Memaparkan catatan dengan label imtihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label imtihan. Papar semua catatan

Ahad, 17 Jun 2012

Cuti Sekolah Bermula

Alhamdulilah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...segala puji saya panjatkan ke atas Tuhan sekalian alam, Allah Rabbul Jalil kerana memberi keizinan kepada saya untuk menghabiskan peperiksaan semester kedua tanggal 14/Jun yang lalu.

segala usaha telah saya curahkan, kini hanya tawakkal dan doa yang saya panjatkan untuk kejayaan.

Habisnya peperiksaan, bermakna cuti pun sudah bermula. Saya tidak pulang ke Malaysia tahun ini.. Insya'allah hanya akan menghabiskan masa di Mesir dengan pengisian-pengisian yang bermanfaat. Beberapa perancangan telah dibuat, semoga ianya berjaya.

Hari ini, 17 Jun, merupakan hari kedua pengundian pusingan kedua untuk memilih Presiden Mesir diantara Dr. Mursi dari FJP dan Ahmed Syafiq dari fulul Mubarak. Saya mendoakan kejayaan Dr. Mursi yang jelas ingin membawa syariat Islam dalam pemerintahan negara. Walaupun kini pilihanraya ini dibayangkan dengan penipuan yang maha dahsyat, namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menghalang. Takbir!!

Selasa, 5 Jun 2012

Dua Berlalu, Dua Menanti.

Alhamdulillah, saya telah selesai menduduki dua kertas peperiksaan dan berbaki dua kertas lagi pada minggu hadapan.

Rasa bersyukur di atas nikmat ini. Usaha sudah dilakukan Hanya tinggal doa dan tawakkal sebagai pengharapan terakhir.

doa dari sahabat-sahabat sangat diharapkan. Semoga kejayaan milik kita semua. Aminn..

Isnin, 28 Mei 2012

Ya Allah, Berikan kami kejayaan!

Cukup pantas masa berlalu, esok 28.5.2012 saya akan menduduki peperiksaan semester ke-2 di tahun yang ke-3 Universiti Al-Azhar. Entah ini peperiksaan kali ke berapa saya tempuhi di Al-Azhar ini.

Bukan mahu meyumpah masa, tapi inilah hakikat diri yang perlu saya telan. tidak semudah orang lain menafsirkan hakikat diri. hanya diri ini yang tahu apa di sebaliknya.  Saya sangat beriman dengan janji Allah kepada hamba=hambanya yang berusaha. Saya masih menunggu keputusan yang terbaik itu sampai. Allah punya jadualnya. Sebagai hamba, saya redha dan terus berusaha sebaik mungkin.

Doa dari kawan-kawan sangat diharapkan. Semoga saya dapat mencipta sukses pada tahun ini sejajar impian dan hasrat diri.

~ Allahhumma jaalna minalnajihin.Aminn..