Salam perjuangan, semoga rakan-rakan seperjuangan semua masih thabat dalam mengharungi detik2 getir pejuangan yang tidak sunyi dari diuji. Semoga dengan ujian yang Allah Taala hadiahkan kepada kita menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Sang Pencipta yang maha kuasa.
Hari ini kita dikejutkan dengan berita yang sangat2 menyedihkan menimpa saudara seakidah kita di Selatan Thailand. Wilayah yang bergolak sejak 5 tahun yang lalu itu mengkhabarkan kepada kita satu peristiwa tragis yang pastinya akan menyentuh hati dan perasaan orang2 yang beriman, orang2 yang kasihkan keamanan.
Peristiwa yang berlaku di hari isnin malam selasa yang lalu di Masjid al-Furqan, kampung Air Tempayan, Narathiwat itu terjadi ketika lebih kurang 25 jemaah sedang solat isya' yang diimamkan oleh Wan Abdullah latif ditembak dari jarak kurang 3 meter menggunakan Senapang Raifal-M16 oleh 2 orang berpakaian hitam dan penutup muka dari pintu belakang dan tepi masjid berkenaan. Ketika kejadian yang berlaku pada pukul 9 malam waktu Malaysia itu imam sedang membaca surah al-fatihah pada rakaat yang kedua.
Tembakan demi tembakan yang dilepaskan oleh 2 lelaki itu telah mengorbankan 10 orang di tempat kejadian termasuk imam dan 2 orang semasa di dalam perjalanan ke hospital Narathiwat. Manakala 11 orang lagi cedera parah dan kini dirawat dihospital. 2 orang lagi terselamat dan seorang darinya yang merupakan siak masjid tersebut sedang dirawat di hospital kerana serangan jantung akibat terkejut dengan apa yang berlaku. Kesemua mangsa yang terkorban telah dikebumikan di dalam satu liang di tanah perkuburan kampung Cho Airong....al-Fatihah.
::analisis berita redqalbi::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan