Buat kesekian kalinya laman ini dibiarkan usang agak lama. Saya tidak mempunyai alasan untuk diberikan kepada diri sendiri mahupun rakan-rakan pembaca. Maafkan kelalaian diri ini menguruskan masa.
Detik ini pelbagai komitmen perlu diberi penumpuan. Sebagai daie dan lebih tepatnya hamba Allah, tanggungjawab untuk ummat tidak boleh dibiarkan lesu tanpa disentuh. Kerana itulah bebanan yang terpundak di bahu yang tidak boleh dipandang enteng.
Alhamdulillah saya masih Allah pinjamkan nyawa untuk terus bergerak di atas perut dunia. Dunia yang saya duduk ini memerlukan orang2 yang berkerja untuk agama Allah. Sebagai hamba, saya sangat perlu untuk melibatkan diri dengan kerja2 dakwah yang mulia ini. Bukan sahaja saya, malah anda semua juga terbeban dengan amanah yang sama.
Bidang penulisan salah satu medium yang baik untuk kerja-kerja dakwah, malah medium ini adalah cara terbaik dan paling lama bertapak di atas muka dunia. Berbakat atau tidak, bukan alasan yang baik. Kerana manusia dikurniakan akal yang wajib diguna. sgalanya boleh dipelajari.
Jadi?? Saya bertekad tak akan meninggalkan laman ini lagi. Tekad yang lekat Insya'Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan