Rabu, 22 Jun 2011

Bapa rayu anak kembar dimatikan


PATNA, India - Tidak tahan melihat penderitaan anak kembar siamnya yang melekat di kepala, seorang bapa dari India memohon supaya membenarkan anaknya mati jika tiada bantuan kewangan untuk membolehkan mereka menjalani rawatan.

Saba dan Farah Shakeel, 15, menderita sakit kepala yang teruk, sakit sendi dan kesukaran untuk bertutur sepanjang mereka membesar.

Dua gadis itu sebelum ini pernah menerima bantuan hasil campur tangan daripada Putera Mahkota Abu Dhabi tetapi bapa mereka Mohammed yang bekerja di gerai teh di Patna kini tidak lagi mampu membiayai kos rawatan anaknya yang tinggi.

Pasukan pakar kembar siam yang diketuai oleh Benjamin Carson dari Amerika Syarikat mendapati kembar tersebut berkongsi saluran darah utama di otak dan mempunyai dua buah ginjal. - Agensi

Bersih 2.0 : Pemuda PAS Perak Sangkal Tuduhan Zambry

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyangkal tuduhan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang mendakwa Himpunan BERSIH pada 9 Julai ini ada agenda tersembunyi untuk menawan Putrajaya tetapi tidak menyedari bahawa cara Umno / Barisan Nasional (BN) merampas secara jahat Kerajaan Negeri Perak dengan menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) sebagai alat bagi mengesahkan cara kotor untuk kembali mentadbir Kerajaan Negeri awal Februari 2009 yang lalu.

Bagi kami, himpunan ini adalah pentas khas terutamanya rakyat Negeri Perak menyuarakan bantahan mereka cara kotor Umno / BN yang telah merampas Kerajaan Negeri daripada mandat rakyat setelah memberikan keyakinan bahawa Pakatan Rakyat (PR) layak mentadbir Kerajaan Negeri selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 yang lalu. Sudah tentu tujuan utama kepada rakyat Perak yang menyertai himpunan ini adalah bagi memastikan PRU 13 nanti bersih untuk menghalang Umno / BN merampas sekali lagi Kerajaan Negeri dengan cara singkat.

Setakat dalam rekod politik tanahair, dengan mengadakan himpunan tiada langsung satu kerajaan negeri pun dirampas sepertimana Umno / BN dapat lakukan di Negeri Perak dahulu. Hanya Umno / BN sahaja yang benar-benar dapat lakukan cara pelbagai himpunan bagi mendapat mandat secara singkat untuk kembali mentadbir. Beberapa kerajaan negeri yang dimenangi oleh PR dengan izin Tuhan telah bangkit secara luar biasa rakyat yang telah dapat menghalang penyelewengan dalam PRU yang telah diadakan.

Bagi kami himpunan yang bakal diadakan dijamin ianya adalah himpunan aman tetapi jika hura-hara berlaku dengan gangguan pihak Polis adalah arahan daripada Umno / BN yang inginkan ianya gagal. Kami tegaskan akan menggerakkan rakyat Perak untuk turut serta dalam himpunan ini nanti bagi menyekat politik singkat jalanan untuk terus menjadi Menteri Besar secara tidak tehormat!

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Sabtu, 18 Jun 2011

Ada asas PRU 13 November 2011

TUMPAT, 18 Jun: Bayangan pilihan raya umum (PRU) ke-13 semakin hampir sekarang apabila Perhubungan Umno Negeri-Negeri difahamkan sudah diarah membuat persiapan.

Teki teka tarikh yang disebut banyak pihak sebelum ini iaitu November 2011 mungkin ada asasnya, memandangkan ketika itu Perdana Menteri baru selesai membentang Bajet 2012.

Bajet ‘gula-gula’ kepada penjawat awam dan beberapa kumpulan sasar lain dikatakan bakal menjadi modal bagi memancing hati rakyat.

Selain itu Perhimpunan Agung Umno juga selesai diadakan pada Oktober. Kemungkinan selepas Hari Raya Haji. Di pantai timur pula musim tengkujuh.

Malah Datuk Seri Najib Razak juga sudah mengadakan majlis pertunangan anaknya Nooryana Najwa dengan Daniyar Nazarbayev, kerabat kepada Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev.

Majlis pertunangan secara inklusif itu dikatakan diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam. Ada laporan mendakwa majlis itu membabitkan kos agak tinggi.

Satu sumber menyebut pilihan angka 11 masih tidak dapat dipisahkan dengan Najib biar pun rakyat mulai meluah rasa tidak senang terhadap kepemimpinannya sekarang.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) kini hanya bergantung sepenuhnya kepada jentera kerajaan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pasukan keselamatan bagi mengekalkan kuasa.

Ini dibuktikan projek khas yang dikatakan dilaksana agensi kerajaan terutamanya JPN dan SPR di Selangor hampir selesai.

”Umno akan menggunakan apa cara sekali pun bagi memastikan Selangor dapat dirampas kembali pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

”Projek itu tidak mampu dihalang lagi kerana mana-mana pegawai kerajaan pusat di Selangor yang kurang memberi kerjasama ditukar,” katanya di sini.

Kaedah terbabit pernah diguna di Terengganu pada PRU 2004, di mana peratusan keluar mengundi hampir 100 peratus. Kemungkinan besar ia berulang di Selangor.

Keberkesanan kaedah tersebut menjadi senjata akhir di Selangor pada PRU ke-13 nanti, biar pun agak sukar di Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Ini dapat dilihat apabila pembongkaran media oposisi mengenai sindiket mendaftar penduduk Sabah mengundi di Selangor begitu aktif dilakukan awal tahun ini dengan kerjasama rapat JPN dan SPR.

Malah penafian berulang kali menteri dan pemimpin Umno mengenai sindiket terbabit tidak mampu merungkai persoalan.

Suhu kemarahan rakyat mulai kelihatan ekoran kenaikan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus. Aada pengguna terpaksa membayar bil baru dengan kenaikan sehingga lebih 100 peratus.

Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, biar pun kenaikan tarif baru elektrik diumumkan mulai 1 Jun lalu, namun ada pengguna sudah menerima bil baru mencatat kenaikan begitu tinggi.

”Ada pengguna yang sebelum ini menerima bil elektrik sekitar RM250 sebulan sekarang menerima bil baru sehingga RM500. Sedangkan belum sampai sebulan tarikh kenaikan berkuatkuasa,” katanya.

Berucap merasmikan pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Tumpat di Pantai Sri Tujuh dekat sini malam tadi katanya, rakyat sudah merasai kesan kenaikan tarif elektrik sekarang.

Hadir sama pada program itu Yang Dipertua PAS Tumpat, Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Mohd Zaki Ibrahim, Naib YDP, Che Abdullah Mat Nawi, anggota parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar dan Penyelia Dun Pengkalan Kubur, Wan Rusdi Wan Ibrahim.

Program tersebut bermula dengan solat Maghrib diikuti solat hajat dan Isyak. Setiap unit peti undi PAS di Tumpat menghantar seramai 15 petugas.

Amarah rakyat dijangka berganda tahun hadapan apabila banyak lagi kesan sampingan dirasai.

Bagi mengelaknya, November depan merupakan masa terbaik selepas kemarahan rakyat disejuk dengan Bajet yang menghidangkan pelbagai janji.

(Ikuti analisis lanjut dalam Harakah edisi ce

Khamis, 16 Jun 2011

30,000 pemuda Perak sertai Bersih 2.0



Harakahdaily
IPOH, 16 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak menyokong penegasan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan bahawa akan tetap menerus perancangan bagi menjayakan himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.

Ketua penerangannya, Mohd Akmal Kamarudin berkata, seramai 30 ribu akan bersama-sama untuk turun di dalam himpunan tersebut dan menyeru kepada rakyat Negeri Perak yang dinafikan hak mereka memilih menteri besar yang sah supaya dapat turut bersama.

“Kami tegaskan bahawa apa yang akan dilakukan ini adalah satu jihad menegakkan keadilan dan kami ingin pastikan satu cara yang akan merubah sistem pilihan raya yang benar-benar bersih tanpa penyelewangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulangi bahawa himpunan itu bukan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi ianya bertujuan menuntut agar kerajaan akur dengan tuntutan rakyat supaya pilihan raya perlu bersih bagi memastikan Umno Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya yang akan datang kerana telah banyak menyusahkan dan menipu rakyat selama ini.

“Kita hanya menuntut pihak Kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia agar melaksanakan tuntutan penggunaan dakwat kekal (sebagaimana yang dilakukan di Indonesia dan India) untuk menghalang pengundian berganda, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara.

“Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketimpangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang sebenar-benarnya telus dan meyakinkan,” katanya.

Selain itu, ujarnya semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio.

Tambahnya, iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih sementara media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.

“Kami tidak gentar dengan pelbagai ugutan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi memastikan kegagalan himpunan ini nanti tetapi

kami pertegaskan bahawa himpunan tersebut adalah hak dan demokrasi yang termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

“Kami bersama badan bukan kerajaan atas nama Bersih akan bersedia berdepan dengan Perkasa yang mengetuai Kotor (Badan Bertindak Pilihanraya Kotor) nanti,” katanya.

IKHWAN MUSLIMIN GADAI PRINSIP, MAHUKAN NEGARA MADANI, TIDAK NEGARA ISLAM?



Parti Kebebasan dan Keadilan Mesir telah diluluskan pendaftarannya oleh Bahagian Pendaftaran Pertubuhan Mesir. Parti tersebut sebelum ini diperingkat penajaan kini telah diterima sebagai sebuah parti politik yang berdaftar yang membolehkannya menyertai pilihanraya Parlimen Mesir nanti.

Sebaik sahaja pendaftaran parti tersebut diterima, Musryidul 'Am Ikhwan Muslimin dan Presiden parti, Dr.Mohammad Mursi menerima ucapan tahniah dari dalam dan luar Mesir atas berita gembira tersebut. Dalam organisasi parti tersebut, Dr.Mohammad Mursi disahkan sebagai Presiden, Dr.'Isom Iryan dan Dr.Rafiq Habibi (seorang beragama Kristian) sebagai Timbalan Presiden manakala Dr.Sa'ad Al-Katatni sebagai Setiausaha Agung.

Apa yang menarik, tidak lama kemudian, mereka telah menukar slogan yang masyhur selama ini iaitu "ISLAM HUWAL HAL" yang dijadikan slogan lebih 20 tahun lalu yang bermaksud "Islam Adalah Penyelesaian" kepada "Nahmilul Khair Li Misr" (Membawa Kebaikan Kebajikan Untuk Mesir).

Dr.Mohammad Mursi diwawancara oleh wartawan luar negara berkaitan matlamat Ikhwan Muslimin yang akan dibawa oleh Parti Kebebasan dan Keadilan iaitu cita-cita menubuhkan negara Islam. Jawab Dr.Mohammad, "Kami tidak akan menubuhkan negara Islam akan tetapi hasrat kami ingin menubuhkan sebuah negara Madani."

Wartawan kemudian bertanya lagi, "Jika Parti Kebebasan dan Keadilan bertanding di 50 peratus kerusi Parlimen dan memenanginya, adakah parti tuan akan berusaha meminda Perlembagaan Mesir menjadikannya sebuah negara Islam?"

Jawab Dr.Mohamamd Mursi, "Perlembagaan Mesir adalah hak rakyat Mesir, bukan hak kami atau hak mana-mana pihak. Tidak boleh bagi kami meminda sesuka hati."

Wartawan bertanya lagi, "Bukankah 50 peratus kerusi di Parlimen itu seakan-akan hampir menguasai Parlimen dan parti tuan mempunyai kuasa berkaitannya?"

Jawab Dr.Mohammad Mursi, "Matlamat kami bukan menguasai Parlimen. Kami menghendaki supaya semua pihak memahami bahawa kami tidak dapat memerintah Mesir secara bersendirian tanpa parti dan agama lain. Sebab itu parti kami menerima agama Masihi (Kristian) sebagai anggota parti dan itulah mengapa Timbalan Presiden parti, Dr.Rafiq Habibi seorang Kristian."

Kenyataan Dr.Mohammad Mursi ini membenarkan kenyataan Dr.Kittatni dalam satu kenyataan dalam El-Wafd (klik untuk lihat) di bawah tajuk "Kami Tidak Menghalang Kristian Untuk Mengetuai" bahawa Parti Kebebasan dan Keadilan terbuka untuk semua sama ada Islam atau Kristian.

Itulah pendekatan politik yang boleh berubah, tetapi bukan dasar..Bukankah dalam negara Madani iaitu yang dinisbahkan kepada negara Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w terdapat aspek keadilan, kebebasan, kebajikan dan perpaduan antara agama dan kaum? Bukankah yang menjadi teras kepada negara Madani itu ialah Islam? Bukankah yang menjadi tonggak kepada kebajikan itu ialah Islam? Bukankah yang menjadi dasar keadilan itu ialah Islam? Bukankah yang mendidik manusian kepada keharmonian dan perpaduan itu ialah Islam?

Rabu, 15 Jun 2011

Murtad: Siapa bertanggungjawab??

Bernanah hati ini apabila membaca stastistik kes murtad di Malaysia semalam.aku jadi gementar dan takut bila mengenangkan hari2 mendatang.angkanya tidak sampai ribuan,tapi cukup menggambarkan apa yang berlaku di Malaysia sekarang.Malaysia yang dikatakan negara Islam contoh itu mempunyai masalah murtad yang meruncing.di manakah contohnya itu?

Aku bukan hendak menulis tentang angka,tapi angkara.aku tertanya2,angkara siapakah semua ini berlaku?bukan untuk menunding jari,tetapi tanggungjawab ini tidak dapat tidak perlu dipikul oleh agensi yang diamanahkan.sudah pastinya JAKIM dan majlis2 agama setiap negeri yang perlu bertanggungjawab.bukan sahaja mengubati,tetapi mencegah supaya tidak terus merebak.Benda yang paling malang agensi2 ini lakukan adalah dengan meluluskan permohonan si murtadin ini.aku tak tau apa undang2 dan peruntukan yang digunakan untuk meluluskan permohonan jijik ini dan siapa yang menggubal undang2 ini maka dia akan menjawab di hadapan Allah nanti atas kezalimannya di atas dunia ini.

Jika Nabi s.a.w masih hidup,pasti Baginda akan menangis melihat umatnya yang makin tersasar ini.semangat 'Natrah' telah hilang dari jiwa umat melayu moden ini.jika dulu,sanggup bermandi darah mempertahankan seorang wanita.namun kini,bermandi peluh pun belum tentu mereka sanggup.

Inilah hasil didikan penjajah yang berjaya diterap kepada kepimpinan negara yang diwarisi zaman berzaman.Sekularisme yang dibawa begitu memberi kesan kepada umat Islam kini sehingga mereka terpedaya dan terpesong jauh.belum lagi membicarakan budaya hedonisme yang membarah.pasti lebih merisaukan.hiburan,hiburan dan hiburan dihidangkan siang dan malam bagi melupakan umat kepada Allah yang satu.ini perlu dicegah,caranya mudah saja.aku mencadangkan kerajaan hari ini ditukar menggunakan kuasa undi rakyat Malaysia.anda mampu mengubahnya!!

Selasa, 14 Jun 2011

Pemuda PAS Perak Sokong PJ PAS Perak kekal


CINA ISLAM
Kenyataan Media (13 Jun 2011)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Ustaz Haji Abu Bakar Hussien(Gambar) kerana telah dikekalkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak bagi penggal kedua yang telah diputuskan oleh Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat semalam di Kuala Lumpur.

Kami akan sentiasa mendokong kepimpinan yang akan dibentuk oleh Ustaz Haji Abu Bakar bagi memantapkan lagi PAS Perak terutama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 pada bila-bila masa sahaja. Kami yakin dan percaya pembentukan Ahli Jawatankuasa Harian dan Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak nanti adalah merupakan Pasukan Pilihanraya PAS yang mantap.

Malah dengan kemantapan PAS Perak nanti akan menjulang kemenangan lebih besar dalam PRU 13 nanti dan adalah menjadi harapan rakyat barisan kepimpinan serta bakal calon PRU 13 nanti adalah insprasi rakyat yang berteraskan kebajikan. Malah kami amat berkeyakinan bahawa PAS Perak akan terus cemerlang bagi berhadapan dengan Umno malah akan bersedia untuk menggantikan Umno kelak.


SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Rabu, 8 Jun 2011

Pemuda selesai lantik AJK, majoriti profesional


KUALA LUMPUR, 7 Jun: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP) memenuhkan exconya dengan melantik ramai golongan profesional dalam kabinet yang dibentuknya.

Dewan itu melantik 20 ahli jawatankuasa (AJK) barunya sebagai tambahan kepada anggota yang telah dipilih di dalam Muktamar ke-52 dewan itu di Shah Alam baru-baru ini.

Majoriti yang dilantik untuk bersama kabinet baru itu adalah dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing.

Mereka termasuklah dua orang bekas calon timbalan ketua yang tewas, Suhaizan Kaiat dan Firdaus Jaafar dan bekas calon Naib Ketua, Nasir Zakaria.

Ketiga-tiga mereka dilantik sebagai exco dewan itu.

Keputusan itu dibuat pada perbincangan hampir empat jam mesyuarat pertama kabinet baru dewan itu, pada 5 Jun lalu di Pejabat Dewan Pemuda PAS Malaysia, bangunan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur.

Untuk Jawatankuasa Dewan Harian Pemuda PAS pula, Khairul Faizi Ahmad Kamil kekal sebagai setiausaha dewan itu manakala jawatan bendahari diisi oleh Ir Hj Muhd Khairil Nizam Khairudin.

Ketua penerangan dewan itu pula diamanahkan kepada Ustaz Riduan bin Mohamad Nor manakala pengarah pilihan raya disandang Mohd Sany Hamzan.

Ketuanya, Nasrudin Hassan ketika diminta mengulas parlantikan AJK baru itu berpendapat dewan itu kini mempunyai kabinet berimbang setelah banyak pihak melihat keputusan pemilihan dewan itu dimenangi majoriti oleh kelompok ulama.

"Struktur organisasi DPP Malaysia sebagaimana biasa disusun dan dilengkapkan secara seimbang dan sepadu berasaskan kepelbagaian tahap upaya dan latar belakang disiplin penguasaan ilmu.

"Saya mengharapkan kabinet ini mampu menghadapi cabaran baru dalam iklim politik masa kini sekaligus menunaikan amanah anggota Dewan Pemuda PAS dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi," ulasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Katanya, biarpun sukar untuk memuaskan hati semua pihak, namun beliau yakin kabinet baru itu mampu menggalas tanggungjawab untuk memimpin kebangkitan anak muda dan mendepani Pilihanraya Umum (PRU) ke 13.

Dalam pada itu beliau juga menyatakan kesediaan untuk ditegur bukan sahaja oleh pimpinan parti malah semua pihak termasuk dari luar PAS.

"Dalam masa terdekat, insyaallah DPP Malaysia akan mengadakan retreat untuk memantapkan roadmap pemuda, mengatur strategi terkini dan menyesuai potfolio serta memperkasakan organisasi DPP Malaysia.

"Sungguhpun keputusan ini mungkin tidak mampu memuaskan hati semua pihak, saya mengharapkan ia adalah skuad yang boleh membantu parti dengan lebih baik dan insyaallah, lebih dari hari semalam," tegasnya.

Berikut adalah senarai penuh Ahli Jawatan Kuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat:

Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob


Ahli Jawatankuasa [Dipilih dalam muktamar]

1. Ustaz Riduan bin Mohamad Nor
2. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
3. YB Ustaz Ahmad Baihaki bin Atiqullah
4. Sdr Mohd Adram bin Musa
5. Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
6. Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari
7. Ustaz Khalil bin Abdul Hadi
8. Ustaz Mohd Nazri bin Chik
9. Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin
10. Sdr Mohd Sany bin Hamzan
11. Ustaz Mohd Yusni bin Mat Piah
12. YB Ustaz Mohd Nor bin Hamzah


Ahli Jawatankuasa [Dilantik dalam Mesyuarat Pertama]

1. Sdr Suhaizan bin Kaiat [ Exco ]
2. YB Ust Mohd Firdaus Jaafar [ Exco ]
3. YB Ust Nasir bin Zakaria [ Exco ]
4. Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin [ Exco ]
5. Sdr Nasaie bin Ismail [ Exco ]
6. Dr. Suhazeli bin Abdullah [ Exco ]
7. Dr. Zuhdi bin Marzuki [ Pengarah Jabatan ]
8. Dr. Aminurrasyid bin Yatiban [ Pengarah Jabatan ]
9. Herman Samsudee [ Pengarah Jabatan ]
10. Sdr Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus [ Pengarah Jabatan]
11. Sdr Mohd Syahir bin Sulaiman [ Pengarah Jabatan ]
12. Sdr A. Halim B. Ahmad [ Pengarah Jabatan ]
13. Ustaz Ahmad Tarmizi Mohd Din [ Pengarah Jabatan ]
14. Sdr Mohd Idris Bin Mohd Yussoff [ Pengarah Jabatan ]
15. Sdr Wan Asrul Afendi Wan Mohamad [ Pengarah Jabatan ]
16. Sdr Ahmad Zamri bin Asa’ad Khuzaimi [ Pengarah Jabatan ]
17. Sdr Juhari Uthman [ Pengarah Jabatan ]
18. Sdr Hassan bin Aladi [ Pengarah Jabatan ]
19. Sdr Basri bin Din Kamar [ Pengarah Jabatan ]
20. Sdr Khairul Fahmi bin Mat Som [ Penolong Setiausaha ]


Jawatankuasa Harian Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ketua
Ustaz Nasruddin bin Hassan

Timbalan Ketua
Ustaz Nik Abduh Nik bin Abdul Aziz

Naib Ketua
Dr Raja Ahmad Al-Hiss Raja Yaacob

Setiausaha
Sdr Khairul Faizi bin Ahmad Kamil

Penolong Setiausaha 1: Sdr Kamaruzaman bin Mohamad
Penolong Setiausaha 2: Sdr Nasaie bin Ismail
Penolong Setiausaha 3: Sdr Khairul Fahmi

Bendahari
Ir Hj Muhd Khairil Nizam bin Khairudin

Ketua Penerangan
Ustaz Riduan bin Mohamad Nor

Pengarah Pilihanraya
Sdr Mohd Sany bin Hamzan

Isnin, 6 Jun 2011

Umno Perak bimbang gelombang PAS Ganti Umno

Harakahdaily
IPOH, 6 Jun: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) menganggap program ‘PAS Ganti Umno’ menakutkan dan menggentarkan Umno Barisan Nasional negeri.

Sehubungan itu, setiausahanya, Salman Saleh merakamkan ucapan tahniah kepada penganjuran program besar PAS negeri yang bertemakan ‘PAS ganti Umno’ di dua lokasi yang terlibat iaitu Zon Utara di Padang Rengas pada 15 Mei yang lalu dan pada 29 Mei, Zon Selatan di Pasir Salak di dalam usaha mengumpulkan seluruh petugas parti bagi tujuan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Katanya, program itu membina semangat dan kekuatan baru untuk PAS Perak bagi persediaan petugas jentera pilihanraya parti yang memastikan untuk menumbangkan Umno BN nanti.

“Kami amat yakin program ini memberikan tamparan hebat buat Umno BN Perak yang masih bergelut dengan krisis dalaman mereka.

“Keduanya bagi kami, Umno BN tidak akan duduk diam dengan hanya melihat kejayaan program ini oleh PAS Perak dan yakin akan ada usaha-usaha bagi memburukan keadaan tersebut," ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, jelas fitnah-fitnah dengan usaha menakutkan rakyat sedang bergerak sekarang dan tidak mustahil ianya digerakan oleh pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan Umno BN.

Tambahnya, terlalu takut melihat gelombang yang dibina melalui program ‘PAS ganti Umno’ ini, Umno BN terdesak bagi menghalang kebangkitan rakyat Perak.

Scorpene: Mahkamah Perancis temui bukti kukuh


KUALA LUMPUR, 6 Jun: Mahkamah Perancis menemui bukti kukuh bahawa syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membuat bayaran kepada syarikat Perimekar sebanyak RM493 juta, tetapi bayaran itu sebenarnya dilakukan oleh kerajaan Malaysia sendiri.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan kenyataan Kabinet Najib yang sebelum ini mengklasifikasi bayaran itu sebagai koordinasi dan perkhidmatan sokongan serta Malaysia tidak terlibat dalam pembayaran berkenaan.

Pengarah Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gibrael berkata, dengan penemuan itu, dua lagi rasuah membabitkan pembelian kapal selam Scorpene terdedah hasil penyiasatan pihak berkuasa Perancis.

Menurut beliau, pembongkaran itu pula berlaku ketika pendedahan 114 juta Euro bersama RM493 juta komisen kapal selam Scorpene belum dijawab oleh kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, dua rasuah tersebut bernilai masing-masing RM30 juta dan RM2.5 juta dan ia terbongkar setelah pihak berkuasa Perancis menjalan penyiasatan sejak lebih enam bulan lalu.

"Bayaran itu, didapati memang ada dibuat tetapi tidak tahu kepada siapa dan besar kemungkinan ia dibiayai kerajaan Malaysia," katanya ketika diminta mengulas perkara itu.

Suaram adalah pihak yang membuat representasi agar mahkamah Perancis menyiasat pembelian Scorpean dengan kebimbangan adanya rasuah berlaku dalam pembelian itu.

Ekoran itu, Mahkamah Perancis sedang membicarakan kes ini yang dikaitkan juga dengan pembunuhan kejam wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Cynthia Gibrael (gambar kanan) , jika benar apa yang diperolehi dalam perbicaraan sekarang, bermakna dalam pembelian peralatan itu (kapal selam Scorpene), kerajaan Malaysia membayar dua kali rasuah kepada pihak yang belum dinamakan lagi.

Katanya, dokumen itu diperolehi selepas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia, diserbu pihak berkuasa melalui Akta Kebebasan Maklumat.

"Proses bayaran tidak dibuat secara terus, sebaliknya dilakukkan melalui sebuah syarikat iaitu Gifen yang berpangkalan di Malta. Tindakan itu dilakukan bagi mengelakkan kerajaan Perancis mengesan pembayaran itu," jelasnya.

Sebelum ini, laman web Rue89 mendedahkan, sebanyak 114 juta Euro yang menjadi komisen dalam pembelian dua kapal selam Scorpene dibayar kerajaan Malaysia, bukannya Armaris, sebuah syarikat di Perancis.

Baru-baru ini pula, Rue89 juga mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar kepada Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia sebenarnya dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Laporan itu dibuat berdasarkan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang sedang berjalan di Perancis sekarang.

Perimekar adalah syarikat kepada rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda, manakala pemegang saham majoriti syarikat itu pula ialah isteri Razak, Mazlinda.

Razak Baginda terlepas dari sabitan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang menjadi perantara pihak Malaysia dan Perancis.

Altantuya dikatakan datang ke Malaysia untuk menuntut bahagiannya dalam perniagaan antara Malaysia dan Perancis sebagai perantara kerana dia adalah penterjemah yang dijanjikan bayaran untuk khidmatnya itu.

Sebaliknya, wanita warga Mongolia itu mati dibunuh dan badannya diletupkan dengan peledak C4 di Puncak Alam yang bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, tetapi juga Perancis dan seluruh dunia.

Razak dan dua anggota polis pengiring yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di pejabat Perdana Menteri didakwa tetapi mahkamah membebaskan rakan karib Najib itu.

Menurut Cynthia, kejadian tersebut tetap menjadi tanda tanya pelbagai pihak sejak mula tercetus sehingga sekarang, manakala kes itu juga masih terus dibicarakan di mahkamah Perancis hingga sekarang.

Katanya, rakyat Malaysia yang turut mengikuti perbicaraan kes itu di Perancis menjadi bertamba hairan dengan penemuan demi penemuan membabitkan pembayaran-pembayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia berhubung pembelian kapal selam itu, memandangkan ia dinafikan keras oleh Kabinet Najib sebelum ini.