Alhamdulillah...seperti dirancang, saya ke Dialog Bersama Ustaz Ubaidillah Alias di Wisma Perak anjuran KELAP PMRAM. Saya bersyukur atas rezeki ilmu yang diberikan Allah ini. Bukan semua orang yang Allah pilih. Kehadiran adalah kalangan yang terpilih daei cawangan masing-masing. Seperti biasa saya menjadi wakil pelajar Perak bersama dua sahabat yang lain. Bahagianya berada di program seperti ini.
Banyak soalan yang ditanyakan kepada ustaz. Macam biasa soalan-soalan cliche pasti keluar. Apa-apapun ustaz telah menjawab dengan baik sekali. Saya juga ada bertanyakan dua soalan kepada ustaz. Iaitu tentang penerbitan di Malaysia dan Teknik Surah Yusuf. Juga ustaz jawab dengan baik sekali.
Saya suka cara berbicara ustaz yang begitu tersusun. Perwatakannya juga lembut. Seperti kata beliau, penulis ini selalunya berhati lembut. Ada benarnya kata-kata beliau. Saya telah berpeluang bersama beberapa penulis sepanjang di Mesir ini dan mereka semua hampir sama. Mempunyai pertuturan yang sangat tersusun dan lembut. Mungkin inilah rahsia terpenting seorang penulis. Saya masih jauh untuk bersikap demikian. Muhasabah untuk diri.
Antara peekataan yang sering ustaz sebut adalah CINTA. Tidak ada yang pelik, kerana pastinya Ustaz Ubaidillah memang digelar Ustaz Cinta. Kata beliau cintalah yang menghasilkan ilham dan inspirasi. Tanpa CINTA ilham pasti segan untuk keluar dan tidak nungkin akan menghasilkan karya yang terbaik. Saya tidak pernah terfikir berkenaan soal ini. Bagi saya ilham adalah ilham. Tiada kaitan dengan yang lain kecuali idea. Rupanya ia brsangkutan dengan perasaan dan soal hati. Ilmu baru yang sangat berguna. Saya akan belajar untuk lebih mencintai. Insya'Allah.
Antara lain tips yang diberikan oleh Ustaz ialah, antara prkara yang boleh mencernakan idea yang baik ialah, dengan bangun subuh awal dan tidak meninggalkan solat dhuha. Juga satu perkara yang saya tidak sangka, betapa idea itu sesuatu yang rapat dengan perkara positif. Kata ustaz, waktu pagi adalah waktu yang paling baik untuk menulis kerana di awal pagi otak masih segar sekaligus dapat menarik idea dengan lebih baik dan cepat.
Banyak lagi tips yang ustaz kongsikan. Ternyata banyak ilmu baru yang saya dapat. Sekaligus menjadikan Ustaz Ubaidillah sebagai mentor menulis saya yang seterusnya. Sempat juga saya bergambar dengan beliau di akhir program. Doakan saya juga hebat seperti beliau atau lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan