Sabtu, 13 Jun 2009
Hapuskan ' SIS ' dari bumi ini.
Salam perjuangan buat pejuang2 agama Allah sekalian. letakkan diminda bahawa kita adalah pewaris perjuangan Nabi dan Rasul terdahulu yang bertanggungjawab membawa panji2 Islam kepuncaknya dan mempertahankannya sebaik mungkin walau nyawa jd taruhan agar setiap detik kehidupan kita dirahmati dan mendapat nusrah dariNYA.
Muktamar PAS ke-55 yang lalu telah membahaskan beberapa usul termasuk 12 usul yang diterima tanpa bahas oleh para perwakilan.
Antara usul-usul itu, ada satu usul yang menarik sehingga membawa kepada bantahan, kritikan dan kemarahan sesetengah pihak. Tidak kurang juga yang memberi respon yang baik. Usul yang berbunyi 'mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas Sister In Islam yang membawa fahamah Islam Liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya'.
Usul ini mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk daripada rakan2 PR daripada DAP dan PKR kerana dikatakan menghalang kebebasan rakyat berpesatuan dan berorganisasi. Ada juga yang mengatakan PAS melakukan kesilapan kerana melululuskan usul ini.
Ya Allah, kenapa bebal sangat orang2 Islam sekarang ni. Bukan masalah berpesatuan yang jadi masalahnya. Sudah jelas lagi tersuluh dengan kesesatan ahli2 SIS ini kerana sanggup mengatakan Quran yang suci dan dipelihara oleh Allah sampai kiamat ini perlu dikaji semula.
Siapa korang nak cakap macam tu? Kenapa? Dah banyak sangat ilmu sampai kata Quran tu salah. Kebiadapan ahli2 SIS ini sebenarnya sudah lama disedari oleh para Ulama' di Malaysia termasuk majlis fatwa kebangsaan yang telah mengeluarkan perbagai fatwa mengenainya, tetapi kerana negara ditadbir oleh orang2 yang jahil maka inilah akibatnya.
SIS ini diasaskan oleh wanita paling kontrovesi dan paling celaka dalam dunia iaitu Amina Wadud yang telah menjadi imam solat jumaat dan berkhutbah kepada 100 orang lelaki disebuah gereja di New York pada 18 mac 2005 yang mana di dalam solat itu telah bercampur saf antara lelaki dan perempuan. Dan ramai diantaranya tidak menutup aurat. Ini salah satu penghinaan terhadap Islam yang suci oleh SIS.
Telah jelas SIS adalah pembawa fahaman Islam Liberal yang jaringannya luas di seluruh dunia ke Malaysia. Fahaman yang sesat ini sangat2 merbahaya kepada umat Islam di Malaysia kerana boleh mengganggu gugat keimanan dan akidah orang2 yang cetek pengetahuannya dan kepada Muallaf yang baru mengenal agama Islam.
Mufti Perak, yang merupakan salah seorang ahli Majls Fatwa kebangsaan dalam kenyataannya turut menyokong usul ini yang disifatkannya bagus kerana pendapat2 yang di keluarkan oleh SIS banyak yang menyimpang daripada lunas2 syara' terutama mengenai pembahagian harta pusaka dan poligami yang mereka katakan menindas kaum wanita yang sedang mereka perjuangkan. sedangkan, pemimpin atasan mereka tidak mengikut lunas2 syara' seperti tidak menutup aurat. Gila, bodoh dan bebal mungkin ini perkataan yang sesuai bagi mereka.
Persoalan yang menjadi kepelikan di sini ialah, kenapa ada orang Islam yang bermatian2 mempertahankan pertubuhan sesat ini sedangkan jelas mereka menyimpang dari syariat yang sebenar. Cuba fahamkan usul di atas. Desakan pengharamannya bukan mutlak tetapi telah dikait dengan 'sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat'. Kenapa mereka perlu takut dan bising sekiranya tidak bersalah? Kalau betul perjuangan mereka, teruskanlah..tiada sapa yang nak kacau.
Kepada penyokong2 SIS yang rasmi atau tidak, jangan sampai Allah turunkan bala baru nak sedar dengan apa yang korang lakukan.
Ulama' di Malaysia bukan pekak dan bisu. Bertindaklah mengikut kuasa yang ada walaupun bukan mutlak milik kita. Keluarkanlah fatwa secepat mungkin bagi mengekang kumpulan ini dari menyesatkan anak2 kita. Mereka ada manusia dan kerajaan di belakang, tetapi kita ada Allah dan kerajaanNYA di setiap penjuru perjuangan kita.
Pintaku,
RedQalbi
Label:
Fiqiranku,
isu semasa
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
pembetulan.....
1) org2 islam yang bantah usul suapaya diadakan penyelidikan dan pengharaman SIS, bukan org islam yang bebal tu..kalau melayu sekalipun mungkin melayu yg sengal ataupun mengong..
2) orang yang bermati2an memperthankan penubuhan sesat ini..pon sama bukan org islam..org Islam takkn hina agama sendiri.kalo ada pon, tu bkn org islam ttp melayu yang bebal..
3) pendapat mufti yg menyokong usul trsebut di mktamar baru2 ni, bkn sekadar beliau mmberi pndangn malah semua pihak wajib main peranan.sudah terang lagi bersuluh..MARUAH ISLAM SEMAKIN DIROBEK..
Allah...
Catat Ulasan