Isnin, 15 Jun 2009

Pejuang datang dan pergi.




Salam perjuangan dan salam sejahtera buat pejuang2 agama Allah yang maha mulia. Semoga sehingga ke saat ini hati2 kita masih Allah thabatkan dalam meneruskan misi dakwah yang terpundak buat kita semua.

Semalam 14/6/09 kita mendapat satu berita mengejut dan menyedihkan di mana telah perginya seorang mujahid agung yang thabat dalam perjuangannya sehingga ke nafas terakhir iaitu almarhum Syeikh Dr. Fathi Yakan pada usia 76 tahun di Lubnan kerana derita sakit angin ahmar. Satu kehilangan yang amat2 dirasai oleh dunia gerakan Islam seluruhnya. Pemergian almarhum telah meninggalkan pelbagai khazanah ilmu gerakan Islam hasil dari penulisan almarhum yang banyak dan digunakan oleh pergerakan Islam seluruh dunia sebagai manhaj usrah2 mereka. Semoga roh almarhum diletakkan sebaris dengan para syuhada'. Al-fatihah..

Hari ini merupakan permulaan bagi perjuangan 'Member of Parliament' Bukit Gantang yang baru iaitu seorang yang tak perlu diperkenalkan lagi susuk tubuhnya dek kepopularannya yang meledak selepas berjaya mengetuai kerajaan negeri Perak yang selepas itu dirampas oleh sicelaka yang rakus secara tidak bermoral dan tidak bertamadun. Beliau dimaksudkan ialah Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin. Insan biasa berjiwa besar yang menjadi fenomena dan aura seluruh Malaysia.

Hari ini merupakan hari mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen bagi beliau semperna pembukaan sidang parlimen kali ke 2, penggal ke 2 parlimen ke 12.

Perjuangan pertama beliau di parlimen bermula dengan mehnah apabila beliau dihalau dari dewan selepas 5 minit mengangkat sumpah sebagai MP yang baru kerana melaungkan 'bubar dun dan hidup rakyat' sambil mengikat kepala dengan kain yang ditulis bubar dun. Laungkan itu diikuti oleh beberapa MP PR yang lain akibatnya beliau dan 6 MP yang lain dihalau dari dewan dan dikhabarkan digantung untuk menghadiri sidang selama 2 hari atas kesalahan 'berkelakuan kasar' oleh speaker pendekar Bn. Kesalahan yang direka2.

Teruskan perjuangan Dato' Seri, kami sentiasa menyokong perjuangan Dato' Seri untuk memberikan kembali hak rakyat Perak yang rampas secara hina. Percayalah dengan janji Allah yang akan memberikan kemenangan bagi orang2 yang benar dan bersabar. Cuma masanya belum tiba. Moga Allah tabahkan hati Dato' Seri. Takbir... ALLAH AKHBAR..


Redqalbi : teringin berjumpa dan bersalaman dengan Ds Nizar. Moga Allah perkenankan. Amin..

Tiada ulasan: