Ramadan sudah bergerak ke hari 17. Cepat sungguh hari berlalu. Sedar atau tidak Ramadan semakin meninggalkan kita. Tiada apa yang dikesalkan jika kita mengisi waktu yang berbaki ini dengan ibadah yang mencukupi.
Ramadan bukanlah bulan yang kekal. Ia akan pergi jua nanti. Yang kekal hanya Allah. Sebab itu kita beribadah kerana Allah, bukan kerana Ramadan.
Saya membaca status facebook kawan2 yang ke bumi Haramain Ramadan ini. Saya jadi cemburu. Teringin benar saya ke bumi yang tersimpan jasad Rasulullah itu. Bertuah sungguh bagi yang berpeluang ke sana. Saya??entah bila. Doa terus dipanjatkan,moga2 Allah mendengar doa dan rintihan saya ini.
Saya pasti dalam hati, saya akan ke sana jua nanti. Bila?? Allah ada jawapan soalan saya ini. Apa lagi yang saya harapkan dari mengharapkan pertolongan Allah.
Ibu saya juga sangat teruja ingin ke sana. Tapi rezeki masih belum memihak kepada kami. Satu hari, kami akan ke sana bersama2. Saya pasti. Doakan kami kawan2 semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan