Selasa, 23 Jun 2009

PR says 'NO UNITY GOVERMENT WITH UMNO-BN FOREVER'


Salam perjuangan buat pejuang-pejuang sekalian. Semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari harimu semalam.

Setelah hampir dua bulan polemik sensasi sebuah gagasan yang muncul dari idea TGHA mengenai 'Unity Goverment' atau Kerajaan Perpaduan akhirnya selesai juga dengan keputusan 'No Unity Goverment forever and ever' yang melihatkan kesepakatan yang padu dan jitu hasil mesyuarat Majlis Presiden PR semalam diparlimen yang memutuskan keputusan tersebut.

Sebabnya, tanyalah UMNO. Mereka memain2kan isu ini menggunakan lidah2 buaya mereka sehinggakan menimbulkan satu fitnah yang besar kepada PAS dan Tuan Presiden. Mereka ingin memperlihatkan keikhlasan yang dibuat2 agar semua rakyat menyangkakan UMNO BN begitu serius dalam soal perpaduan. Sudah2lah wahai UBN, bukaklah topeng itu. Semua rakyat dah tahu perangai hang. Bukan baru rakyat ditipu, dah 52 tahun. Pak Najib yang pada mulanya begitu beriya2 mengajak Pas berbincang mengenai UG akhirnya mengeluarkan juga keahkuhannya dengan mengatakan 'UBN tidak perlu kerajaan perpaduan pun boleh memerintah'. Lihatlah dunia betapa angkuhnya pemimpin Malaysia ini. Sendiri mau fikirlah.

Segalanya sudah jernih sekarang. TGNA pun dah menarik balik gesaan kepada timb. Pres untuk letak jawatan. Semuanya dah makin berpadu dan jitu. Inilah pengajaran dari ujian sebuah kemenangan. Ramai sahaja yang dengki dan iri hati. Nampaknya UMNO kena satu lagi pukulan ' knock-off ' dari PR. Baru depa tau kekuatan PR. Lagi di acah lagi kuat. Lagi dicuit lagi semangat. Silap2 Umno ke kubur lebih awal dari masanya. Walaupun kelengkapan kapan, lahat dan nisan sudah pun bersedia untuk diguna.

Kepada blogger2 yang dok riuh baru2 ni berbalah pasal UG ni, sudah2lah. Mari kita sama2 kuatkan PR kalau hangpa masih teguh dan percaya kepada PR. Ini rumah yang selamat Insya'ALLAH. Pas masih menjunjung Al-Quran dan As-sunnah sebagai dustur yang tertinggi dan matlamat perjuangan. Kalau tak faham jangan cakap tapi bertanya takut2 fitnah itu kita yang jadi penyebarnya. Kan ke berdosa tu. Syabar dan tahniah kepada Pas dan PR kerana telah membuat keputusan yang tepat.

Jumaat, 19 Jun 2009

Nizar fail rayuan di Mahkamah Persekutuan sebentar tadi




PUTRAJAYA, 19 Jun (Hrkh) Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan bagi permohonan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, yang mengisytiharkan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Menurut Nizar, permohonan itu bakal didengar pada 9 dan 10 Julai ini dan beliau sangat berharap satu sejarah tercipta dengan 11 hakim diangkat mendengar permohonan beliau.
Nizar berkata beliau terpaksa bertindak demikian walaupun panel hakim Mahkamah Rayuan belum mengemukakan hujah bertulis mereka dalam membuat keputusan itu bulan lalu.
Datuk Md Raus Shariff, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop sebelum ini memberi jaminan untuk memberi hujah bertulis bagi menyokong keputusan mereka yang telah mengejutkan pelbagai pihak.



Beliau kecewa ulasan penghakiman'yang masih tidak diterima selepas Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada 21 Mei lalu.
Menurut Nizar, beliau hairan mengapa hakim berkenaan melewat-lewatkan penyerahan ulasan bertulis sedangkan ketiga-ketiga mereka hanya mengambil masa 5 minit untuk menyampaikan keputusan secara lisan.
Seolah-olah ada unsur ketidakadilan dalam aspek ini kerana rayuan Zambry mengambil masa 24 jam sahaja untuk dilaksanakan tetapi hal ini pula masih tertangguh�, kata Nizar lagi.
Ujar Nizar, kerenah hakim terbabit menjejaskan usaha beliau dan panel peguamnya untuk membuat rayuan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan itu dengan memberikan alasan-alasan yang setimpal./wann_

Ahli Pas diminta bertenang, tunggu arahan rasmi



Oleh: Idris Ahmad

SEMUA ahli PAS diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan parti. Semua ini akan menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis.Insya-Allah PAS yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi semuanya ini. Kalau Umno-BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan daripada "qarun-qarun" yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi.
Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini, insya-Allah dapat diatasi dengan baik dan elok.


Saya yakin bahawa ahli PAS yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada PAS dan organisasinya.
Ini kerana PAS adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. PAS ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.
Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno-BN dalam apa suasana sekalipun.


Media cuba memainkan isu bahawa PAS hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa PAS hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato' Setiausaha Agung pada 17 Jun lalu telah menjelaskan kekeliruan ini.


Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden PAS. Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat akan dibincang terlebih dahulu dalam parti.
Insya-Allah, segala keputusan yang diputuskan itu akan kita sampaikan kepada semua pihak sehingga ke peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas.


Yakinlah firman Allah SWT, yang bermaksud: "Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu." Dan maksud sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Berjamaah itu rahmat."
Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat sahih melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih, maka bolehlah kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.


Bersandarkan nas syara'
Segala keputusan politik yang PAS buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara' dan fiqh siasi.
Kita bertahalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.
Semua ahli PAS perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini. Ini kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah-belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.


Dapatkan maklumat rasmi daripada akhbar rasmi Harakah, laman web Harakahdaily dan akhbar Siasah supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Tunggu dan sabarlah untuk mendapatkan penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita. (harakahdaily)


Ustaz Idris ialah Ketua Penerangan PAS Pusat

Isnin, 15 Jun 2009

Pejuang datang dan pergi.




Salam perjuangan dan salam sejahtera buat pejuang2 agama Allah yang maha mulia. Semoga sehingga ke saat ini hati2 kita masih Allah thabatkan dalam meneruskan misi dakwah yang terpundak buat kita semua.

Semalam 14/6/09 kita mendapat satu berita mengejut dan menyedihkan di mana telah perginya seorang mujahid agung yang thabat dalam perjuangannya sehingga ke nafas terakhir iaitu almarhum Syeikh Dr. Fathi Yakan pada usia 76 tahun di Lubnan kerana derita sakit angin ahmar. Satu kehilangan yang amat2 dirasai oleh dunia gerakan Islam seluruhnya. Pemergian almarhum telah meninggalkan pelbagai khazanah ilmu gerakan Islam hasil dari penulisan almarhum yang banyak dan digunakan oleh pergerakan Islam seluruh dunia sebagai manhaj usrah2 mereka. Semoga roh almarhum diletakkan sebaris dengan para syuhada'. Al-fatihah..

Hari ini merupakan permulaan bagi perjuangan 'Member of Parliament' Bukit Gantang yang baru iaitu seorang yang tak perlu diperkenalkan lagi susuk tubuhnya dek kepopularannya yang meledak selepas berjaya mengetuai kerajaan negeri Perak yang selepas itu dirampas oleh sicelaka yang rakus secara tidak bermoral dan tidak bertamadun. Beliau dimaksudkan ialah Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin. Insan biasa berjiwa besar yang menjadi fenomena dan aura seluruh Malaysia.

Hari ini merupakan hari mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen bagi beliau semperna pembukaan sidang parlimen kali ke 2, penggal ke 2 parlimen ke 12.

Perjuangan pertama beliau di parlimen bermula dengan mehnah apabila beliau dihalau dari dewan selepas 5 minit mengangkat sumpah sebagai MP yang baru kerana melaungkan 'bubar dun dan hidup rakyat' sambil mengikat kepala dengan kain yang ditulis bubar dun. Laungkan itu diikuti oleh beberapa MP PR yang lain akibatnya beliau dan 6 MP yang lain dihalau dari dewan dan dikhabarkan digantung untuk menghadiri sidang selama 2 hari atas kesalahan 'berkelakuan kasar' oleh speaker pendekar Bn. Kesalahan yang direka2.

Teruskan perjuangan Dato' Seri, kami sentiasa menyokong perjuangan Dato' Seri untuk memberikan kembali hak rakyat Perak yang rampas secara hina. Percayalah dengan janji Allah yang akan memberikan kemenangan bagi orang2 yang benar dan bersabar. Cuma masanya belum tiba. Moga Allah tabahkan hati Dato' Seri. Takbir... ALLAH AKHBAR..


Redqalbi : teringin berjumpa dan bersalaman dengan Ds Nizar. Moga Allah perkenankan. Amin..

Sabtu, 13 Jun 2009

Hapuskan ' SIS ' dari bumi ini.






Salam perjuangan buat pejuang2 agama Allah sekalian. letakkan diminda bahawa kita adalah pewaris perjuangan Nabi dan Rasul terdahulu yang bertanggungjawab membawa panji2 Islam kepuncaknya dan mempertahankannya sebaik mungkin walau nyawa jd taruhan agar setiap detik kehidupan kita dirahmati dan mendapat nusrah dariNYA.

Muktamar PAS ke-55 yang lalu telah membahaskan beberapa usul termasuk 12 usul yang diterima tanpa bahas oleh para perwakilan.

Antara usul-usul itu, ada satu usul yang menarik sehingga membawa kepada bantahan, kritikan dan kemarahan sesetengah pihak. Tidak kurang juga yang memberi respon yang baik. Usul yang berbunyi 'mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sister In Islam yang membawa fahamah Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya'.

Usul ini mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk daripada rakan2 PR daripada DAP dan PKR kerana dikatakan menghalang kebebasan rakyat berpesatuan dan berorganisasi. Ada juga yang mengatakan PAS melakukan kesilapan kerana melululuskan usul ini.

Ya Allah, kenapa bebal sangat orang2 Islam sekarang ni. Bukan masalah berpesatuan yang jadi masalahnya. Sudah jelas lagi tersuluh dengan kesesatan ahli2 SIS ini kerana sanggup mengatakan Quran yang suci dan dipelihara oleh Allah sampai kiamat ini perlu dikaji semula.

Siapa korang nak cakap macam tu? Kenapa? Dah banyak sangat ilmu sampai kata Quran tu salah. Kebiadapan ahli2 SIS ini sebenarnya sudah lama disedari oleh para Ulama' di Malaysia termasuk majlis fatwa kebangsaan yang telah mengeluarkan perbagai fatwa mengenainya, tetapi kerana negara ditadbir oleh orang2 yang jahil maka inilah akibatnya.

SIS ini diasaskan oleh wanita paling kontrovesi dan paling celaka dalam dunia iaitu Amina Wadud yang telah menjadi imam solat jumaat dan berkhutbah kepada 100 orang lelaki disebuah gereja di New York pada 18 mac 2005 yang mana di dalam solat itu telah bercampur saf antara lelaki dan perempuan. Dan ramai diantaranya tidak menutup aurat. Ini salah satu penghinaan terhadap Islam yang suci oleh SIS.

Telah jelas SIS adalah pembawa fahaman Islam Liberal yang jaringannya luas di seluruh dunia ke Malaysia. Fahaman yang sesat ini sangat2 merbahaya kepada umat Islam di Malaysia kerana boleh mengganggu gugat keimanan dan akidah orang2 yang cetek pengetahuannya dan kepada Muallaf yang baru mengenal agama Islam.

Mufti Perak, yang merupakan salah seorang ahli Majls Fatwa kebangsaan dalam kenyataannya turut menyokong usul ini yang disifatkannya bagus kerana pendapat2 yang di keluarkan oleh SIS banyak yang menyimpang daripada lunas2 syara' terutama mengenai pembahagian harta pusaka dan poligami yang mereka katakan menindas kaum wanita yang sedang mereka perjuangkan. sedangkan, pemimpin atasan mereka tidak mengikut lunas2 syara' seperti tidak menutup aurat. Gila, bodoh dan bebal mungkin ini perkataan yang sesuai bagi mereka.

Persoalan yang menjadi kepelikan di sini ialah, kenapa ada orang Islam yang bermatian2 mempertahankan pertubuhan sesat ini sedangkan jelas mereka menyimpang dari syariat yang sebenar. Cuba fahamkan usul di atas. Desakan pengharamannya bukan mutlak tetapi telah dikait dengan 'sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat'. Kenapa mereka perlu takut dan bising sekiranya tidak bersalah? Kalau betul perjuangan mereka, teruskanlah..tiada sapa yang nak kacau.

Kepada penyokong2 SIS yang rasmi atau tidak, jangan sampai Allah turunkan bala baru nak sedar dengan apa yang korang lakukan.

Ulama' di Malaysia bukan pekak dan bisu. Bertindaklah mengikut kuasa yang ada walaupun bukan mutlak milik kita. Keluarkanlah fatwa secepat mungkin bagi mengekang kumpulan ini dari menyesatkan anak2 kita. Mereka ada manusia dan kerajaan di belakang, tetapi kita ada Allah dan kerajaanNYA di setiap penjuru perjuangan kita.


Pintaku,
RedQalbi

Jumaat, 12 Jun 2009

Penjelasan tentang kerajaan perpaduan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

Awas dengan 'Batu Api' yang dengki



Salam sahabat-sahabat seperjuangan,


Kita janganlah mudah percaya kepada berita, perkhabaran dan maklumat; tapislah dulu, siasat dulu, jangan mudah percaya. Kekadang kita lebih percayakan surat khabar daripada sahabat sendiri.


Adalah merupakan satu kesalahan besar jika kita mudah mempercayai isu yang sedang berlaku mengenai sahabatmu, atau mudah menuduhnya telah melakukan perbuatan yang menyakitkan,hanya berdasarkan kepada khabar angin dan isu yang diterima. Padahal anda tidak melihatnya dengan mata kepala sendiri, bahkan tidak sesuai dengan yang anda ketahui dari kebiasaannya.

Waspadalah, kerana banyak yang dengki kepada orang-orang yang terikat dalam jalinan ukhuwah. Para pendengki tersebut mempunyai kecemburuan yang sangat tinggi, mereka tidak suka melihat hubungan tulus yang begitu kuat mengikat orang-orang yang bersahabat, mereka tidak tenang selama tali ukhuwwah tersebut belum terurai dan para sahabat bercerai-berai.

Abu Darda' berkata: "Turutilah saudaramu dan berlaku lembutlah kepadanya, jangan mudah terpedaya oleh khabar yang disampaikan oleh orang-orang yang dengki dan memusuhi saudaramu. Besok ajalnya akan tiba, kamu akan merasa kehilangannya. Buat apa kamu menangis setelah kematiannya, padahal selama hidup kamu menjauhinya.

Suatu hal penting yang perlu anda perhatikan adalah, terkadang sikap anda membuat para pendengki menebarkan boleh hasutannya, seperti jika anda terlalu menampakkan cinta yang berlebihan terhadap sahabatmu di hadapan mereka. Mungkin anda mengira mereka suka melihatnya, kerana yakin bahawa seharusnya mereka seperti anda yang menyukainya, padahal mereka berbalik iri ketika mendengar ucapanmu. Bahkan kerana anda sering terlihat menjumpai sahabat, dapat memicu perasaan tidak suka, mereka cemburu dan dengki, lalu mencuba untuk menghancurkan kemesraan hubunganmu dengannya. Untuk itu, pandai-pandailah dalam mengungkapkan isi hati kepada sahabatmu ketika berada di tengah-tengah orang banyak.

Rabu, 10 Jun 2009

Al-fatihah untuk mangsa korban tembakan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, Narathiwat.

Salam perjuangan, semoga rakan-rakan seperjuangan semua masih thabat dalam mengharungi detik2 getir pejuangan yang tidak sunyi dari diuji. Semoga dengan ujian yang Allah Taala hadiahkan kepada kita menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Sang Pencipta yang maha kuasa.

Hari ini kita dikejutkan dengan berita yang sangat2 menyedihkan menimpa saudara seakidah kita di Selatan Thailand. Wilayah yang bergolak sejak 5 tahun yang lalu itu mengkhabarkan kepada kita satu peristiwa tragis yang pastinya akan menyentuh hati dan perasaan orang2 yang beriman, orang2 yang kasihkan keamanan.

Peristiwa yang berlaku di hari isnin malam selasa yang lalu di Masjid al-Furqan, kampung Air Tempayan, Narathiwat itu terjadi ketika lebih kurang 25 jemaah sedang solat isya' yang diimamkan oleh Wan Abdullah latif ditembak dari jarak kurang 3 meter menggunakan Senapang Raifal-M16 oleh 2 orang berpakaian hitam dan penutup muka dari pintu belakang dan tepi masjid berkenaan. Ketika kejadian yang berlaku pada pukul 9 malam waktu Malaysia itu imam sedang membaca surah al-fatihah pada rakaat yang kedua.

Tembakan demi tembakan yang dilepaskan oleh 2 lelaki itu telah mengorbankan 10 orang di tempat kejadian termasuk imam dan 2 orang semasa di dalam perjalanan ke hospital Narathiwat. Manakala 11 orang lagi cedera parah dan kini dirawat dihospital. 2 orang lagi terselamat dan seorang darinya yang merupakan siak masjid tersebut sedang dirawat di hospital kerana serangan jantung akibat terkejut dengan apa yang berlaku. Kesemua mangsa yang terkorban telah dikebumikan di dalam satu liang di tanah perkuburan kampung Cho Airong....al-Fatihah.

::analisis berita redqalbi::

Selasa, 9 Jun 2009

Kerajaan Perpaduan, Jangan cakap kalau tak faham.

Di sana sini orang bercerita tentang kerajaan perpaduan. Daripada pemimpin di atas sampailah ke akar umbi yang baru nak tumbuh. Dari orang-orang PR sampailah ke orang-orang UBN ortodoks. Semuanya cakap,bising,memekak nak bagi pendapat masing-masing. Biasalah, pastinya ada pro dan kontra. Percanggahan pendapat yang sihat membuahkan hasil yang lumayan nanti. Tapi yang tak sedapnya disebabkan semua nak bercakap,nak bagi pendapat la konon ada yang sampai ke tahap sumpah seranah, maki memaki, fitnah memfitnah. Aku tak kisah sangat orang-orang UBN nak cakap apa. Pastinya pendapat mereka-mereka ini bengong2 dan tak boleh diterima pakai. Aku tak kisah sangat kat mereka2 ni. Dah memang itu kerja mereka. Namapun musuhkan.

Yang aku dok risaukan sekarang ni ialah dengan pendapat2 yang dikeluarkan oleh pemimpin2 dan penyokong2 PR. Takut diputar belit dan hampa pun kena belit dengan mainan media pro BN. Dulu hampa jugak yang kata boikot akhbar2 penipu ni. Tapi sekarang? Fikirkan balik.

Aku tak kisah hampa nak bagi pendapat ke pen apa ke. Tapi tolong jangan cakap tanpa fakta dan bukti. Jangan hampa terikut2 dengan cara bawaan BN dengan hampa sendiri memaki hamun, sumpah seranah, kutuk mengutuk pimpinan PAS sendiri dalam keadaan hampa pun tak faham satu habuk pun dengan apa yang dicadangkan oleh pemimpin itu sendiri. Cuba jangan jadi pak turut dan pak mengarut dalam isu-isu yang hampa tak reti. Cuba ada sikap berlapang dada dan thiqah@percaya dengan pimpinan. Walaupun mereka bukan ma'sum tapi mereka bukan bodoh untuk bagi pandangan dan cadangan mereka.
Mengenai kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh dato' Presiden PAS, aku pun sebenarnya tak dapat nak tangkap apa yang ada dalam akal fikiran Dato' Pres, jadi aku taknak ulas sebab tak faham. Tapi yang aku boleh cakap kerajaan perpaduan bukan bermakna PR masuk BN atau PR menjalinkan hubungan luar tabie dgn BN. Sejarah dah buktikan betapa celakaknya BN yang meragut kesucian hubungan PAS dengan mereka dahulu secara haram jadah. Hampa ingat pimpinan tak fikir semua tu? Aku tak cakap aku sokong cadangan ni, biasalah cadangan boleh diterima dan ditolak. Tapi cuma aku nak ingatkan jangan kerana mulut hampa2 semua, tulisan2 hampa BN seronok bersuka ria sambil gelak ketawa melihat satu persatu hinaan yang hampa lemparkan dekat pimpinan. Senang kerja depa. Tak payah susah-susah buat kerja. Hampa automatik dah jadi depa punya pekerja. Gaji buta tak dapat, dosa buta yang dapat. Aku nak ingatkan sekali lagi, kalau hampa nak kutuk2 pimpinan..get out in the house..jangan hampa dok dalam rumah yang dibina kukuh ini sambil2 tangan hampa bekerja untuk runtuhkannya. Nanti hampa2 terterap.

Biarlah pimpinan buat kerja mereka. Lama2 mereka akan fahamkan jugak. Aku ambil sikap terbuka dalam isu ini. Biarlah pimpinan yang baru dilantik dan ditaklifkan untuk menggendong amanah ini yang fikir dan putuskan. Aku tak suruh hampa jadi pak turut tapi jangan jadi pak mengarut.

Isnin, 8 Jun 2009

Rumah sudah siap cantik, pahat masih bising berbunyi.

Muktamar PAS baru sahaja berlalu dengan jayanya. Pelbagai usul dibahaskan dan diterima. 55 tahun berada dipersada politik tanah air dengan pelbagai mehnah dan tribulasi ditempuhi untuk berada ditahap yang ada sekarang.

PAS sebuah parti politik yang dilihat clean and clear dan mampu memimpin masyarakat majmuk tak kira bangsa. Maka tidak hairanlah kini ahli kelab penyokong PAS melebihi 20,000 orang dan bakal dinaik taraf sebuah sayap parti. Ini satu kejayaan besar yang jarang-jarang diperolehi oleh parti Islam yang harakahnya tak lari dari landasan syara'.

Namun di sebalik kejayaan besar yang tercipta ini masih ada segelintir ahli yang masih tidak faham dengan konsep amal ijtima'i dan amal jamaie.

Ini ilmu yang harus kita sebagai ahli dan pendokong gerakan Islam perlu tahu. Kerana ini membabitkan pembentukan fikrah islamiah yang tulen dan bukan celupan dari isme2 bawaan barat yang sesat lagi menyesatkan.

Tentang isu pemilihan pimpinan atasan yang sudah pun diketahui dan dimaklumi. Namun ada juga segelintir dari kita yang tidak faham tentang ilmu jamaie yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh ahli itu sendiri kerana pemimpin kesayangan mereka tidak terpilih. Lantas melakukan tuduhan demi tuduhan yang boleh menggugat kestabilan jamaah itu sendiri.

Jangan sampai kerana nila setitik habis susu selaut. Jangan sampai kerana anda seorang habis satu jamaah rosak walaupun ia nampak mustahil. Tapi sudah cukup untuk membiakkan kerja2 jahat dan kotor dek hasutan, celaan, tuduhan dan fitnah yang anda lemparkan kepada pimpinan.

Gunakanlah akal fikiran yang waras dan ilmu yang ada. Jangan kita nanti diketegorikan sebagai pengkhianat jamaah dan agama. Sanggup anda samakan jamaah yang suci ini dengan musuh yang terang-terangan memusuhi Islam dari jahar dan sirrnya..bukankah anda dulu yang nampak paling semangat melaung-laungkan slogan perjuangan. Kenapa kini setelah apa yang anda idamkan tidak dimiliki semua semangat itu anda buang dan humban. Ingat sahabat perjuangan, kita berjuang bukan kerana semangat, kita berjuang bukan keran pemimpin, kita juga berjuang bukan kerana wang ringgit. Kita berjuang kerana Islam. Kalau anda yakin inilah jamaah yang memenuhi ciri-ciri jamaah Islamiah, teruskanlah perjuangan bersama-sama kami. Kalau tak, pergilah mencari yang lain yang pasti memenuhi citarasa anda tanpa perlu meninggalkan najis fitnah dan celaan yang merosakkan jamaah yang suci ini.



Pintaku,
RedQalbi

Jumaat, 5 Jun 2009

Tema baru PAS : Islam Memimpin Perubahan.











Sekarang sedang berlangsung Muktamar PAS kali ke-55 di Shah Alam, Selangor Darul Ehsan yang telah bersidang dari 5 jun sehingga 7 jun ini dan Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang baru sahaja selesai menyampaikan ucaptama dan seterusnya merasmikan muktamar pada kali ini dengan bertemakan 'Islam memimpin perubahan' yang seterusnya akan dibahaskan oleh para perwakilan sehingga hari ahad ini. Bersama2lah kita mengikuti perkembangan dari masa ke semasa perjalanan muktamar ini dan siaran langsung boleh disaksikan melalului http://muktamar55.pas.org.my/

Khamis, 4 Jun 2009

Isi ucapan Barack Obama di Mesir

barack obama bersembang bersama Hillary clinton yang bertudung
ketika melawat Masjid Sultan Hassan

seorang warga iraq melihat ucapan Obama di televisyen

Barack Obama sedang memberi ucapan di Universiti Kaherah, Mesir


Assalammualikum dan Salam perjuangan buat sahabat-sahabat sekalian..
Hari ini 4/Jun/2009 merupakan tarikh yang ditunggu oleh seluruh umat Islam di dunia kerana pada hari ini Barack Obama iaitu Presiden Amerika Syarikat yang baru telah datang ke Mesir dalam misi lawatannya ke Asia Barat dan Eropah.

Apa yang ditunggu bukan kedatangan Obama, tetapi ucapan pidato yang akan disampaikan oleh Obama itu sendiri yang amat-amat dinanti oleh dunia Islam. Obama telah berjanji ketika berkempen untuk pemilihan Presiden AS yang dimenanginya baru-baru ini yang dia akan berpidato di Negara Muslim untuk merungkaikan ketegangan dan persepsi dunia Islam terhadap AS. Kaherah telah dipilih oleh Obama untuk menyampaikan ucapannya di Cairo Universiti.
Ternyata ucapan Obama memberi harapan baru kepada dunia Islam dengan dia menyebutkan beberapa perkara yang berkaitan dengan dunia Islam dan dunia sejagat dengan pada satu ketika memetik maksud ayat al-Quran dalam surah al-Hujurat.

Mungkinkah ini satu petanda kepada terjalinnya kembali hubungan dunia Islam-AS ataupun hanya satu retorik ciptaan Obama untuk dunia melihatnya sebagai Mr.Clean di awal2 pemerintahannya.

Antara kata kunci dalam ucapan Obama sebentar tadi ialah :
1) Iran berhak untuk memiliki tenaga nuklearnya sendiri.
2) Israel perlu menghentikan segera pembesaran kawasan jajahannya di Palestin bagi memberi kembali hak tanah rakyat Palestin yang dirampas.
3) Seluruh dunia termasuk dunia Islam patut bersatu dalam memerangi pengganas.
4) Obama menyeru kepada dunia untuk memperbetulkan kembali persepsi buruk terhadap dunia Islam.

Dan banyak lagi..

Sama-sama kita tunggu tindakan Obama selepas ini adakah dia akan menunaikan janji-janjinya atau memungkirinya seperti presiden2 AS yang lain.

-Berita Redqalbi

Selasa, 2 Jun 2009

Barack Obama datang Mesir

Salam Perjuangan semua, semoga berada dalam rahmat Allah hendaknya..perjuangan yang tidak kenal erti tawaqquf ini mesti diteruskan walau badai apa pun yang menimpa kerana selagi syurga tidak dalam genggaman kita perjuangan ini dikira belum selesai wahai sahabat2.

Post Redqalbi pada hari ini bebas dari keserabutan dan kerimasan politik Malaysia yang makin tak menentu. Perkara yang nak diberitakan oleh RQ hari ini ialah tentang berita kedatangan Presiden Barack Obama iaitu Presiden Amerika Syarikat ke Mesir untuk menyampaikan pidato kepada seluruh dunia arab dan umat Islam pada 4 jun ini di Universiti Kaherah @ Cairo Universiti pada pukul 12.50pm menurut sumber yang kadang2 boleh dipercayai.

Pidato yang dirancang oleh BO ini sebenarnya salah satu manifesto BO dalam kempen pemilihan presiden Amerika baru2 ini yang mana dia berjanji akan berpidato di hadapan umat Islam di sebuah kota Islam untuk merapatkan hubungan Islam-Amerika yang mana disepanjang pemerintahan Bush hubungan ini tidak dititik beratkan dan selalu dicabuli oleh mangkuk ayun itu dan Mesir telah dipilih oleh BO. Sebab ape? Ntah la. Lu pk la sendiri.

Menurut sumber yang kadang2 boleh dipercayai jugak kedatangan BO ke Mesir telah direstui oleh dua Ulama' besar Mesir iaitu Syeikh Al-azhar dan Mufti Negara Mesir kerana melihat usaha dan niat BO itu sendiri adalah baik untuk umat sejagat. Syeikh al-Azhar jugak menawarkan mimbar masjid Al-Azhar sebagai tempat untuk BO menyampaikan pidato sulungnya di Negara umat Islam itu.

Sama-samalah kita nantikah apakah isi ucapan BO itu nanti. Adakah dia akan menunaikan janjinya untuk memulihkan hubungan Amerika-Islam.


Redqalbi: pelajar Mesir jangan dok sibuk p Cairo Universiti hari tu. Tido je kat rumah elok2. Jangan gatai2 kuar rumah. FBI banyak sekarang kat Kaherah.