Jumaat, 19 Oktober 2012

Menghadiri Dialog Bersama Ustaz Ubaidillah Alias a.k.a Ustaz Cinta.

Alhamdulillah...seperti dirancang, saya ke Dialog Bersama Ustaz Ubaidillah Alias di Wisma Perak anjuran KELAP PMRAM. Saya bersyukur atas rezeki ilmu yang diberikan Allah ini. Bukan semua orang yang Allah pilih. Kehadiran adalah kalangan yang terpilih daei cawangan masing-masing. Seperti biasa saya menjadi wakil pelajar Perak bersama dua sahabat yang lain. Bahagianya berada di program seperti ini.

Banyak soalan yang ditanyakan kepada ustaz. Macam biasa soalan-soalan cliche pasti keluar. Apa-apapun ustaz telah menjawab dengan baik sekali. Saya juga ada bertanyakan dua soalan kepada ustaz. Iaitu tentang penerbitan di Malaysia dan Teknik Surah Yusuf. Juga ustaz jawab dengan baik sekali.

Saya suka cara berbicara ustaz yang begitu tersusun. Perwatakannya juga lembut. Seperti kata beliau, penulis ini selalunya berhati lembut. Ada benarnya kata-kata beliau. Saya telah berpeluang bersama beberapa penulis sepanjang di Mesir ini dan mereka semua hampir sama. Mempunyai pertuturan yang sangat tersusun dan lembut. Mungkin inilah rahsia terpenting seorang penulis. Saya masih jauh untuk bersikap demikian. Muhasabah untuk diri.

Antara peekataan yang sering ustaz sebut adalah CINTA. Tidak ada yang pelik, kerana pastinya Ustaz Ubaidillah memang digelar Ustaz Cinta. Kata beliau cintalah yang menghasilkan ilham dan inspirasi. Tanpa CINTA ilham pasti segan untuk keluar dan tidak nungkin akan menghasilkan karya yang terbaik. Saya tidak pernah terfikir berkenaan soal ini. Bagi saya ilham adalah ilham. Tiada kaitan dengan yang lain kecuali idea. Rupanya ia brsangkutan dengan perasaan dan soal hati. Ilmu baru yang sangat berguna. Saya akan belajar untuk lebih mencintai. Insya'Allah.

Antara lain tips yang diberikan oleh Ustaz ialah, antara prkara yang boleh mencernakan idea yang baik ialah, dengan bangun subuh awal dan tidak meninggalkan solat dhuha. Juga satu perkara yang saya tidak sangka, betapa idea itu sesuatu yang rapat dengan perkara positif. Kata ustaz, waktu pagi adalah waktu yang paling baik untuk menulis kerana di awal pagi otak masih segar sekaligus dapat menarik idea dengan lebih baik dan cepat.

Banyak lagi tips yang ustaz kongsikan. Ternyata banyak ilmu baru yang saya dapat. Sekaligus menjadikan Ustaz Ubaidillah sebagai mentor menulis saya yang seterusnya. Sempat juga saya bergambar dengan beliau di akhir program. Doakan saya juga hebat seperti beliau atau lebih baik.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Khamis, 18 Oktober 2012

Akan Bersama Ustaz Cinta

Hari ini(khamis) saya akan bersama dengan Ustaz Ubaidillah a.k.a Ustaz Cinta. Seoranv penulis novel. Novel beliau yang meletup ialah 'Warkah Cinta seharum syurga'. kami akan bersama dalam satu program tertutup bersama beliau.

Beliau ke Mesir dalam proses pembikinan filen Warkah Cinta yang diadaptasi daripada novel beliau. Bersama-sama beliau ialah Heliza Helmi dan beberapa orang yang lain.

Saya sangat teruja dengan program ini. Semoga memberi semangat kepada saya untuk meneruskan penulisan manuskrip yang tertangguh. Saya akan laporkan tentang program ini esok, InsyaAllah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Tekad yang lekat!!!

Buat kesekian kalinya laman ini dibiarkan usang agak lama. Saya tidak mempunyai alasan untuk diberikan kepada diri sendiri mahupun rakan-rakan pembaca. Maafkan kelalaian diri ini menguruskan masa.

Detik ini pelbagai komitmen perlu diberi penumpuan. Sebagai daie dan lebih tepatnya hamba Allah, tanggungjawab untuk ummat tidak boleh dibiarkan lesu tanpa disentuh. Kerana itulah bebanan yang terpundak di bahu yang tidak boleh dipandang enteng.

Alhamdulillah saya masih Allah pinjamkan nyawa untuk terus bergerak di atas perut dunia. Dunia yang saya duduk ini memerlukan orang2 yang berkerja untuk agama Allah. Sebagai hamba, saya sangat perlu untuk melibatkan diri dengan kerja2 dakwah yang mulia ini. Bukan sahaja saya, malah anda semua juga terbeban dengan amanah yang sama.

Bidang penulisan salah satu medium yang baik untuk kerja-kerja dakwah, malah medium ini adalah cara terbaik dan paling lama bertapak di atas muka dunia. Berbakat atau tidak, bukan alasan yang baik. Kerana manusia dikurniakan akal yang wajib diguna. sgalanya boleh dipelajari.

Jadi?? Saya bertekad tak akan meninggalkan laman ini lagi. Tekad yang lekat Insya'Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 21 September 2012

Jumaat Kemarahan Umat Islam

Jumaat datang lagi. Jika dulu setiap jumaat saya akan menulis di sini. Sekarang jarang sekali. Harap-harapnya inilah pemula untuk saya terus berkarya di sini paling kurang setiap jumaat.

Sekali lagi Nabi SAW yang mulia dihina. Kali ini dengan penghinaan yang lebih dahsyat. Watak Nabi dilakonkan dengan perwatakan yang sangat jijik. Saya melihat sendiri trailernya di utube. Sangat menguji kesabaran bagi yang mempunyai cinta kepada Nabi SAW.

Nabi digambarkan sebagai seorang yang gila seks, pembunuh, pembohong dan sebagainya. Nama Allah dan al-quran juga disebut dan dipermainkan. Laknat Allah bagi mereka.

Cerita ini dibuat oleh seorang pelampau Yahudi bernama Sam Barcile yang ditanggung kos pembikinannya oleh kerajaan haram Zionis sendiri sebanyak 5 juta USD. Nampak permainan mereka?

Anda marah?Pastikan anda marah, kerana mereka yang tidak marah pasti ada sesuatu yang tidak kena pada hati mereka.

Hari ini demo besar-besaran dilakukan di tanah air tercinta bagi meluahkan kemarahan kepada pembikin filem laknat ini. Ada yang lakukan kerana politik, ada yang buat kerana ikhlas lillahi taala.terpulanglah kepada niat masing-masing. ALLAH yang layak menilainya.

Jangan berdemo bagai, tetapi solat tetap tinggal seperti biasa. Hukum Allah ditolak mentah-mentah. Dihina pula sistem pentadbiran yang Allah susun. Ulama' dicaci maki. Itu Allah lebih marah dan dibenci Nabi.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Sabtu, 8 September 2012

Bila Saya Akan Mula Menulis Buku?

Bilalah saya akan menjadi seorang penulis buku. Itulah yang bermain di minda saya. Cita-cita ini dah lama saya tanamkan dalam hati. Entah bila akan terlaksana.

Semangat yang menjadi masalah utama. Bila saya bersemangat, cepat sahaja otak memikirkan tentang ini. Namun bila semangat mula hilang, saya pun mula malas untuk memikirkan tentang buku. Saya selesa dengan cara sekarang, akibatnya cita-cita yang satu ini tak pernah tercapai. Lapuk dimakan usia.

Saya bertekad, selepas post ini langkah akan diatur untuk penulisan buku. Isunya nak tulis apa? Novel? Ilmiah? Agama? Motivasi? Semua saya berminat dan insya'Allah akan cuba menguasai.

Kawan-kawan ada pandangan untuk saya?

Published with Blogger-droid v2.0.6

Rabu, 5 September 2012

Ustaz Hanif YDP terr..

Aidilfitri sudah lama berlalu..kini menunggu masa untuk syawal pergi. Saya pula masih gagal menghabiskan baki puasa 6 yang baru sehari. Lemahnya iman saya, sukar untuk menawan nafsu yang sentiasa 'lapar'.

Nama calon kepimpinan baru KPIPM sudahpun keluar,maknanya kepimpinan sekarang akan melabuhkan tirai. Cepatnya masa berlalu. Rasa seperti baru sahaja bersama kepimpinan 2011/2012. Apa2 pun tahniah dan takziah dari saya untuk semua terutama buat YDP baru Ustaz Hanif Abdullah. Dulu sebilik dengan saya. Orangnya tegas dan penuh disiplin. Sangat sesuai sebagai YDP memandangkan KPIPM bakal menerima cabaran yang lebih hebat pada masa akan datang.

Gembira juga saya bila melihat gambar dua orang anak usrah saya terpampang sebagai calon AJKT. Bukan saya yang berjaya mendidik, tetapi mereka yang berani menerima taklifan. Apalah sangat usaha saya, jika bukan mereka sendiri yang berani mencuba.

Saya doakan KPIPM terus padu dan maju di bawah kepimpinan Ustaz Hanif. Semoga Allah membantu kalian. Sirru ala barakatillah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 17 Ogos 2012

Ramadhan Akan Berakhir

Ramadhan sudah melangkah ke tingkat terakhir. Cepat sungguh masa berlalu. Saya bagaikan bermimpi Ramadhan kini susah dipenghujung. Masakan tidak, rasanya baru sahaja saya ke ACC menyaksikan pengumuman awal Ramadhan, kini sudahpun berakhir.

Apa-apa pun Ramadhan tetap akan pergi. Yang tinggal hanya roh Ramadhan yang diberkati. Semoga itulah yang diharapkan buat diri ini.

Aidilfitri kali ini saya beraya di perantauan. Buat kali keberapa entahlah. Berbeza dengan tahun lepas, saya beraya bersama keluarga di Malaysia. Di mana-mana pun sama cuma yang bezanya ada ibu bapa atau tidak.

Dikesempatan ini saya ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga amalan puasa kita diterima oleh Allah dsn diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Ahad, 5 Ogos 2012

Ramadan di Bumi Haramain Impian Saya.

Ramadan sudah bergerak ke hari 17. Cepat sungguh hari berlalu. Sedar atau tidak Ramadan semakin meninggalkan kita. Tiada apa yang dikesalkan jika kita mengisi waktu yang berbaki ini dengan ibadah yang mencukupi.

Ramadan bukanlah bulan yang kekal. Ia akan pergi jua nanti. Yang kekal hanya Allah. Sebab itu kita beribadah kerana Allah, bukan kerana Ramadan.

Saya membaca status facebook kawan2 yang ke bumi Haramain Ramadan ini. Saya jadi cemburu. Teringin benar saya ke bumi yang tersimpan jasad Rasulullah itu. Bertuah sungguh bagi yang berpeluang ke sana. Saya??entah bila. Doa terus dipanjatkan,moga2 Allah mendengar doa dan rintihan saya ini.

Saya pasti dalam hati, saya akan ke sana jua nanti. Bila?? Allah ada jawapan soalan saya ini. Apa lagi yang saya harapkan dari mengharapkan pertolongan Allah.

Ibu saya juga sangat teruja ingin ke sana. Tapi rezeki masih belum memihak kepada kami. Satu hari, kami akan ke sana bersama2. Saya pasti. Doakan kami kawan2 semua.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Semoga Ustaz Hanif Tabah!!

Ramadhan memang bulan tarbiah. Masakan tidak, ujian demi ujian saya lihat di depan mata menimpa rakan2 saya di sini.

Yang terbaru senior di sini, Ustaz Hanif Musa ditimpa musibah yang amat dahsyat bagi saya. Rumah yang beliau sewa di Hayyu Asyir dipecah masuk pencuri berbangsa Arab ketika beliau keluar ke pengajian Hadis Syeikh Yusri. Kehilangan yang dianggarkan mencecah LE22000. Bukan sikit2 angka. Jika menimpa saya(nauzzubillah) tidak tahu apa hendak dikata.

Namun saya respect Ustaz Hanif yang masih mampu menunjukkan muka tersenyum. Inilah tarbiah di bumi Mesir.Apa lagi nak dikata?? Semuanya kuasa Allah yang mengatur. Hanya doa yang dipanjatkan agar Allah membuka hati si pencuri memulangkan kembali barang yang dicuri. Ini juga tanda kasih Allah kepada ustaz Hanif.

Kejadian ini menguatkan lagi keyakinan saya yang Allah betul2 maha berkuasa dan tiada kuasa lain yang mampu menandingi kuasaNya.

Semoga Ustaz Hanif Tabah!!

Published with Blogger-droid v2.0.6

Jumaat, 3 Ogos 2012

Ramadhan Kareemmm!!!!

Assalammualaikum...
Apa khabar pembaca semua? Dah lama menghilang. Akhirnya redqalbi kembali. Bukan ke mana2 pun, cuma tangan jadi layu nak me.ulis sesuatu. Bukan hanya di sini, di kanvas2 lain juga begitu.doakan saya thabat dalam industri penulisan ini.

Ramadhan sudah dipertengahan. Pantas sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah separuh jalan Ramadhan pergi.amalan??tanya diri masing-masing.

Isu di Rumah Perak hangat diperkatakan. Isu pemasangan wireless oleh pegawai yang disifatkan sebagai pencabulan hak. Bagi saya secara peribadi, sudah tiada bahasa lembut untuk orang seperti ini. Satu tindakan tegas prlu diambil. Bukan persatuan tidak berbincang. Malah saban waktu berjumpa untuk berbicara, tetapi si dia tetap dengan perangai hodohnya.

Saya risau jika ahli-ahli yang sudah hilang sabar akan melakukan perkara yang tidak disenangi. Jika disebut pencabulan hak, maka nak tak nak ia perlu dipertahankan dengan sekuat mungkin.

Walaupun isu ini nampak remeh, namun di mata orang yang memahami dengan mata hati akan nampak apa di sebalik isu ini. Juga di mata saya. Ini bukan sekadar isu wireless, tetapi lebih dari itu.

Jika ada yang kekurangan kaki dan tangan, saya dengan rela hati menyumbangkan kaki dan tangan saya untuk memastikan hak KPIPM dan ahlinya terpelihara.

Published with Blogger-droid v2.0.6