Jumaat, 29 Julai 2011

Amukan ultraman: Firaun kecik menggunakan kuasa Raksasa!!

Sekali lagi aku terjaga dari tidur yang panjang.blog tak diupdate dengan tulisan sendiri akibat kemalasan tahap ultraman.kini ultraman rajin dah kembali memanaskan suasana.

Selepas 9 julai banyak peristiwa dah terjadi kepada institusi demokrasi ala2 rimba buatan manusia.yang di malaysia,malaysia la.standard la huru hara.yang aku nak hebohkan porak perandanya hak mahasiswa di mesir ni.akibat tangan2 bernajis puak2 tak mau Islam ni,habis dilanggarnya orang2 yang mereka tak nak.Firdaus Mazlan atau nama comelnya Alang telah dinafikan haknya untuk menghabiskan pengajian di Dar al-ifta' akibat BERSIH 2.0.kezaliman ini tidak boleh dimaafkan dunia akhirat,aku cakap betul.geng2 ni memang tahap firaun.Alang seorang pelajar cemerlang,aku kenal dia.aku kagum dengan dia.tapi dilempar taik kepadanya dan puak2 anti-Islam ini menyalahkan pihak dar al-ifta'.baling taik,sembunyi dalam punggung.Allah maha melihat kerja buat makhluknya.mereka boleh lari dari manusia,tetapi dengan Allah tiada yang tersembunyi.Allah akan buka aib mereka.

sebut pasal aib,teringat aku pada akak KJ BOCOR.Segala kerja jahat ala firaun kj telah dibongkarkan satu persatu,aku dah kata,Allah maha adil.Dia takkan lepaskan mereka ni dari dunia lagi.Allah dah jamin akan dengar doa orang yang dizalimi walaupun dari seorang kafir.banyak dah bukti Allah melaknat orang melayu yang jahat kat mesir ni.sampai bila nak jahat?

Saranan aku pada kawan2,teruskan berdoa dan berdoa,jangan putus harap dengan Allah,tambah2 yang telah dizalimi.pelajar2 perak pun tak terlepas.black list katanya mengikut sumber pencacai.nama aku pun ada sekali.mereka nak buat apa?PRU nak dekat dah,sat jer dapat rasa benda haram ni.sampai masanya jatuhlah kome dengan hinanya.jangan cabar mahasiswa Islam,kami ada prinsip & pegangan.kamu ada kezaliman dan kuasa,kami ada Allah dan tenteraNYA

Ahad, 24 Julai 2011

Memo bantah cabul hak mahasiswa catat sejarah

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.

Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.

"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.

"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi.

Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.

Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.

Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa.

Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu.

"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,” kata Nuruddin mengakhiri perbualan.

2,000 sertai solat hajat

Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa.

Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.

Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.

Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.

Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.


Ahad, 17 Julai 2011

Dr. Lo' Lo' meninggal dunia Kerana Barah



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 17 Julai: Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali(gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.

Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Ugutan Tarik Tajaan Mahasiswa: Ingatlah Kuasa ALLAH

jurusmujahid

" Ugutan bagi menarik balik penajaan pendidikan terhadap mahasiswa mesir yang terlibat dengan himpunan aman BERSIH di Mesir baru-baru ini dianggap satu pencabulan hak keatas mahasiswa dan rakyat Malaysia.

Merujuk kepada ucapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu, Saiful Bahri Baharuddin didalam akhbar Sinar Harian yang bertajuk “Tarik balik tajaan pengajian” yang ditujukan kepada mahasiswa Mesir.

Saya selaku mahasiswa di Mesir ingin melahirkan kebimbangan kerana kebebasan bersuara sebagai rakyat Malaysia semakin terhakis dan lumpuh. Ucapan saudara Saiful Bahri sangat memalukan dan menunjukkan beliau seorang yang sangat dangkal.

Timbul persoalan, apakah hasil sumber kewangan kerajaan Malaysia yang digunakan selama ini datang dari pihak umno sahaja? Tidakah ia dibayar oleh rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik?

Sebagai mahasiswa kami tidak mudah untuk diperbodoh dan dipergunakan dengan tipu helah. Kami ada hak untuk melahirkan pandangan dan membuat teguran demi kebaikan Negara Malaysia yang tercinta.

Adakah saudara Saiful Bahri sedar bahawa Malaysia sedang diketawakan dunia hari ini oleh tindakan tidak bijak dari pemimpin umno? Rakyat mesir pun tahu erti kebebasan..

Kami bukan penentang dan anti kerajaan tapi kami pantang melihat kezaliman dan kejahatan. UMNO usah bimbang jika kalian berada dipihak yang benar kerana kebenaran pasti akan dijulang.

Kebebasan bersuara adalah antara hak yang dipelihara oleh agama Islam dan ia patut didokong oleh semua rakyat Malaysia dan kerajaan bestari.

Kita sepatutnya tidak lupa terhadap kuasa yang maha agung yang lebih berkuasa dari segala-galanya. Kembalilah kita merujuk kepada al-Quran dan Sunnah nabi Muhammad S.A.W yang menjadi petunjuk buat pencinta kebenaran.

Usah kita takut dengan ugutan sementara pihak-pihak tertentu diatas dunia ini. Lihatlah bagaimana kesungguhan nabi Musa menyampaikan dakwah Islam walaupun terpaksa melawan firaun yang pernah memberikan biasiswa dari anugerah Allah itu ketika nabi Musa kecil.

Sesungguhnya Islam sentiasa dipelihara Allah S.W.T dan pastinya Islam tetap dijulang menjadi khilafah!!


Usah Bermain Api Jika Takut Melecur,
Suara Mahasiswa Suara Keramat.

Revolusi: Zambry lupa rampasan kuasa di Perak

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Dewan Pemuda PAS negeri Perak mahu Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sedar bahawa BN lah yang telah melakukan "revolusi" merampas kerajaan negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Sambil mendakwa Zambry tidak layak bercakap tentang revolusi, timbalan ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss mahu menteri besar BN itu mengingat kembali bagaimana kerajaan BN mendapatkan mandat di negeri itu.

"Adakah Zambry lupa cara Umno BN mendapat semula mentadbir kerajaan negeri, adakah dengan cara terhormat," soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai membidas kenyataan Zambry bahawa himpunan Bersih (2.0) 9 Julai lalu adalah mahu melakukan revolusi menggulingkan kerajaan dengan demonstrasi jalanan.

Beliau mendakwa himpunan Bersih 2.0 sama dengan revolusi yang berlaku di beberapa buah negara luar seperti di Tunisa, Syria dan Mesir.

Mengulas lanjut, Raja Ahmad berkata jika himpunan Bersih 2.0 dianggap revolusi menjatuhkan kerajaan, bermakna rampasan kuasa oleh BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Perak adalah revolusi yang lebih kotor dan jahat.

"Dalam proses demokrasi yang ada, siapakah yang menggunakan pendekatan jahat dalam negara kita?

"Bukankah dalam sejarah politik tanah air, BN seringkali melakukan kaedah kotor yang boleh disifatkan dengan cara revolusi...adakah BN telah melakukan revolusi di Perak?", soalnya lagi.

Revolusi BN dalam kes rampasan kuasa di Perak katanya secara jelas melanggar prinsip demokrasi dan undang-undang dengan menafikan hak rakyat yang memilih pemimpin mereka di dalam sistem pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau mahu Zambry tutup mulut jika tidak mahu mendedahkan pekung sendiri.

Ahad, 3 Julai 2011

PM 'Esam Sharf kena "kad kuning", KDN Mesir "kad merah", kena keluar 'padang'



Simbolik kepada sebuah perlawanan bolas sepak, Perdana Menteri Mesir, Dr.Esam Sharf dilayangkan "kad kuning" oleh para penunjuk perasaan yang menyaksikan ratusan membanjiri dataran Tahrir selepas solat Jumaat semalam dengan dinamakan "Jumaat Qisas" iaitu Jumaat untuk pembalasan bunuh bagi mereka yang membunuh. Mengembalikan kenangan beberapa bulan lalu sebelum kejatuhan Mubarak, mereka sekali lagi melaungkan perkataan "Asya'ab Yurid Isqatan Nizom" seperti yang pernah dilaungkan di tempat yang sama sebelum 25 Januari.

Semalam mereka berkumpul sekali lagi terutama kalangan keluarga dan sahabat mereka yang terkorban dalam revolusi sebagai isyarat kepada kerajaan Mesir pada hari ini yang dilihat "ke arah kegagalan" dalam memenuhi tuntutan mereka terutama bagi melihat Mubarak dibicarakan. Oleh itu, dalam tunjuk perasaan semalam, mereka sama-sama mengangkat "kad kuning" terhadap PM Mesir sebagai "amaran pertama" mereka dan sedia memberikan peluang sekali lagi selepas ini. Namun, amat malang bagi Menteri Dalam Negeri, Mansur 'Isawi yang terus dilayangkan "kad merah" dengan bermaksud peluang kepada beliau yang menjawat jawatan tersebut pada Mac 2011 telahpun tamat. Ini kerana sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga keamanan dalam negara, siasatan terhadap Mubarak dan mereka yang terbabit dengan pembunuhan para penunjuk perasaan masih belum menampakkan hasil. Oleh itu, mereka meminta 'Isawi meletakkan jawatan.

PM Esam Syarf (gambar atas) dan Menteri Dalam Negeri Mansur 'Isawi (gambar bawah)


Tunjuk perasaan yang diadakan di Tahrir semalam turut menyaksikan ucapan dari Dr.Mazhar Syahin, imam dan khatib Masjid 'Umar Makram, masjid berdekatan kompleks di dataran Tahrir yang dikenali sebagai "khatib revolusi" kerana sepanjang revolusi lepas, beliau banyak memberikan khutbah jumaat ketika solat Jumaat didirikan di dataran tersebut.Buat pertama kalinya semalam juga, pihak penganjur memberikan peluang kepada beberapa orang ibu kepada pemuda dan anak-anak yang terkorban dalam revolusi. Semua mereka yang berucap dengan nada yang satu mendesak Mubarak dibicarakan dan tidak seharusnya Mubarak dilayan di hospital dengan layanan "hotel lima bintang".

Mereka juga sepakat tidak akan menanggalkan pakaian perkabungan mereka iaitu pakaian hitam sehingga Mubarak dan konco-konconya dihukum. (Wanita Mesir akan mengenakan pakaian serba hitam sebagai tanda berkabung apabila berlaku kematian terhadap ahli keluarga).

Jumaat, 1 Julai 2011

Tergadainya Sebuah Lagi Khazanah Negara Berusia 80 Tahun



Pengunjung tangisi detik terakhir stesen kereta api Tanjong Pagar



SINGAPURA: Sejurus selepas tren terakhir meninggalkan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar tepat pada 11 malam tadi, Mohd Ayub Embong terus bergerak ke pejabatnya yang terletak 50 meter dari situ.

Di pejabatnya itu, Mohd Ayub, yang merupakan Pengurus Operasi stesen berkenaan, memastikan segala dokumentasi yang diperlukan bagi menutup operasi stesen itu secara rasmi siap menjelang detik 12 tengah malam.
Segala gerak-geri beliau menyiapkan dokumen terakhir itu diperhatikan dengan penuh minat oleh pengunjung dan jurugambar media yang mahu merakamkan detik-detik terakhir perkhidmatannya di situ.
Walaupun sibuk menyiapkan tugasnya yang perlu diselesaikan sebelum tengah malam itu, Mohd Ayub itu kerap "diganggu" oleh permintaan demi permintaan daripada pengunjung untuk mengambil gambar bersamanya.



"Terima kasih tuan di atas segala-galanya," merupakan ungkapan daripada pengunjung warga Singapura yang beremosi selepas bersalaman dan berpelukan dengan pengurus stesen Tanjong Pagar yang terakhir itu.

Mohd Ayub hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa.

Ditanya oleh wartawan tentang perasaannya ketika beliau menyiapkan dokumen terakhir sebelum stesen itu ditutup selepas 80 tahun beroperasi, beliau menjawab: "Sudah pasti sedih."
Sepuluh minit sebelum tengah malam, pengurus kanan operasi Stesen Keretapi Gemas, Abdul Aziz Said, memasuki pejabat Mohd Ayub yang semakin sesak dengan pengunjung ketika detik penuh bersejarah itu semakin dekat.

Abdul Aziz adalah pegawai kanan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertanggungjawab memeriksa semua dokumen yang diperlukan, sebelum operasi stesen itu ditutup secara rasmi.

Selepas memeriksa semua dokumen itu, beliau menurunkan tandatangannya dalam Buku Lawatan stesen berkenaan menandakan semua proses menutup operasi Stesen Kereta Api Tanjong Pagar itu berjalan lancar.

"Selepas 12.01 tengah malam ini, operasi Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura ini tamat secara rasmi dan tidak akan ada lagi sebarang komunikasi dari stesen ini," kata Abdul Aziz sambil bersalaman dengan Mohd Ayub.

Suasana dalam pejabat Mohd Ayub itu diselubungi perasaan emosi pengunjung yang berpusu-pusu berpelukan dengan Abdul Aziz dan Mohd Ayub ketika jam semakin hampir menunjukkan 12 tengah malam.

Ramai pengunjung dan kakitangan KTMB yang berada di dalam pejabat itu tidak dapat mengawal perasaan, menangisi detik-detik terakhir operasi stesen yang merupakan antara lambang kepada usaha merapatkan hubungan rakyat kedua-dua negara.

Tepat pada tengah malam, Mohd Ayub, Abdul Aziz dan beberapa kakitangan KTMB yang terakhir menarik pintu penutup stesen itu buat kali terakhir. - BERNAMA

Jumaat, 24 Jun 2011

Tuntutan Bersih selari dengan Islam


Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Jun: Tuntutan Bersih yang bermatlamatkan agar pemilihan pucuk pimpinan negara melalui pilihan raya yang telus dan bersih adalah selari dengan tuntutan Islam.

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib (gambar) berkata, ini adalah kerana Islam menganjurkan agar pengikut-pengikutnya tidak melakukan pengkhianatan dalam menunaikan amanah mengurus tadbir negara ini.

“Bahkan sebaliknya, perbuatan yang zalim lagi jahat yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang beragama Islam maka hukumnya adalah haram diikuti oleh umat Islam walaupun datang dari Umno,” jelasnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Lapan tuntutan Bersih ialah mendesak SPR membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, perkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Tegas Ustaz Harun yang juga Adun Manir, kebenaran tidak mengenal warna kulit, bangsa dan parti.

Beliau berkata, pihak Umno BN sewajibnya sedar bahawa Islam adalah agama kebenaran dan akan mempertahankan kebenaran.

Islam juga, katanya adalah agama yang bencikan kezaliman dan kejahatan.

Oleh kerana itulah, jelasnya menyebarkan dan mempertahankan kebenaran adalah suatu usaha dan jihad yang mulia.

Begitu juga, katan beliau memastikan kemungkaran dan kezaliman dihapuskan juga adalah suatu jihad yang sangat dituntut.

“Apa sahaja tindakan, perbuatan, perkataan dan pendirian yang mempertahankan kebenaran maka ianya wajib disokong dan didokong oleh seluruh umat Islam tanpa mengira perbezaan agama, warna kulit dan kepartian,” katanya lagi.

Ini, ujarnya adalah kerana Islam itu adalah benar dan benar itu adalah Islam.

“Sekalipun tindakan dan pendirian itu datang daripada mereka yang bukan Islam. Membela kebenaran dan menolak kezaliman adalah wajib.

“Ianya merupakan suatu hukum taklifi selagi mana ianya tidak bercanggahan dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam,” ujarnya.

Tambahnya, adapun dakwaan yang menyatakan bahawa PAS tidak konsisten dan mengamalkan Islam bermusim, maka Dewan Ulamak PAS meminta supaya pihak Umno memberikan bukti di manakah PAS telah meninggalkan prinsip Islamnya.

Beliau mengulas laporan Utusan semalam bertajuk “Bukti PAS tidak konsisten dalam perjuangan Islam”.

Akhbar tersebut mengecam tindakan PAS yang sanggup bekerjasama dengan pihak Bersih yang dipimpin oleh Datuk Ambiga Sreenevasan yang didakwa merupakan individu yang tidak mempunyai inspirasi yang selari dengan prinsip perjuangan PAS.

Utusan memetik kata-kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal yang berkata “Pas mengamalkan konteks agama bermusim dan bertempat. Jika sesuai dengan ideologi politik, mereka akan ikut. Langsung tak konsisten dari segi amalan agama dan politik.”

Tegas Ustaz Harun, seluruh rakyat Malaysia tidak buta bahawa PASlah yang memperjuangkan Islam PAS juga yang memperkenalkan hukum Islam di Kelantan dan Terengganu.

“Hukum Jenayah Kanun Islam tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di kedua-dua negeri itu adalah kerana berpunca daripada halangan yang dilakukan oleh pihak kerajaan pusat pimpinan Umno BN.

“Senarai kegagalan Umno BN dalam membela hak Islam di negara adalah terlalu banyak yang tidak mampu ditulis oleh tinta di dalam ruangan yang terhad ini,” ujarnya.

SMS ugut bunuh Ambiga, pemimpin Pakatan diedarkan

Beberapa wartawan dan ahli Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung ugutan bagi membunuh pemimpin NGO itu dan Pakatan Rakyat lewat malam semalam dan awal pagi ini.

SMS yang dihantar dari nombor telefon 601119732179 memuatkan ugutan bunuh ke atas pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan juga beberapa pemimpin PAS serta PKR yang akan terbabit pada perhimpunan 9 Julai bagi menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Ambiga, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan beliau menerima SMS itu.

"Ya, saya juga terima dan akan buat laporan polis,” katanya.

SMS itu berbunyi: "Korg ni buta hati ke?? buat apa sokong ambiga keling paria haramjadah tu? dia ni kapir laknat. korang tau tak dia ni jadi alat anjing2 politik untuk musnahkan keutuhan melayu. dia kata je nak BERSIH kan SPR. bersih kepala bapak dia.

“puak2 PAS n PKR pun buta tuli n pekak badak.. kalau SPR tak bersih, boleh ke diorang menang kat Sgor, Kedah, Penang, Kelantan n perak dulu? DAP cina sial tu pulak lagi haram jahanam. dia tengok je melayu bertekak. hujung2 dia perintah negara ni dan kristiankan kita semua. aku nak kasi amaran kat korang semua.

“kalau perhimpunan ni jadi, aku dan org2 aku akan bunuh ambiga dan korang2 keliling dia satu persatu, termasuklah orang2 politik bangang yg bersekongkol ngan kafir laknat tu.. ini amaran aku. Korang tengokla nanti."

Ahad lalu, kumpulan pendesak Melayu - PERKASA yang diketuai oleh presidennya, Datuk Ibrahim Ali juga membakar dan memijak gambar Ambiga pada satu perhimpunan dan memanggilnya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya".

Identiti Anonymous Dikenalpasti dan didedahkan


WICKFORD, Britain - Identiti individu yang disyaki mengetuai ketua kumpulan penggodam komputer global, LulzSec didedahkan semalam sebagai pelajar pintar berusia 19 tahun, Ryan Cleary.

Sebuah akhbar melaporkan dia dipercayai mendalangi operasi pencerobohan siber tersebut dengan menggunakan dua buah komputer di bilik tidurnya di banglo milik ibunya di sini.

Ryan ditangkap dalam operasi bersama oleh polis Scotland Yard dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di kediaman ibunya, Rita, 45, yang berharga £330,000 (RM219,545) kelmarin.

"Kemungkinan besar bandar ini merupakan pusat pergerakan untuk menggodam rangkaian komputer milik kerajaan-kerajaan di dunia," kata seorang pakar komputer kelmarin

Pelajar itu kini direman di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

Ibunya yang merupakan seorang jururawat memberitahu, Ryan banyak menghabiskan masa di sisi komputernya.

Jelas Rita, anaknya mempunyai sejarah sakit mental dan menghidap agorafobia iaitu penyakit dihantui perasaan takut ketika berada di tempat terbuka tetapi dia seorang yang amat pintar.

Sumber-sumber polis berkata, sejumlah maklumat dan data dirampas daripada sebuah komputer miliknya.

Pihak berkuasa percaya Ryan merupakan 'orang penting' LulzSec, yang mendakwa bertanggungjawab mencuri nama, alamat, data bank dan kata laluan 77 juta pelanggan rangkaian permainan Internet, Sony Playstation.

Selain Sony dan satu lagi firma permainan video, Nintendo, LulzSec turut menceroboh rangkaian komputer Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Agensi Perisikan Pusat (CIA) dan Senat Amerika Syarikat (AS).

LulzSec merupakan kumpulan serpihan geng penggodam Anonymous yang melancarkan serangan siber ke atas firma MasterCard dan PayPal pada tahun lalu.