Jumaat, 29 Jun 2012

Nikmat kehidupan

Alhamdulillah...kita masih bernafas untuk hari yang seterusnya..betapa nikmat kehidupan ini wajib kita syukuri. Segalanya Allah beri percuma, tanpa bayaran sesen pun yang Allah pinta kecuali taqwa kita kepadanya dengan sebenar-benar takwa.

Bulam syaban telah menjengahkan diri. Bermakna ramadham sangat hampir untuk kita kecapi. Allah..betapa rindu diri ini untuk bertemu ramadhan.semoga Allah memanjangkan usia dan disampaikan ke ramadhan yang dirindui.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Selasa, 26 Jun 2012

Tiada yang menarik.

Assalamualaikum...lama sungguh tak update blog yang satu ni. Bukan sibuk,tetapi malas dan Tak berselera nak menulis. Biasa la lepas2 exam ni. Kemalasan mula terasa.

Sekarang saya masih belum ada perancangan terperinci. Mungkin sehari dua lagi akan ada detailnya.saya sudah semakin malas untuk menulis. Ditambah lagi laptop yang sudah dihantar ke Malaysia. Malas itu makin menjadi2. Doakan saya teman.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 17 Jun 2012

Cuti Sekolah Bermula

Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...segala puji saya panjatkan ke atas Tuhan sekalian alam, Allah Rabbul Jalil kerana memberi keizinan kepada saya untuk menghabiskan peperiksaan semester kedua tanggal 14/Jun yang lalu.

segala usaha telah saya curahkan, kini hanya tawakkal dan doa yang saya panjatkan untuk kejayaan.

Habisnya peperiksaan, bermakna cuti pun sudah bermula. Saya tidak pulang ke Malaysia tahun ini.. Insya'allah hanya akan menghabiskan masa di Mesir dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat. Beberapa perancangan telah dibuat, semoga ianya berjaya.

Hari ini, 17 Jun, merupakan hari kedua pengundian pusingan kedua untuk memilih Presiden Mesir diantara Dr. Mursi dari FJP dan Ahmed Syafiq dari fulul Mubarak. Saya mendoakan kejayaan Dr. Mursi yang jelas ingin membawa syariat Islam dalam pemerintahan negara. Walaupun kini pilihanraya ini dibayangkan dengan penipuan yang maha dahsyat, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang. Takbir!!

Selasa, 5 Jun 2012

Dua Berlalu, Dua Menanti.

Alhamdulillah, saya telah selesai menduduki dua kertas peperiksaan dan berbaki dua kertas lagi pada minggu hadapan.

Rasa bersyukur di atas nikmat ini. Usaha sudah dilakukan Hanya tinggal doa dan tawakkal sebagai pengharapan terakhir.

doa dari sahabat-sahabat sangat diharapkan. Semoga kejayaan milik kita semua. Aminn..

Isnin, 28 Mei 2012

Ya Allah, Berikan kami kejayaan!

Cukup pantas masa berlalu, esok 28.5.2012 saya akan menduduki peperiksaan semester ke-2 di tahun yang ke-3 Universiti Al-Azhar. Entah ini peperiksaan kali ke berapa saya tempuhi di Al-Azhar ini.

Bukan mahu meyumpah masa, tapi inilah hakikat diri yang perlu saya telan. tidak semudah orang lain menafsirkan hakikat diri. hanya diri ini yang tahu apa di sebaliknya.  Saya sangat beriman dengan janji Allah kepada hamba=hambanya yang berusaha. Saya masih menunggu keputusan yang terbaik itu sampai. Allah punya jadualnya. Sebagai hamba, saya redha dan terus berusaha sebaik mungkin.

Doa dari kawan-kawan sangat diharapkan. Semoga saya dapat mencipta sukses pada tahun ini sejajar impian dan hasrat diri.

~ Allahhumma jaalna minalnajihin.Aminn..

Isnin, 21 Mei 2012

Ahlan-Ahlan Ya Rajab!!

Doa Rejab-Sila amalkan
Alhamdulillah, Rejab telah kembali menemui insan-insan yang merinduinya. Bulan yang menghampirkan kita dengan bulan yang penuh barakah, Ramadhan al-Mubarak.

Selaut doa kita panjatkan semoga kita diketemukan dengan ramadhan yang diidam-idamkan. Namun, bulan ini tetap bulan jika kita tidak meraikan kehadirannya dengan amalan yang Nabi gariskan buat kita.

Kehadiran bulan ini di dalam tempoh peperiksaan adalah satu kelebihan. Ini kerana adanya malam-malam yang Allah akan bukakan pintu langit untuk menerima doa orang yang meminta(mengikut riwayat Hadis).

Apalagi sahabat-sahabat, tadahkan tangan, mohonlah doa. semoga Allah menerima doa kita semua. Jangan lupa berdoa untuk umat Islam seluruhnya. Terutama di bumi yang sedang diuji kekejaman dan peperangan seperti syria, Palestin dan lain-lain. Termasuk juga bumi yang akan mengadakan pilihanraya seperti negara kita Malaysia dan Mesir. Semoga kemenangan milik Islam. Allahhumma amin..


Take Noted!!

Ahad, 20 Mei 2012

Imtihan Syafawi 2012 Baru Berlalu

Alhamdulillah, selaut kesyukuran kita panjatkan buat Tuhan Yang Maha Agung, kerana saya baru sahaja selesai imtihan syafawi pada 19.5.2012 yang lalu.

Sebenarnya saya sangat takut dengan syafawi ni. Maklumlah, kena berhadapan dengan Syeikh atau Doktor yang hebat. Pada itu, kita pulak tidak bersedia untuk menghadapinya.

Kata orang, syafawi ni cuma sekadar hadir dan jawab apa yang tahu, itu sudah memberi markah. Entah la, ada benar ada salahnya. sebab ada kawan-lain juga cakap, dai jawab tak elok semasa syafawi, dan terbukti memberi kesan kepada keseluruhan markah subjek.

Bagi saya, yang pening kita bersedia menghadapinya dan berusaha untuk dapatkan yang terbaik. kalau lupa semasa tu, nak buat macammana kan, kita dah try, Allah dah takdirkan begitu. Jangan pulak kita salahkan takdir semata-mata tanpa berusaha. itu salah.

Saya berdoa, semoga usaha saya yang sedikit ini berbaloi dan diberi kejayaan oleh Allah. Berdoa dan terus berdoa. itu yang paling penting. Nak harapkan usaha yang tak setimpal ni, tak kemana la jawabnya.

Menanti 28.5 nanti ialah madah Al-QURAN. Kawan-kawan tolong doakan saya yer.

~ Pasukan EPL saya, CHELSEA menang semalam dalam Europe Champion Leage menentang Bayern semalam. seronok sangat, walau permainan defendsif yang ditunjukkan tidak saya gemari.anyway dah menang kan. What ever lah yang lain-lain tu.  

Selasa, 15 Mei 2012

Sajak: Malapetaka Palestin


Sempena memperingati peristiwa Nakbah Palestin yang ke-64 pada hari ini, saya telah menukilkan sebuah sajak khas pada pagi tadi.

Tajuk: Malapetaka Palestin

Detik itu,
Adalah pilu buat ummat
tiada rayu yang diendah
tiada simpati yang menerjah.

Malapetaka malapetaka malapetaka,
itulah nama sebuah kepiluan
tanah dijajah
penghuni diusir
kediaman dihancur lebur.

Malapetaka Palastin
simbol sebuah kekejaman
simbol sebuah kerakusan
durjana
celaka
kau Zionis Laknatullah.

Terhimpit penghuni tanpa kediaman,
lapar
dahaga
sakit
siapa yang tahu?
kita?
kamu?
mereka?
aku?
jangan tanya lagi
ayuh bersegera
Palestin menunggu kita.

Cairo, Egypt.
2.28am/15.5.2012

Sabtu, 12 Mei 2012

Sebuah Sajak: Si Kuning dan Si Merah

Dalam dok sibuk study tadi, saya menggatalkan tangan untuk buat satu sajak ringkas dan saya sudahpun postnya di facebook. Ini adalah manifestasi dari dua perhimpunan besar yang baru sahaja berlangsung. Satu pada 28 April yang lalu iaitu Perhimpunan BERSIH 3.0 yang melihat ratusan ribu marhaen turun, dan satu lagi Perhimpunan Raksasa umno yang dihadiri hanya puluhan ribu 'peminat' yang dipaksa untuk pergi di samping imbuhan 6T yang ditawarkan sang penguasa. sangat sadis.



 Si Kuning dan Si Merah

Warna baju berbeza,
haluan juga berza
tingkah sangat berbeza
ketua mesti berbeza
layanan turut berbeza.

Si kuning dipukul riuk
Si merah dijemput masuk
Si kuning berjalan rela
Si merah diupah ketua.

Oh sadis si merah
Oh hebat si kuning.

Dua-dua masuk berita
Dua-dua cerita auta
resam dunia yang tua.







Rabu, 9 Mei 2012

Tuan Guru Nik Aziz Dihina

Inilah Akhbar Dajjal itu
Sekali lagi ulama' dihina dengan sedahsyatnya. kali ini giliran ulama' yang paling disegani ketika ini Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS menjadi mangsa.

umno kali ini menggunakan Rahim Nor (Bekas Ketua Polis Negara) untuk menyerang Tuan Guru melalui akhbar NST. Dia telah melabel Tuan Guru yang kita sayangi dengan gelaran 'Bapa Kafir'. Ya Allah, saya tidak mampu berkata apa sebaik sahaja mengetahui berita ini. Betapa dahsyatnya penghinaan ini kepada seorang ulama' yang dicintai Allah.

Saya risau,gejala ini akan terus merebak membarah di dalam masyarakat melayu Islam. Dikala Islam semakin diterima oleh non-muslim melalui pentadbiran Tuan Guru yang bersih dan bersifat kebajikan, ada juga manusia durjana yang ringan mulut menghina ulama' ini yang pastinya akan mengundang murka Allah.

Dikala non-muslim dari DAP yang digelar umno 'kafir harbi' ini mula pergi ke majlis-majlis ilmu anjuran PAS, ada juga manusia durjana yang bagai hilang akal dan pedoman menghina orang lain dengan penghinaan yang tidak boleh dimaafkan. Apa yang saya kagumi adalah, respon Tuan Guru mengenai penghinaan ini, beliau tidak langsung melenting dan marah dengan situasi ini. ini komen pertama beliau di fb.

"Saya ditunjukkan keratan akhbar muka enam NST hari ini. Saya tidak mahu memberika apa-apa komen"

Inilah akhlak yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita. betapa mulia sifat ini, namun tidak semua manusia mampu menahan kemarahannya bila dihina sedemikian rupa. termasuklah saya. saya kagum.

Menenai hukum menuduh seorang muslim sabagai kafir, saya tidak mahu bahaskan, mungkin semua orang tahu hukumnya. semoga Rahim Nor dibukakan hati oleh Allah untuk bertaubat dan yang paling penting memohon kamaafan daripada Tuan Guru atas kesalahan yang dia lakukan.

Saya selaku pendokong PAS tidak menerima tuduhan ini dan tidak sesekali memaafkan si pelaku yang jahil ini. Hancur umno!!