Aidilfitri sudah lama berlalu..kini menunggu masa untuk syawal pergi. Saya pula masih gagal menghabiskan baki puasa 6 yang baru sehari. Lemahnya iman saya, sukar untuk menawan nafsu yang sentiasa 'lapar'.
Nama calon kepimpinan baru KPIPM sudahpun keluar,maknanya kepimpinan sekarang akan melabuhkan tirai. Cepatnya masa berlalu. Rasa seperti baru sahaja bersama kepimpinan 2011/2012. Apa2 pun tahniah dan takziah dari saya untuk semua terutama buat YDP baru Ustaz Hanif Abdullah. Dulu sebilik dengan saya. Orangnya tegas dan penuh disiplin. Sangat sesuai sebagai YDP memandangkan KPIPM bakal menerima cabaran yang lebih hebat pada masa akan datang.
Gembira juga saya bila melihat gambar dua orang anak usrah saya terpampang sebagai calon AJKT. Bukan saya yang berjaya mendidik, tetapi mereka yang berani menerima taklifan. Apalah sangat usaha saya, jika bukan mereka sendiri yang berani mencuba.
Saya doakan KPIPM terus padu dan maju di bawah kepimpinan Ustaz Hanif. Semoga Allah membantu kalian. Sirru ala barakatillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan