Jumaat, 16 Julai 2010

Ambil wang rakyat untuk bayar APCO - Anwar


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertikaikan tindakan menaikkan harga barangan termasuk petrol seolah-olah Perdana Menteri sanggup mengambil wang rakyat untuk membayar bil APCO bagi memulihkan imej beliau.

"Di mana letaknya maruah seorang Perdana Menteri yang mengambil wang rakyat atas nama penstrukturan subsidi dan digunakan untuk membayar perunding asing seperti APCO sehingga mencecah RM77 juta setahun semata-mata untuk menaikkan imej beliau, sedangkan bayaran kepada APCO itu hampir sama jumlahnya dengan anggaran penjimatan subsidi gula sebanyak RM126 juta (seperti diumumkan PEMANDU)," kata Anwar.

Beliau mengulas kenaikan pelbagai jenis barangan mulai hari ini berikutan penarikan balik subsidi untuk rakyat oleh kerajaan.

Anwar mengecam tindakan itu kerana walaupun Dewan Rakyat telah bersidang sejak 7 Jun 2010, namun pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula langsung tidak dibincangkan di Dewan yang mulia itu.

Pengumuman ini membuktikan Perdana Menteri dan kabinetnya tidak menghormati kedudukan Dewan Rakyat sebagai sidang tertinggi yang mewakili rakyat Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata demikian dalam kenyataan bertulis yang dikeluarnya hari ini.

Bagi beliau, tindakan ini dibuat kerana Datuk Sri Najib sedar ahli parlimen baik dari Pakatan Rakyat mahupun dari Barisan Nasional tidak akan menyokong beliau kerana tindakan menaikkan harga tanpa menyediakan bantuan lain kepada rakyat adalah kebijakan yang tidak prihatin terhadap rakyat keseluruhannya.

Hakikatnya, kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini adalah tidak bertanggungjawab kerana tidak ada tindakan proaktif untuk menyediakan mekanisme bantuan kepada golongan yang paling terkesan dengan kenaikan ini, sebelum pengumuman dibuat, katanya.

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan rancangan pemotongan subsidi ini sejak tahun 2008 lagi atas alasan untuk menstrukturkan semula pemberian subsidi agar ia lebih memihak kepada golongan yang memerlukan.

Sehingga kini, rakyat masih tertunggu-tunggu mekanisme bantuan tersebut. Pada masa yang sama, kenaikan demi kenaikan diumumkan.

Kenaikan harga gula sebanyak 28% sejak awal tahun ini (kenaikan 20 sen pada 1 Januari 2010, diikuti kenaikan 20 sen berikutnya pada 16 Julai 2010) sudah tentu akan mempunyai kesan kepada harga makanan.

Kesan berganda daripada kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula ini akan memberi tekanan kepada golongan berpendapatan rendah di bawah RM2,000 sebulan, yang mana 75% adalah Bumiputra yang kononnya dibela oleh Barisan Nasional.

Bagi Anwar, bekas Menteri Kewangan itu, sasaran penjimatan sebanyak RM750 juta yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah sedikit berbanding dengan keborosan dan pembaziran yang berlaku akibat kelalaian Barisan Nasional.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri telah mencecah RM3.8 billion pada tahun 2009 dan dijangka mengatasi peruntukan RM3.9 billion bagi tahun 2010.

Ini termasuklah perbelanjaan Sekretariat Mantan Perdana Menteri dan Sekretariat Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri.

Malah, katanya, penjimatan RM750 juta itu tidak setanding dengan kerugian yang ditanggung rakyat apabila konglomerat milik rakyat iaitu Sime Darby mengalami kerugian sebanyak RM946 juta dan menerima pula pampasan dari kerajaan berjumlah RM700 juta.

"Membebankan rakyat atas alasan mengurangkan defisit dan menggunakan penjimatan untuk menampung keborosan kerajaan seperti ini perlu dihentikan segera," tegas beliau.

"Pun begitu, saya tidak menolak bulat-bulat kaedah penstrukturan semula subsidi untuk memastikan lebih banyak bantuan sampai terus kepada golongan 75% di bawah pendapatan isi rumah RM2,000 sebulan.

Penjimatan dari pengurangan subsidi sepatutnya disalurkan terus kepada golongan ini melalui mekanisme-mekanisme yang perlu diumumkan serentak dengan kenaikan harga,tambah Anwar.

"Saya menuntut supaya Perdana Menteri mengumumkan secepat mungkin bagaimanakah penjimatan RM750 juta ini akan dibelanjakan untuk rakyat.

"Nasihat saya supaya penjimatan ini disalurkan dalam bentuk kenaikan peruntukan untuk institusi pengajian tinggi, pelaburan baru dalam bidang pendidikan dan bantuan kebajikan terus kepada golongan berpendapatan di bawah RM2,000 agar penjimatan itu sampai terus kepada rakyat," katanya.

Sebelum ini pun, kerajaan telah menggunakan alasan mengurangkan defisit apabila menaikkan harga minyak dan keperluan asas. Tindakan ini sedikit pun tidak membantu menyelesaikan masalah defisit negara, malah ia makin meningkat.

Bagi tahun 2008, di kemuncak kenaikan harga minyak, defisit negara melonjak kepada 4.8% berbanding 3.2% bagi tahun sebelum itu. Keadaan ini berlaku kerana kerajaan tidak berdisiplin dan tidak ada iltizam politik untuk menyalurkan penjimatan dari pemotongan subsidi ke sektor-sektor yang benar-benar memerlukan, sedangkan pembaziran dan kerugian terus berlaku.

"Sebab itu, saya telah menegaskan berkali-kali bahawa ubat yang paling mujarab untuk memulihkan ekonomi negara adalah reformasi ekonomi yang menyeluruh, bukannya tertumpu kepada golongan lemah semata-mata," katanya.

Perdana Menteri tidak boleh meminta rakyat mengubah cara hidup, sedangkan kroni-kroni, ahli politik, golongan elit dan berkepentingan terus menikmati subsidi korporat seperti subsidi gas kepada penjana bebas yang menelan belanja RM18.9 billion setiap tahun, 25 kali ganda lebih besar dari penjimatan akibat potongan subsidi yang diumumkan semalam.

Sehubungan itu Anwar menggariskan empat langkah segera yang perlu diambil oleh Perdana Menteri untuk meyakinkan rakyat bahawa pengorbanan mereka menanggung harga yang lebih tinggi untuk mengekang defisit adalah berbaloi:

1. Mengumumkan penambahbaikan drastik kepada kaedah dan sistem perolehan yang diamalkan kerajaan agar lebih telus dan mendapatkan nilai terbaik untuk rakyat;

2. Menstrukturkan semula pemberian subsidi gas kepada IPP agar penjimatan ini dapat disalurkan kepada rakyat;

3. Mengawalselia prestasi syarikat berkaitan kerajaan dan agensi yang dipertanggungjawabkan menjaga dana awam bagi mengelakkan kerugian berbillion ringgit yang ditanggung rakyat; dan yang terpenting

4. Membuktikan keikhlasan dalam perang menentang rasuah dengan menghentikan campur tangan politik di dalam SPRM dan Jabatan Peguam Negara.

Rakyat akan ternanti-nanti tindakan susulan Perdana Menteri jika benar Barisan Nasional ikhlas dalam menangani kekusutan ekonomi negara.

Jika tidak, pengumuman kenaikan harga petrol, diesel, LPG dan gula semalam hanyalah sambungan kepada rentetan penindasan rakyat berpendapatan rendah demi golongan elit dan kroni, tegasnya.

Rasuah ancaman utama berbanding perkauman

Dzulfikar Mashoor/harakahdaily

KUALA LUMPUR, 16 Julai: Tinjauan Merdeka Center pada Januari hingga April tahun ini mendapati anak muda tidak lagi menganggap tuntutan hak kaum-kaum lain sebagai ancaman utama pada kehidupan mereka.

Sebaliknya, daripada 3,141 responden berusia 19 tahun dan ke atas, 70 peratus bersetuju bahawa budaya rasuah di kalangan pemimpin adalah ancaman utama pada kedudukan Melayu.

Pun begitu, 59 peratus remaja Melayu dan Bumiputera berpendapat bahawa Melayu/Bumiputera wajar terus diberikan hak keistimewaan dalam negara.

Mungkin disebabkan tanggapan demikian, sebanyak 46 peratus responden di kalangan bukan Melayu-Bumiputera pula menganggap bahawa gagasan Satu Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai agenda politik untuk memujuk hati pengundi bukan Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Lebih menarik, analisis Merdeka Center mendapati kesedaran politik di kalangan anak muda tidak lagi meletakkan keyakinan yang kuat pada kerajaan sedia ada.

Malah, dilaporkan mereka turut tidak bersetuju bahawa Melayu-Bumiputera harus disatukan di bawah Umno.

Sebaliknya, menurut analisis tersebut, perpaduan Melayu-Bumiputera lebih wajar diberikan pada pihak lain.

Rumusan serta analisis penuh berhubung Tinjauan Nilai Politik Rakyat Malaysia terbaru yang didedahkan Selasa lalu boleh dimuat turut dari sesawang rasmi Merdeka Center, http://www.merdeka.org.

Sama ada, tinjauan terbaru itu boleh menjadi isyarat bahawa pengundi muda menolak Umno BN pada PRU13 kelak, tidak pula diperjelaskan oleh institut kajian pendapat tersebut.

Jumaat Pertama Bulan Sya'ban.

Hari ni jumaat pertama di bulan sya'ban.bulan Nabi,Bulan yang paling rapat dengan semulia-mulia bulan Ramadhan al-Mubarak.semoga kita semua digolongkan dengan tetamu ramadhan nanti.sama-sama kita berdoa semoga dipanjangkan umur dan ditetapkan iman untuk berjumpa ramadhan nanti.

Hari ni macam besa aku solat jumaat di masjid bulat.masjid pilihan sebab mempunyai 3 kelebihan.1.imam best 2.ada air-cond 3.khutbah x panjang.x suma masjid di mesir lengkap dengan 3 kelebihan ni.kalau ada,pasti menjadi pilihan utama.syabas masjid bulat!

Tajuk khutbah hari ni sambungan yang lalu iaitu zaujah Nabi yang terakhir Maimunah binti Harith.Aku tak tumpu sangat dengan khutbah pun,maklum la dah sejuk,mata pun kuyu je la.kepala pulak merewang-rewang entah ke mana.sat sampai malaysia,sat patah balik mesir,pusing-pusing tu je la.sedar-sedar dah khutbah ke-2.

Di khutbah ke-2 aku tertarik dengan kalam Saidina Ali yang diungkapkan oleh khatib yang bermaksud "Siapa yang banyak cakap,banyaklah dosanya,siapa yang banyak dosa,kuranglah wara'nya,siapa yang kurang wara'nya,maka kuranglah malunya,siapa yang kurang malunya,maka matilah hatinya,siapa yang mati hatinya maka nerakalah tempatnya".panjang ayat ni,tapi sebab aku menumpukan sepenuh perhatian dan perasaan,maka aku dapat mengingatinya dengan kuat.betul kata-kata S.Ali tu,aku sokong sangat.Kata-kata S.Ali tu bukan bermakna kita hanya perlu DIAM.Tetapi kurangkan bercakap benda tak berfaedah.sama-samalah kita ambik pengajaran.Banyakkan bertindak,Kurangkan melantak.ingat DER!

itulah saja perkongsian khutbah jumaat untuk kali ni.aku tidaklah sehebat korang,tapi tak bermakna aku tak boleh jadi hebat macam korang.sama-sama kita jadi hebat dalam bidang masing-masing.walau apa pun yang kita ceburi,dakwah jangan lupa.kita semua daie dan wakil Allah di bumi.serulah dengan nama Tuhanmu!

Jumaat Pertama Bulan Sya'ban.

Hari ni jumaat pertama di bulan sya'ban.bulan Nabi,Bulan yang paling rapat dengan semulia-mulia bulan Ramadhan al-Mubarak.semoga kita semua digolongkan dengan tetamu ramadhan nanti.sama-sama kita berdoa semoga dipanjangkan umur dan ditetapkan iman untuk berjumpa ramadhan nanti.

Hari ni macam besa aku solat jumaat di masjid bulat.masjid pilihan sebab mempunyai 3 kelebihan.1.imam best 2.ada air-cond 3.khutbah x panjang.x suma masjid di mesir lengkap dengan 3 kelebihan ni.kalau ada,pasti menjadi pilihan utama.syabas masjid bulat!

Tajuk khutbah hari ni sambungan yang lalu iaitu zaujah Nabi yang terakhir Maimunah binti Harith.Aku tak tumpu sangat dengan khutbah pun,maklum la dah sejuk,mata pun kuyu je la.kepala pulak merewang-rewang entah ke mana.sat sampai malaysia,sat patah balik mesir,pusing-pusing tu je la.sedar-sedar dah khutbah ke-2.

Di khutbah ke-2 aku tertarik dengan kalam Saidina Ali yang diungkapkan oleh khatib yang bermaksud "Siapa yang banyak cakap,banyaklah dosanya,siapa yang banyak dosa,kuranglah wara'nya,siapa yang kurang wara'nya,maka kuranglah malunya,siapa yang kurang malunya,maka matilah hatinya,siapa yang mati hatinya maka nerakalah tempatnya".panjang ayat ni,tapi sebab aku menumpukan sepenuh perhatian dan perasaan,maka aku dapat mengingatinya dengan kuat.betul kata-kata S.Ali tu,aku sokong sangat.Kata-kata S.Ali tu bukan bermakna kita hanya perlu DIAM.Tetapi kurangkan bercakap benda tak berfaedah.sama-samalah kita ambik pengajaran.Banyakkan bertindak,Kurangkan melantak.ingat DER!

itulah saja perkongsian khutbah jumaat untuk kali ni.aku tidaklah sehebat korang,tapi tak bermakna aku tak boleh jadi hebat macam korang.sama-sama kita jadi hebat dalam bidang masing-masing.walau apa pun yang kita ceburi,dakwah jangan lupa.kita semua daie dan wakil Allah di bumi.serulah dengan nama Tuhanmu!

Aku Benci BN!

TAKZIAH RAKYAT MALAYSIA! Itulah perkataan yang ikhlas untuk seluruh rakyat Malaysia termasuk aku.keprihatinan yang kuat daripada kerajaan Malaysia kendalian BN telah menghadiahkan kita '5 In 1' kenaikan barang iaitu petrol Ron95,diesel,gas,gula.syabas,tahniah,arigato,cogratulation,mabruk untuk rakyat.sebelum pukul 12 malam tadi waktu malaysia mesti kelam kabut seluruh rakyat ke stesen-stesen minyak dan ke kedai-kedai runcit mencari barang-barang yang bakal naik itu.inilah bahana jika kekayaan negara tidak dibahagikan sama-rata kepada semua rakyat.balanya akan kembali kepada rakyat juga.yang diatas pasti mengatakan ini bukan bebanan,tetapi bagaimana dengan yang di bawah?walau hanya 5 sen petrol dinaikkan,jika diisi dengan banyak,untuk kegunaan yang banyak,untuk masa yang panjang ia pasti membebankan.impaknya akan terasa nanti dengan kenaikan mendadak barangan keperluan lain.nampaknya kerajaan malaysia sudah ketipisan wang sehingga terpaksa memeras rakyat.kita negara pengeluar minyak,mana mungkin minyak boleh mahal.aku pelik!

selepas ini pasti keluar statement yang membodohkan rakyat daripada pak menteri.Kenapa tiba-tiba berlaku kenaikan?walaupun aku jauh perantauan,aku dapat rasakan bebanan yang akan ditanggung oleh seluruh rakyat.Ibu dan abah di kampung pasti akan terbeban.aku benci BN!

Sudah masanya untuk BN dihumban ke kuburnya.jangan biarkan mereka terus kekal di Putrajaya.anak muda perlu bangkit menentang,kerana kekuatan negara kini ditangan kita,pangkahan kita menentukan masa depan negara.

Sudah-sudahlah dibodohkan oleh puak-puak selenga itu.biar apa ancaman,biar apa kecaman,biar apa ugutan jangan takut.selagi kuasa di tangan rakyat,mereka takkan hidup lama.Jika mahkamah dunia mereka dapat lari,mahkamah Allah jangan bermimpi untuk begitu.Allah hakim yang adil.mereka pasti dihukum.Aku benci UMNO-BN!

Rabu, 14 Julai 2010

Sakitnya sakit!

Dua hari tidak mengupdate blog,ia gara-gara ujian kesakitan yang Allah timpakan pada empunya diri sejak malam isnin yang lalu.Selepas balik dari menyaksikan final world cup diantara Spain-Belanda badan tiba-tiba rasa kesejukan hingga ke tulang.Sah!diri berbisik,aku demam ni.malam tu tidur masih lena walau sedikit kesejukan walaupun Mesir sedang musim panas sekarang.

Tidak cukup dengan demam,esok harinya selepas bangun dari tidur,perut rasa memulas lain macam bagai ada yang mencakar-cakar di dalam.setelah ke tandas,baru disedari Allah telah beri satu lagi ujian sebagai kawan kepada demam iaitu cirit-birit.Ya Allah,hanya Dia yang tahu betapa siksanya mempunyai dua penyakit yang berbeza sifatnya ini.Demam memerlukan seseorang rehat dengan cukup dan cukup alah dengan air kerana kesejukannya sampai ke tulang.Cirit birit pula memerlukan seseorang kerap ke tandas dan sudah pastinya akan bergelumang dengan air.MasyaAllah.hanya Allah yang tahu hikmahnya menimpakan dua penyakit ini kepada empunya diri.Sakitnya bukan kepalang,tidak boleh tidur dibuatnya.han ya doa yang dapat empunya diri panjatkan selain berihtiar dengan menelan ubat apa yang ada.

Sepanjang dua hari lepas,empunya diri hanya terlantar di lantai pembaringan dan bergerak hanya sekitar ruang yang terhad,tidak mampu rasanya ingin keluar dari rumah walaupun hati melonjak-lonjak mahukan kebebasan.Pengajian di rumah negeri pun tidak dapat dihadiri,inikan pula untuk ke masjid al-Azhar.Setelah ditimpa ujian kesakitan ini,barulah empunya diri sedar betapa pentingnya menjaga nikmat kesihatan kurniaan Allah ini.Bila-bila masa Allah boleh tarik dari kita dan memberikannya semula.Saranan empunya diri kepada para pembaca,jagalah kesihatan sebaik mungkin tanda kesyukuran kita kepada Allah yang mengurniakan kepada kita nikmat itu yang hanya percuma tanpa sesen byrn.

Isnin, 12 Julai 2010

Aku Terima TaklifanNya!

Di musim-musim cuti sem yang sedang dilalui ni,pastinya banyak program-program yang telah diatur oleh pihak persatuan.daripada sekecil-kecil program sehinggalah sebesar-besarnya.dan sudah pasti ia memerlukan tenaga manusia yang banyak untuk menjana kelangsungannya.bagi yang tidak kemana-mana pada cuti ini,pastinya akan 'dirisik' untuk menjadi sebahagian tenaga penggerak program-program tersebut.inilah masanya untuk mahasiswa dan mahasiswi mengasah soft skill yang ada dan menimba pengalaman berpesatuan sebanyak mungkin.

Selain berlari-larian ke tempat-tempat menimba ilmu,mahasiswa juga perlu menenggelamkan diri ke dalam arena berpesatuan yang menjanjikan pengalaman berharga yang tidak dapat di dewan-dewan kuliah.suasana pekerjaan di Malaysia yang terlalu menekankan soft skill seseorang sepatutnya disambut.inilah dunia yang nyata.

Menerima sebarang pentaklifan memang bukan sesuatu yang mudah.banyak perkara perlu dikorbankan seperti masa,tenaga,wang ringgit dan sebagainya.tetapi jika pengorbanan yang kecil inipun kita tidak dapat berikan,bagaimana bila kita pulang ke tanah air nanti?perjuangan di sana lebih melaparkan pengorbanan-pengorbanan tersebut bagi melihat kelangsungan Islam di sana.Pengorbanan tidak semudah kata-kata,likunya maha dahsyat.hanya insan yang pernah melaluinya sahaja dapat memberikan gambarannya.kekuatan individu Islam terhadap agamanya terletak kepada pengorbanannya.jika kita hanya pandai beralasan,tidak usah la berdegar-degar mengatakan soal perjuangan.kata-kata kita bagai meludah ke langit.sia-sia sahaja.Islam memerlukan rijal-rijal yang boleh bekerja,bukan yang bercakap semata-mata.kita semua ada peranan masing-masing.

kepada sahabat yang ditaklifkan,jalankanlah amanah dengan ikhlas.jangan sesekali merungut dengan tugas yg bertimpa.Allah pasti membantu kita kerana menolong agamaNYA.

Ahad, 11 Julai 2010

Anak Osama bercerai selepas dengar suara ganjil

mymetro
LONDON - Anak lelaki Ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden bercerai dengan isterinya yang berketurunan Inggeris yang telah memeluk agama Islam, lapor sebuah akhbar semalam.

Osama yang dikehendaki oleh pemerintah Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa menaja keganasan kini didakwa bersembunyi di kawasan pergunungan di Pakistan dan Afghanistan.

Anak lelaki Osama itu bercerai selepas dia mendakwa kerap mendengar suara bapanya.

Omar telah dimasukkan ke sebuah hospital mental pada minggu lalu dan dia diberikan ubat sakit schizophrenia.

Dia yang berumur 29 tahun turut berkelakuan aneh selama beberapa minggu termasuk pernah disaman sebanyak £3,000 (RM14,544) kerana pelbagai kesalahan lalu lintas dan dia turut ketagih membeli-belah.

Isteri Omar, Zaina atau nama asalnya, Jane Felix Browne yang berusia 54 tahun mendedahkan kepada sebuah akhbar Britain bahawa dia kecewa dengan perpisahan mereka tetapi tidak tahan lagi dengan perangai ganjil suaminya.

"Memang benar ikrar perkahwinan kami untuk bersama di waktu sihat dan sakit tetapi jika perangai ganjilnya berterusan saya akan mati dahulu," katanya.

Zaina yang pernah berkahwin sebanyak enam kali sebelum ini bagaimanapun memberitahu, dia tahu Omar mengalami sakit mental semasa mereka berkenalan.

Omar telah memohon visa untuk tinggal di Britain sebanyak enam kali tetapi semua permohonannya ditolak. - Agensi

Sabtu, 10 Julai 2010

Beli tauge bayar RM100



mymetro
KUALA LUMPUR: Beli tauge 50 sen, tetapi perlu membayar saman RM100. Itu antara rungutan pelanggan Pasar Batu 5, Jalan Ipoh, di sini, berikutan masalah ketiadaan tempat letak kenderaan di sekitar pasar itu.
Peniaga, Norsiah Rahman, 49, berkata bukan saja orang awam yang merungut mengenai masalah itu, bahkan peniaga turut mengalami nasib sama.


Katanya, biarpun pelbagai aduan dan permohonan diaju kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya mewujudkan kawasan letak kenderaan berhampiran pasar berkenaan, namun ia dipandang sepi. “Saya sudah berniaga selama 33 tahun di sini, masalah ini tidak pernah selesai. Kakitangan DBKL pernah datang meninjau keadaan, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.


“Anggota penguat kuasanya pula, akan meronda tiga kali sehari untuk mengeluarkan saman kepada kenderaan pengunjung yang diletakkan di hadapan pasar. “Tidak cukup saman dikeluarkan DBKL, kenderaan juga sering disaman polis,” katanya ketika ditemui, di sini, baru-baru ini.


Menurutnya, peniaga pernah mengutarakan kepada DBKL supaya memohon Jabatan Perhutanan merobohkan bangunan pejabat lama jabatan itu di tanah terbiar bersebelahan pasar untuk dijadikan tempat letak kenderaan, namun sehingga kini tiada sebarang maklum balas dari PBT itu.


“Jika kawasan itu dijadikan tempat letak kenderaan berbayar pun kami alu-alukan,” katanya. Sementara itu, peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Zainab, 45, berkata masalah itu menjadi faktor mengapa pasar berkenaan kurang mendapat kunjungan daripada pembeli.


Katanya, tidak hanya menghadapi masalah untuk meletak kenderaan, peniaga juga terpaksa menanggung kerugian setiap kali hujan lebat kerana pasar akan dilanda banjir.


“Sekarang bilangan pembeli semakin berkurangan, setiap kali datang pastinya akan kedengaran rungutan daripada mereka mengenai masalah ini,” katanya.

Anak murid Jakim agen penyesat?



Wan Nik Wan Yussof / harakahdaily
Seorang yang terkedu dengan kenyataan kawannya telah menelefon saya (Khamis lepas, 8 Julai). Katanya, tergamak kawannya itu membuat tohmahan "SESAT" bernada keras dan kebencian terhadap seorang berperwatakan ulama yang memang dikenali ramai di negeri, negara hatta peringkat dunia.

Kawannya itu, kononnya lulusan Universiti al-Azhar, pensyarah salah sebuah IPT di Johor, dipanggil ustaz dan dianggap orang agama, tetapi kelihatan tidaklah berakhlak ulama. Dia berani mengeluarkan kenyataan SESAT selepas kembalinya berkursus di JAKIM. Ada individu tertentu telah mengasak pemikirannya dengan fakta-fakta kononnya dilakukan oleh ulama tersohor itu. Lalu dilabelkan ulama itu seorang yang SESAT. Ulama yang dimaksudkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan.

Menurutnya, beliau telah berhujah dengan kawannya itu dengan beberapa persoalan yang gagal dijawab oleh kawannya itu. Setakat yang dia tahu tentang Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNAA), beliau tegaskan, tak mungkin seorang berakhlak seperti TGNAA itu adalah SESAT!

Lalu saya menelusuri sikap terkedu saudara penelefon itu. Saya membutirkan lagi beberapa hujah agar terkedunya itu tidak sampai ke peringkat kegusaran yang berpanjangan.

Saya berhujah berdasarkan pengalaman selama lebih 30 tahun mengenali TGNAA. Antara hujah yang dapat saya paparkan (menerusi telefon yang mengambil masa sekitar 10 minit):

1. TGNAA memang seorang ulama kerana akhlaknya selalu berserban ketika tampil di khalayak, SESATkah kerana berserban?

2. TGNAA memang seorang guru agama kerana mengajar kitab (yang KDN lulus dijual di pasaran) setiap malam Khamis dan Jumaat di masjidnya sendiri, SESATkah kerana mengajar kitab?

3. TGNAA satu-satunya yang berserban, lulusan Deoband, India dan al-Azhar Mesir dalam bidang hadis dan qanun wal-syariah telah diangkat rakyat Kelantan menjadi Menteri Besar (MB) telah 20 tahun, SESATkah ilmu itu dan SESATkah rakyat Kelantan kerana mengangkatnya jadi MB?

4. TGNAA selalu bangun untuk beribadat malam (tahajud) mendekati Tuhan, SESATkah kerana beribadat malam?

5. TGNAA sering dijemput berkhutbah Jumaat tatkala hadir mengunjungi masjid-masjid di serata Kelantan, SESATkah kerana boleh berkhutbah (bukan baca khutbah)?

6. TGNAA bila berceramah, berucap dan merasmikan majlis akan memulakannya dengan membaca ayat-ayat al-Quran sebagai mukadimah kepada intipati kepada apa yang akan diceramahkan, diucapankan dan dirasmikan, SESATkah kerana bermukadimah dengan ayat al-Quran?

7. TGNAA akan bersolat dhuha dulu sebelum duduk memulakan tugas di kerusi MBnya, SESATkah kerana solat dhuha di pejabat?

8. TGNAA sejak menjadi pemimpin PAS telah mengajar ilmu tafsir al-Quran setiap pagi Jumaat di Masjid Muhammadi, kemudian sejak jadi MB mengajar pula di Dataran Ilmu MPKB yang anak muridnya ribuan orang, SESATkah kerana mengajar tafsir yang kitab rujukannya adalah "Tafsir Pimpinan Rahman" yang duluskan Jakim dan KDN?

9. TGNAA apabila hadir untuk bersolat fardhu di mana-mana masjid di serata negari dan negara tidak mudah nak jadi imam, selagi mana pihak berkuasa masjid itu tidak memintanya menjadi imam, SESATkah sikap sedia jadi imam semata-mata kerana diminta untuk jadi imam?

10. TGNAA sejak jadi Mursyidul Am PAS, menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berkawan dengan parti KeADILan dan DAP akan selalu menyampaikan mesej Islam (menerangkan kelebihan Islam) bila dijemput berucap, meskipun di depan Anwar, Lim Kit Siang hatta di depan Karpal Singh, SESATkah seorang pemimpin Islam bila berucap di depan pemimpin bukan Islam ia tegas menyatakan ajaran Islam?

11. TGNAA sebaik jadi MB Kelantan, komited dengan dasar Membangun Bersama Islam, arah simpan wang kerajaan Negeri di Bank Islam, buka pajak gadai Islam, pakai prinsip pentadbiran berteraskan Ubudiah, Masuliah dan Itqan, laksana perbandaran Islam, beri takaful kifalah untuk wasi si-mati, guna dinar emas, beri cuti bersalin 60 hari, mulakan kerja 5 hari seminggu...sekadar beberapa contoh, SESATkah pendekatan pentadbiran Islam sebegitu yang jelas kerajaan Pusat pun terikut-ikut sama?

Lepas itu, saya merungut di dalam hati..."sampai lenguh aku memegang telefon ni, nak layannya."

Apa pun banyak lagi hujah yang saya nak sebutkan. Namun, saya ringkaskan dengan mempelawanya, "jemputlah kawan saudara tu baca blog TGNAA (http://www.blogtokguru.com/) dan cuba-cubalah masuk Facebook TGNAA (ttp://www.facebook.com/nikaziz)." Alamatnya mudah je....

Harap sampaikan salam saya kepada kawan saudara tu (dalam hati aku terkata, iaitu anak murid Jakim agen penyesat?)

Terima kasih.

Coretan ikhlas,

Wan Nik Wan Yussof,

Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.