Isnin, 8 Jun 2009

Rumah sudah siap cantik, pahat masih bising berbunyi.

Muktamar PAS baru sahaja berlalu dengan jayanya. Pelbagai usul dibahaskan dan diterima. 55 tahun berada dipersada politik tanah air dengan pelbagai mehnah dan tribulasi ditempuhi untuk berada ditahap yang ada sekarang.

PAS sebuah parti politik yang dilihat clean and clear dan mampu memimpin masyarakat majmuk tak kira bangsa. Maka tidak hairanlah kini ahli kelab penyokong PAS melebihi 20,000 orang dan bakal dinaik taraf sebuah sayap parti. Ini satu kejayaan besar yang jarang-jarang diperolehi oleh parti Islam yang harakahnya tak lari dari landasan syara'.

Namun di sebalik kejayaan besar yang tercipta ini masih ada segelintir ahli yang masih tidak faham dengan konsep amal ijtima'i dan amal jamaie.

Ini ilmu yang harus kita sebagai ahli dan pendokong gerakan Islam perlu tahu. Kerana ini membabitkan pembentukan fikrah islamiah yang tulen dan bukan celupan dari isme2 bawaan barat yang sesat lagi menyesatkan.

Tentang isu pemilihan pimpinan atasan yang sudah pun diketahui dan dimaklumi. Namun ada juga segelintir dari kita yang tidak faham tentang ilmu jamaie yang mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh ahli itu sendiri kerana pemimpin kesayangan mereka tidak terpilih. Lantas melakukan tuduhan demi tuduhan yang boleh menggugat kestabilan jamaah itu sendiri.

Jangan sampai kerana nila setitik habis susu selaut. Jangan sampai kerana anda seorang habis satu jamaah rosak walaupun ia nampak mustahil. Tapi sudah cukup untuk membiakkan kerja2 jahat dan kotor dek hasutan, celaan, tuduhan dan fitnah yang anda lemparkan kepada pimpinan.

Gunakanlah akal fikiran yang waras dan ilmu yang ada. Jangan kita nanti diketegorikan sebagai pengkhianat jamaah dan agama. Sanggup anda samakan jamaah yang suci ini dengan musuh yang terang-terangan memusuhi Islam dari jahar dan sirrnya..bukankah anda dulu yang nampak paling semangat melaung-laungkan slogan perjuangan. Kenapa kini setelah apa yang anda idamkan tidak dimiliki semua semangat itu anda buang dan humban. Ingat sahabat perjuangan, kita berjuang bukan kerana semangat, kita berjuang bukan keran pemimpin, kita juga berjuang bukan kerana wang ringgit. Kita berjuang kerana Islam. Kalau anda yakin inilah jamaah yang memenuhi ciri-ciri jamaah Islamiah, teruskanlah perjuangan bersama-sama kami. Kalau tak, pergilah mencari yang lain yang pasti memenuhi citarasa anda tanpa perlu meninggalkan najis fitnah dan celaan yang merosakkan jamaah yang suci ini.



Pintaku,
RedQalbi

Tiada ulasan: