikan senjata utama untuk menyuarakan rasa hati dan menzahirkan kemarahan yang memuncak.ancaman tidak lagi menjadi penghalang untuk tentera-tentera ini memulakan serangan bertubi-tubi sehingga musuh bergetar ketakutan.
Kuasa bukan menjadi ukuran perjuangan,kerana sejarah membuktikan suara mahasiswa merupakan senjata yang paling ampuh dan sangat digeruni.
Dengan tema,pemuda hari ini pemimpin hari esok,sepatutnya jundi-jundi ini tidak disekat dan diberi ancaman yang tak sepatutnya.pelbagai Akta yang diperkenalkan patut dimansuhkan demi sebuah kebebasan bersuara.
Selagi dunia ini berbumbungkan awan yang bebas,selagi itulah penulis perlu bebas berkarya.Pena mampu menggegar dunia.sahutlah!!!
Isnin, 3 Mei 2010
Safuan Hilmi Sudah ditahan
Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata lelaki yang berumur dalam lingkungan 20-an itu diberkas sepasukan polis di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.
"Sepasukan polis menahan suspek itu di satu kawasan di Butterworth kira-kira jam 9 malam berhubung kes penyiaran ugutan bunuh terhadap Nik (Abdul) Aziz," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, bagaimanapun siasatan lanjut akan dilakukan bagi mengetahui sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman sosial itu dan juga individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh terbabit.
Sabtu lalu, Dewan Pemuda Pas membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman rangkaian sosial milik seorang lelaki terhadap Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas itu.
Laporan polis itu dibuat Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan At-Tantawi di Balai Polis Chow Kit selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook.
Dalam laman webnya, lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh “Nik Aziz”.
Zulkarnain berkata, bagaimanapun polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman itu dan individu yang bertanggungjawab menyiarkan ugutan bunuh berkenaan.
"Kami sedang mendapatkan tempoh reman terhadap suspek bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum dia dibawa ke sini (IPD Dang Wangi) untuk disoal-siasat," katanya.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. -
Bernama
Sumber: bharian.com
Beri peluang mahasiswa berpolitik

ENTAH apa yang ditakutkan, penyertaan mahasiswa dalam mewarnai arena politik negara dilihat sesetengah pihak tidak kena pada masanya hingga pelbagai mekanisme berbentuk kekangan dilaksanakan.
Hairan, Mereka diajar bersuara jika tidak puas hati tapi apabila mahu membuka mulut di gelanggang politik, mereka 'dipancung'.
Alasannya, mereka tiada keperluan terbabit dalam gelanggang itu, kurang matang, terlalu emosi dan mudah dieksploitasi pihak tertentu. Adakah wajar sedangkan pada masa sama, semua pihak mahu mahasiswa menjadi golongan kelas pertama, apatah lagi mereka adalah generasi pewaris negara? Namun, ada pihak yang peka dan memberi kepercayaan dengan alasan, mereka sudah besar, terpelajar dan tahu membezakan baik buruk. Melihat fenomena yang berlaku ini, timbul tanda tanya, di mana kedudukan mahasiswa dalam senario politik negara? Profesor politik dan kerajaan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Jayum Jawan berkata, masyarakat perlu bersikap terbuka melihat senario ini dan jangan membandingkan dengan kebangkitan mahasiswa zaman dulu.
"Masyarakat kita agak skeptikal apabila membincangkan isu politik, padahal ia satu proses pembelajaran berterusan.
"Berpolitik tidak semestinya menunjukkan tanda menentang, membantah atau bertindak ganas tapi lebih kepada menyampaikan suara hati.
"Ada pihak takut kepada bayang-bayang sendiri sehingga sanggup merampas hak golongan itu dan memperkenalkan pelbagai akta," katanya.
Dr Jayum berkata, pengenalan akta atau sekatan boleh dilakukan, namun harus dipastikan ia tidak membunuh bakat dan kepemimpinan mereka.
"Sepatutnya kita memberi galakan, memantau atau membimbing mereka. Jika ada sekatan, yang ruginya mahasiswa.
Mengulas mengapa mahasiswa dulu suka berdemonstrasi dan bertindak agak keterlaluan, Dr Jayum berkata, mungkin kurangnya medium menyuarakan pendapat.
"Hari ini sudah banyak medium, ada Majlis Perwakilan Mahasiswa di setiap universiti dan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan tempat mereka mengadu.
"Justeru, tiada sebab mereka perlu bertindak agresif melainkan ada pihak yang mahu ambil kesempatan," katanya.
Bagaimanapun, beliau bersetuju kebebasan berpolitik itu perlu dipantau serta dibimbing supaya kepercayaan itu tidak disalah guna atau diambil kesempatan pihak yang mempunyai kepentingan.
"Mengenakan pelbagai sekatan tidak membantu tapi perkenalkan satu mekanisme berkesan sebagai tujuan keselamatan dan pencegahan.
"Kita perlu memberi mereka peluang menonjolkan kemampuan kerana bukan semua mempunyai karisma bergelar pemimpin," katanya Bekas Yang Dipertua Majlis Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd Anas Ali berkata, keengganan masyarakat mengiktiraf dan mempercayai mahasiswa menyebabkan golongan itu memberontak.
Menurutnya, bukan semua mahasiswa menggunakan politik bagi tujuan peribadi tetapi ia digunakan sebagai saluran mencabar kemampuan diri apabila berdepan masyarakat sebenar.
"Berdasarkan pengalaman, mahasiswa hari ini tidak mahu terkongkong kepada akademik semata-mata, malah mahu terbabit sama dalam persoalan negara dan masyarakat.
"Saya melihatnya sebagai satu kebangkitan baru dunia mahasiswa. Mereka perlukan sokongan dan kepercayaan bukan dikritik keterlaluan atau dilabel yang kurang enak," katanya.
-Sumber: Mymetro.com
3 MEI: HARI KEBEBASAN AKHBAR SEDUNIA-Adakah kita bebas?
Tetapi persoalannya,adakah kita sudah bebas?bebas dari segala ancaman dan bebas untuk memberikan pendapat melalui penulisan.segalanya terletak di bahu kepimpinan setiap negara masing-masing.
Satu indeks yang dikeluarkan oleh Reporters Without Borders(Wartawan Tanpa Sempadan) mendapati Malaysia berada di kedudukan 131 pada tahun 2009 dan meningkat dari kedudukan 132 pada tahun 2008.Namun,indeks prestasi kebebasan media merosot dari 39.50 mata kepada 44.25 mata.(0.00 adalah terbaik dan 100 terburuk).
Indeks ini menunjukkan prestasi media di Malaysia sebenarnya.hari ini,sesiapa yang mengatakan sesuatu kebenaran yang menyentuh kepimpinan negara akan teropong dari jauh sebelum dikenakan tindakan yang tidak sewajarnya.situasi ini hanyalah satu permainan politik yang bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat untuk bersuara berlandaskan kebenaran.
Kehadiran media baru yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan lagi memeningkan pihak berkuasa.hari ini,rakyat sudah celik politik kerana peranan yang dimainkan oleh media baru.rakyat sudah meminggirkan surat khabar harian dan TV-TV kerajaan kerana tidak lagi menaruh kepercayaan kepada media-media ini yang dilihat tidak bebas.
Kerajaan patut memikirkan cara bagi melahirkan penulis prolifik dan bukannya menyekat kehadiran golongan ini.bukan meminta untuk diberi kebebasan yang tidak terkawal,tetapi minta untuk diberi keadilan yang berlandaskan perlembagaan negara yang perlu disantuni.
Ketakutan untuk bersuara adalah satu kelemahan yang perlu dibaiki bersama.Ancaman jangan dijadikan penyebab untuk kita menyembunyikan kebenaran dan menutup kezaliman yang ada.jadilah manusia yang bebas dan berani mendepani cabaran,kelak kita akan disegani manusia.
Ahad, 2 Mei 2010
Tok Guru Nik Aziz diugut bunuh, Korang tak rasa apa-apa ker?

Apa nak jadi dengan Malaysia?semakin hari semakin menjadi-jadi kerosakan yang berlaku.makin teruk dan membimbangkan.
Yang terbaru,Tok Guru Nik Aziz telah diugut bunuh oleh seseorang di Facebook.dengan kata-kata yang kesat sicilaka itu dengan beraninya membuat ugutan bunuh dan dia sanggup dihukum gantung.sungguh biadap sicilaka ini.inilah hasil didikan anak 1Malaysia yang sebijik berperangai Zionis laknatullah.
Yang lagi aku marah,tak ada pulak tindakan cepat yang dilakukan oleh pihak berkuasa.tak sama macam tindakan apabila orang-orang UMCO-BN yang kena ugut.Tiba-tiba jadi pekak.buat-buat tak dengar.inikah ketelusan yang dicanang-canangkan?Ini bukan soal politik lagi,ini soal nyawa,nyawa seorang ulama' yang disegani pulak tu.
Aku tengah dulu mamat gila ni kena tangkap.tunggu berapa lama polis buat kerja.dengar cerita dia pemuda gila UMNO.Tak tau tiba-tiba datang emosional aku menulis artikel ni.sangat2 marah.gila sapa yang rasa marah.
Emy search yang rock tu pun jadikan Tok Guru idola,tak tau la pulak ada golongan agamawan yang bencikan Tok Guru.UMCO-BN aku tak kisah,memang dasar tak hormat Islam,apalagi ulama',senang jer puak-puak ni pijak.
Aku risau satu jer,bala' Allah akan turun kat bumi Malaysia.nauzzubillah.apabila ulama' hanya dianggap sampah,maka tunggulah balasan Allah.
Aku bukan ta'sub Tok Guru,tapi aku pencinta ulama'.dah la ulama' Malaysia yang boleh pakai ada sikit.ada pulak yang bodoh nak ugut bunuh ulama'-ulama' ni,tak takut Allah ker?
Makin syaitan budak-budak tarbiah UMCO ni,dah macam budak-budak Yahudi(perangai).senang-senang nak bunuh orang.ingat tak ada undang-undang ke dunia ni.Malaysia ye tak ada undang-undang yang boleh percaya.semua nak rasuah.tapi undang-undang Allah ada,tunggu balasannya di sana kalau terlepas di dunia pun.
Moga engkau diberi hidayah oleh Allah wahai safuan.masih terbuka pintu taubat untukmu.
Sabtu, 1 Mei 2010
Perutusan Hari Pekerja Sedunia
Tetapi kita pelik,manusia tak pernah bersyukur dengan nikmat pemberianNya.selalu merengek meminta lebih tanpa bersyukur dengan apa yang ada.jika antara kita ada bersikap demikian,insaf dan bertaubatlah.
Kita pekerja agama Allah.kerja yang tak pernah habis dan luak sampai hari kebangkitan.Hari ini Islam dijijak dan dan diludah dengan mudah.lebih hina lagi,ia diludah oleh orang yang mengucap shahadah sendiri.
Usaha-usaha untuk memadamkan api perjuangan Islam sedang ligat diatur oleh si'munafik' yang keji.Tidak pelik melihat pemburu ilmu agama Allah menjadi pencacai munafik.inilah fitnah akhir zaman yang telah tersurat.
Sebab apa saya labelkan mereka munafik?ini berlandaskan Hadith Nabi SAW yang mulia,Baginda telah menggariskan tiga tanda munafik yang patut kita ambik cakna dan kisah.antaranya; apabila diberi amanah,dikhianati.KHIANAT,ya KHIANAT.Sudah jadi darah daging penguasa zaman ini.jika Islam bukan menjadi matlamat utama hidup,maka hawa nafsu mengambil tempat dan raja hati.
Terlalu sukar zaman ini untuk mencari khalifah yang sempurna.Umat Islam ditindas tiada yang berani menentang,kalau adapun hanya bagai si semut melawan sang gajah.terlalu kecil golongan yang menentang dan membela kesucian Islam.Sedangkan sang musuh tidak tidur merancang strategi untuk melenyek Islam dan Umatnya.
Di mana sensitiviti kita selaku yang mengucap Shahadatain?biar siapapun yang melakukan kerosakan di dunia ini,mari kita tentang habis-habisan.biar dia kawan kita yang paling baik,perangi dia atas dasar prinsip.bawa dia kembali ke jalan yang diredhai.Itu tugas pekerja Allah.